Thursday, March 17, 2016

Kisah macam - macam

Assalamualaikum

Apa khabar semua. Maaf la lama jugak tak update. Huhuhu. Tak sempat sangat.

Sekarang dah dipenghujung semester. Acik Laura sibuklah nak update carry marks bagai. Nak update tu maksudnya nak menanda dulu. Huhhuhuhu. Banyak tau nak marking. Huhuhu.

Sebenarnya tak banyak perkara sangat berlaku pada kehidupan I lately. Rutin sahaja.


Ini nak share some photos I captured during my short gateway recently.

Angah I secara diam - diam buat plan. Nak bawa Along and Bonda jalan - jalan. Kira percutian tanpa anak - anak. Baik punya plan. Siap dah cakap kat anak - anak jangan mintak balik that weekend. Maklomlah both angah and along, anak - anak dorang semua duduk asrama sekarang. Tapi my bonda dah terbocor rahsia kat I. On the dot, I nak ikutlah.

Kitorang pergi pagi Sabtu, 5 Mac. Dalam pukul 9 cam tu dan we reached Cameron Highland dalam 11.30 macam tu. Dari Jerantut kami ikut Lipis, then sampai Sg Koyan dan naik terus ke CH. 

Sampai - sampai sahaja kami terus lunch. Kat Brinchang. Ada foodcourt kat belakang petronas tu. Then after lunch kami ke Lavender Garden dan kemudian singgah Rose Valley. Angah I tu walaupun dah banyak kali ke CH tapi rupanya tak pernah masuk dua tempat ni. So, its a blast la. Pantang nampak bunga then bergambar. I pula dah biasa dengan dua tempat ni. Jadi I ambil gambar bunga ajalah.  



Lawa. SubhanAllah. Geram nak bawa balik sepokok.


Nice sangat. SubhanAllah



This is my bonda. Muda lagi kan? Tahun ni masuk 63 years old. Moga bonda sihat - sihat selalu. Amien.


SubhanAllah. Sangat cantik. Sangat indah ciptaan Allah. Bulunya pun kelihatan sangat lembut. Warna yang menarik. Tak tergambar masa dapat melihatnya depan mata. 


Another favorite.

Di Rose Valley, Tringkap ni my bonda siap beli baja bunga. Lepas dah penat, kami heading to our apartment. 

ukwaenterprise.blogspot.com

Angah I book apartment di sini. Sebelah Petronas Brinchang. Sangat dekat dengan Pasar Malam. Tapi gigih drive sampai atas weh. Tinggi bukitnya nak mendaki. Kami pergi pasar malam jalan kaki. Masa pergi rileks lagi tapi masa balik, gigih nak menapak. 

Lewat malam sikit, kami keluar lagi. Bonda tak ikut. I rasa dalam pukul 9 lebih kot masa tu. Keluar - keluar je dari apartment, fuh sejuk habis you. Sampai macam nak kebas. Then, Kami pergi cari steamboat dan round lagi pasar. Sabo jelah kan? 

Hari Kedua, selepas beli sayur di Kea Farm, kami ke Big Red Strawberry Farm. Atas bukit juga tempatnya. Kat sinilah, angah I beli macam - macam pokok bunga. Tak terkecuali along dan bonda sampaikan penuh kereta dibuatnya. I, beli salad je. 


Flower of my heart. 

I panggil ni bunga tiga bulan. Ini angah I beli sampai dua pasu. Yes, abangku tu mamat bunga. 



Ops! Kata percutian ni tanpa anak - anak? Hehe. Shes lucky sebab asramanya ada program. Jadi dia dibenarkan balik tetapi perlu attend tusyen. Tapi disebabkan mak abahnya nak bercuti, dapatlah dia bercuti sekali dan ponteng tusyen sebab tak ada orang nak hantar.

Besar - besarkan bunga tiga bulan yang ini. Geram habis 1.


Yours truly. Hehe. Ni kat Mardi. Selfie.

Selepas pergi Mardi, kami singgah beberapa tempat lagi. Beli lagi strawberry dan beli lagi sayur dan beli lagi pokok - pokok. Jujurnya selain beli salad, I banyak beli strawberry dan I ada beli dua pokok lemon. Itu aja.

Dan lepas tu kami pun memulakan perjalanan balik. We all terus shoot ke Jengka. Terus pergi melawat anak - anak along kat asrama. Terus beri strawberry. Terus beri pesanan dorang. Angah I pula terus hantar anaknya tu balik asrama. Begitulah.

Long driving. I rasa gigil balik tu. Apatah tidak 4 Mac tu I ke Gemas, kemudian ke Muadzam Shah. Balik rumah pun dalam midnight, Pepagi tu drive ke CH dan balik petang esoknya. Nasib I ambil cuti hari Isnin. Kalau tak lepas hantar bonda, kenalah pula bergegas balik ke Kuantan. Huhuhu. Syukur, dipermudahkan.



Kawan I kahwen baru - baru ni. Bawalah twins I ni. Ramai org tanya I, kembar ke? Hehe. Tak sebenarnya dua beradik ni lahir selang setahun. Tu nampak sebaya. Pergi kenduri dengan kids, sikit lagi nak keluar suara tarzan. Hehehe. Anyway, I happy aje. 

Congrats kawan. 


Inilah aje updates I. 

Alang - alang ni, I nak share my wishlists untuk gaji bulan ini: Hahaha. Saje!

Books okay!

1. And the mountains enchoed - Khaled Hosseini
2. The little coffee Shop of Kabul - Deborah Rodriquez
3. Mistaken - Neil Jordan
4. The Hundred - Foot Journey - Richard C Morais
5. The traveling tea shop
5. Salju Kyoto

Tapi masih dalam perkiraan lagi. Kalau browse IG, macam - macam lagi yang idamkan. In shaa Allah, kita cuba sedaya upaya untuk dapatkan buku - buku diatas ni. Hehehe.

Lagi satu, siapa tak sabar nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2? Okay, kita geng!


Jumpa lagi. Ada kelapangan I tulis lagi. May Allah bless us always.




No comments:

Post a Comment