Wednesday, May 4, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum friends..

Maaf lama menyepi. Kesibukan tiada berpenghujung gitu.

Siapa dah pergi Pesta Buku? Angkat tangan!!! hehehe.

Bagi pencinta buku sepertiku ini, dimana - mana ada jualan buku mesti menarik perhatianku. Dan PBAKL tentunya antara event yang takkan ku lepaskan gitu. Hehehe

Alhamdulillah dalam keluarga I, minat kepada buku ini bukan minat I seorang. Boleh kata seluruh keluarga sukakannya. Dan setiap tahun, abang ngah I akan ikhtiarkan ke PBAKL. Dan sebagai adik bongsu, I selalulah menyelit.

Bezanya tahun ini, I sebenarnya berhajat hendak buat pesanan sahaja dengan abang ngah sementelahan I ada urusan di kampung halaman. Sebab mulanya abang ngah I nak pergi dua hari semalam. Jadi I tak boleh nak ikut sebab kena ambil anak sekolah I yang ikut rombongan sekolah dan dijangka sampai di sekolahnya jam 11 malam hari sabtu.

Tetapi abang ngah misunderstood the schedule. The thought Angah Fatimah (anak saudara I yang pergi rombongan) sampai di sekolahnya hari Jumaat malam. So I dari Kuantan, bawa anak abang ngah I yang sekolah di MRSM petang Jumaat. So alang - alang angah Fatimah sampai malam Jumaat tu, abang ngah I tak bagi la I balik ke kampung dulu. Meaning tunggu angah Fatimah dulu then keesokan harinya barulah pulang ke kampung bersama angah Fatimah.

Tapi malam tu, seperti yang I jangka, memang Angah Fatimah tak balik lagi dari rombongan. So bang ngah I salah kira lah tu.

Esok paginya, awal subuh bang ngah I dah kejutkan I. Katanya dia nak ajak pergi KL. Pergi PBAKL. I apalagi suka hatilah.

Kali ni PBAKL buat di Maeps. Kami guna GPS sebab tak pernah sampai. Alhamdulillah, Buku - buku yang I hendak cari, berjaya juga I dapatkan. Cuma kali ini I berjaya tahan diri. Maksudnya I tidaklah sakan sangat membeli.

Okay nak tahu apa yang I beli tengok bawah ni.


Mula - mula masuk dewan C. Dah terpisah ngan bang ngah sekeluarga. Jadi menonong seorang, jumpalah booth ITBM. I suka buku - buku lama begini. Ia klasik sungguh.


Sudah lama hendak mencari buku masakan ini. I kan peminat setia Kak Su of Jemari Seni. Buku - buku atau novel kak Su, kalau I jumpa di bookstore, I akan terus beli tanpa baca review. Sebab I suka dengan lenggok bahasa yang Kak Su gunakan.


Ini pembelian di Popular Bookstore di Hall A. Dapatlah 25% discount sebab I ada kad Popular. ini terpengaruh dengan IG seorang penulis novel juga. 


Ini pula I beli kerana I suka baca buku Puan Roza. Kebetulan beberapa minggu lalu, I attend event pelancaran buku Prof Kamil (Detik itu) dan Puan Roza. Ketika pelancaran Alhamdulillah kami dapat buku ini percuma. Cumanya I dan Miss Housemate (MH) dapat buku yang sama iaitu buku tulisan Prof Kamil. Jadinya, di PBAKL ini I cari juga booth Galeri Ilmu dan dapatkan juga buku ini. Alhamdulillah dapat juga discount.


Ini buku pesanan MH. Ingatkan untuk dia tetapi rupanya dia sampaikan pesanan dari kawan pejabatnya. Tak mengapa. Gembira I dengar kawannya dapat buku ni dengan discount yang sangat besar iaitu 50%. Ini antara sebab I suka pergi PBAKL. Sebab dapat banyak discount.


Novel Kekasih Waktu I beli waktu pagi. Bersama - sama buku masakan Dapur Makcik Raja. Dan ditandatangan sendiri oleh penulisnya iaitu Kak Su. Syukur sangat. Karya Syud, Vignette I beli disebelah petang kerana bukunya baru sampai. I suka karya dua penulis ini. Bukunya I akan beli tanpa buat selidik dahulu. Nampak sahaja penulisnya Noor Suraya atau Syud, I mesti beli tanpa was - was.


Okay, I sawan Rangga. Nak beli buku lagi satu tapi I tahan diri. Buku Aku ini telah lama I cari. 

So inilah sahaja keberhasilan I dari PBAKL tahun ni. Abang ngah I punya keberhasilan I tak snap gambar. Tapi hasil dia memang melambak juga. Jangan tak tahu abang ku itu, suka baca novel juga. Kalau I beli dua buah novel sahaja, tetapi dia beli lebih banyak. Tak pelah nanti I pinjam. 

Okay.

Membaca jambatan ilmu.

hehehehe.

Jumpa lagi. 

Update la korang beli buku apa?

No comments:

Post a Comment