Assalamualaikum
Selamat hari guru buat semua guru - guru...
Ramai guru hadir dalam hidup saya secara formal mahupun tidak. Walaupun mereka hadir sekejap cuma, mereka tetap guru yang sangat berbakti.
Sejak kecil arwah abah saya kepingin mahu salah seorang anaknya menjadi guru. Bermula dengan angah, kemudian kakak kemudian saya.
Angah menolak. Kakak begitu juga. Tinggallah saya si bongsu. Saya katakan pada arwah abah, saya mahu jadi guru di universiti. Arwah abah saya gembira sungguh. Dahulu saya pernah mengimpi mahu menjadi seorang pakar matematik. Kemudian beralih arah kepada guru ekonomi dan akhirnya saya jadi pensyarah perniagaan.
Alhamdulillah. Terima kasih buat arwah abah yang sentiasa memahami kehendak anak bongsunya ini. Terima kasih kerana percaya bahawa anak bongsunya ini mampu menggapai cita - cita nya. Terima kasih abah kerana menyokong apa yang saya lakukan.
Alhamdulillah, terima kasih juga buat emak. Yang percaya. Yang tak pernah jemu mendidik. Yang tak pernah putus berdoa.
Alhamdulillah terima kasih buat seluruh keluarga yang mengajar saya dengan susah. Mengajar dengan tegas. Terima kasih.
Saya berasa ingin membuat dedikasi kepada beberapa orang guru yang mengajar saya secara formal.
Kita mulakan dengan kisah di sekolah rendah. Mulanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat cikgu Faridah. Beliau lah yang mula - mula mengajar saya huruf, angka dan kemudiannya mengajar saya membaca. Walau dimana cikgu berada, saya doakan cikgu sentiasa dalam rahmat Allah.
Kemudiannya Cikgu Ridhuan. Cikgu matematik saya. Terima kasih kerana berjaya menanam sifat suka akan matematik dalam diri saya. Terima kasih mengajar saya dengan baik sekali..
Masuk sekolah menengah, Antara yang banyak menabur jasa adalah Abi, cikgu KZ dan Ayahanda kami, Cikgu Hassan. Tak lupa juga buat Cikgu Fairus dan Sarimah. Kerana Abi, saya mengenal bahasa Arab. Tak jemu - jemu abi mengajar saya siang dan malam. Cikgu KZ guru kaunselor yang banyak mencungkil bakat saya. Bermula dengan melantik saya menjadi Naib Pengerusi Tetap Pembimbing Rakan sebaya sejak saya tingkatan dua juga guru pantun saya hingga membawa saya ke peringkat Kebangsaan Pesta Pantun 1997. Cikgu Fairus, guru sains saya. Yang seperti abang bagi kami. Sifatnya membuatkan kita mudah berkongsi cerita. Cikgu Sarimah, guru sejarah saya. Terlalu banyak jasanya. Dan Ayahanda Cikgu Hassan Basri. Di gelar Ayahanda kerana sifatnya yang benar - benar seperti seorang ayah. Guru sejarah Tingkatan dua hingga tiga. Guru ekonomi saya, Warden asrama saya. Ayahanda, sehingga ke hari ini masih belanja saya setiap kali beliau berkursus atau bermesyuarat di Kuantan. Ayahanda, sehingga ke hari ini masih ambil berat tentang saya Katanya dia selalu observe FB saya. Jasanya memang banyak. Begitu juga isterinya cikgu Alina. Guru Bahasa Melayu saya.
Di Kolej, paling memberi kesan saya rasa adalah mentor - mentor saya. Saya mulakan dengan Dr Salina Daud. Sekarang beliau mengajar di Uniten. Kemudian Puan Maslina Masri, ketua jabatan saya sekarang. Kemudiannya Puan Rohayati Che Din. Dan tak dilupakan kakak saya, Cik Thuraiya Zakaria yang kini di UPSI. Mereka inilah yang banyak beri dorongan pada saya. Hingga ke hari ini. Terima kasih banyak - banyak.
Di Universiti, saya kira antara yang banyak berjasa adalah Prof Madya Nor Afizah dan Prof Madya Rokiah dan Tak lupa penyelia thesis saya Prof Madya Normah Mohd Dali. Terima kasih banyak - banyak.
Semasa saya buat MBA, saya rasa paling terkesan adalah sokongan Dr Fadli Shah, Dr Shahimi Moktar, dan Dr Wan Nordin. Terima kasih banyak - banyak - banyak.
Terima kasih juga buat jurulatih bola jaring, jurulatih pantun, jurulatih debat, guru pengawas, warden - warden asrama, ustaz dan ustazah mengaji, guru - guru masakan saya, guru - guru anyaman dan semua guru - guru di dunia ini.
ANDA HEBAT. TERUSLAH MEMBERI INSPIRASI.
No comments:
Post a Comment