Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
May Allah bless you all
Semoga sihat - sihat selalu.
Lama kan tak bersiaran. Tak ada cerita sangat sebenarnya.
Okaylah this week, sibuk ngan training. Tapi acik Laura okay aje. Belajar perkara baru, ini antara kesukaan acik Laura la.
Actually the word BTEC ni dah keluar dari mulut - mulut top management since awal tahun. Dan Faculti kami adalah the pilot program untuk run BTEC for KYP.
Apa ye BTEC tu?
Senang cerita, ia seakan - akan penilaian vokasional. Kalau di Malaysia ni seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Tapi not 100% same. Antara perbezaannya adalah:
1. Boleh mapping between academic program and vocational program in which in Malaysia this thing is really hard to do. It is not impossible but it needs thorough planning and implementation. Tak mustahil sebab I pernah terlibat dengan program mengkoordinasikan program akademik dan SKM. Kena betul - betul cari program yang sesuai. Then embedded dalam program akademik. Seperti kita buat double diploma. Macam tulah. Alhamdulillah usaha keras tu berjaya juga.
2. Dalam BTEC, the process, the method yang kita guna untuk program diploma atau degree boleh applicable cuma assessment lain. Kita kena betul - betul plan tugasan yang kita hendak beri pada students. Dalam penilaian tu mestilah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
3. BTEC graduates boleh sambung belajar mana - mana program akademik. Yang ini berbeza dengan SKM. SKM biasanya tak ada (jika ada pun kurang sangat) peluang untuk sambung program akademik. Contohnya kalau kita dah ada SKM level 3 kita tak boleh guna qualification itu untuk apply program degree contohnya BBA di mana - mana universiti.
So ini serba sedikit info mengenai BTEC:
- BTEC = Business and Technology Education Council.
- BTEC Vocational qualifications are offered exclusively by Pearson (yes Pearson, the publisher)
- Lisenced by the United Kingdom Government as Awarding Organisation
- This BTEC qualification is started in 1944, across 110 countries with 4 million students per year. from almost 3000 delivery partners.
So apa gunanya BTEC ni embedded dalam our program?
Tentunya untuk students kamilah.
- BTEC qualifications are prepare students to workplace. So our students later will be easily accepted to working sector even they have just graduated from this college.
- BTEC offers study and career path ways to our students worldwide.
As for me, BTEC ni kira common. I ada familiar with some of the formats. If you are familiar with SKM and Outcome Based Education, so it will easy for you to implement BTEC. But one thing je yang I rasa pening adalah, kita kena ikut format dia sebijik - sebijik. Ikut format UK. Even nak tulis tarikh pon tak leh ikut suka hati. Hehehe. Tapi In Shaa Allah kita rasa susah ni sebab tak biasa lagi. Kalau dah run the program nanti senang aja. Macam dululah masa nak run OBE. Masa tu rasa pening bagailah kan. Now rasa cam pejam mata pon dah boleh.
Okay, sedikit gambar mengenai Training. Sila enjoy:
The External Verifier aka our trainer Mr Martin Green. Suka dengar accent dia. Lain sikitlah dari kita.
Attendance sheet saiz A3. hehehe.
Nevermind. Alhamdulillah. Belajar benda baru.
In shaa Allah akan proceed very soon.
assalamualaikum. saya ni pelajar SPM tahun 2019, saya nak bertanya, saya ada plan untuk menyambung ke course Creative Digital Media Production. dan saya lihat, course ni menggunakan BTEC. Saya dah mencari dan membaca banyak maklumat pasal BTEC, tpi saya masih lagi ada rasa ragu ragu. Jadi soalan saya, Macam mana BTEC ni di apply kan dalam course yg kita ambil. kedua, adakah Course yg diajar menggunakan BTEC lebih luas dari course biasa? contohnya, saya minat bidang animasi, tapi saya melihat course creative digital media production juga mmpunyai animasi di bawahnya dan bukan itu saja, saya tengok ada banyak bidang lain pon termasuk dalam course ni jgk. Jadi, adakah belajar di bawah sistem BTEC menfokuskan scope yg lebih luas dari bidang biasa?? itu saja soalan saya. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih sudi bertanya. Okay, serba sedikit mengenai program BTEC.
DeleteProgram pengajian yang bersekali dengan BTEC sebenarnya memberi nilai tambah kepada pelajar yang mengikutinya. Bagaimana ia diaplikasi? Sebenarnya garis panduan disediakan oleh Verifier BTEC kepada pusat pengajian (universiti/Kolej). Pelaksanaan terpulang kpd pusat pengajian asalkan memenuhi garis panduan. Pembelajaran adalah mengikut silibus yang telah dibuat/ditetapkan pusat pengajian, cuma kaedah penilaian adalah berbeza. Penilaiannya mengikut kaedah BTEC iaitu standard UK.
Penilaian BTEC ni lebih kurang Sama dengan penilaian Sijil Kemahiran/Diploma Kemahiran. Maksudnya, pemarkahan tu Berdasarkan sejauhmana pelajar dapat melakukan sesuatu tugas. Yang mana lebih bagus kerana pelajar bukan sahaja tahu teori, tetapi boleh mengaplikasi dan menggunakan teori tersebut. Jadi, kat sini hasil pembelajaran lebih realistic, mengikut standard kebolehupayaan.
Belajar animasi, setiap tugasan ada tahap kebolehupayaan tertentu. Selagi tidak memenuhi tahap itu, pelajar akan dilatih sehingga boleh. Lebih kepada hands on experience.
Skop pembelajaran masih Sama dgn program lain cuma dari segi penilaian (assessment) yg berbeza.
Moga2 dapat membantu. Acik doakan semuanya dipermudahkan dan saudara/saudari dipermudahkan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. InshaAllah