Ini kejadian semalam. Pakat - pakat amik cuti. Kemudian pergi nonton AADC2.
Tapi sebelum I buat review, I nak cakap dulu yang I sawan Rangga. Jadi faham - faham sahajalah arah tuju reviiew I kali ni ye. Hahaha.
Overall comments:
I sangat puas hati. Rasa nak pergi tengok sekali lagi.
Okay, I cuba buat review dengan berhemah ye.
1. Gambar cantik. Pemandangan cantik. Cara gambar dan plot diambil dalam shoot dengan baik.
2. Theme persabahatan yang tiada ternilai. Hinggakan sebaik sahaja keluar panggung, kami terus plan nak buat aktiviti macam Cinta dan kawan - kawan. Dan seelok keluar panggung, terus mengkopi sama - sama. Siap plan girls' day out begini akan dibuat monthly. So next month, kami plan nak g makan - makan kat tempat yang decent sikit.
3. Rangga sangat handsome. Ops sorry. Sawan. I nampak je Rangga, terus rasa nak menjerit. Bagi I, Rangga Handsome bukan kerana wajahnya sahaja tetapi bagi I, karakternya. Dia ada karisma. Suaranya ada aura. Lenggok tubuhnya, pembawakan dirinya, bagi I cukup lengkap bagi menjadi pujaan orang. Cukup pakejnya. Anugerah Allah.
3. Cinta sangat Cantik. Maura pon sangat Cantik. Karmen juga, Tapi paling I suka adalah Milly. Milly yang comel. Yang lucu. Milly menjadikan cerita ini lebih menarik. Setiap kali Milly bersuara, seluruh panggung ketawa. Milly jujurnya penghidup AADC2.
4. Plot cerita lebih kurang sama dengan the old AADC. Contohnya, diakhir cerita, plot yang sama dimana Rangga mencari Cinta. Kemudia Cinta menyakiti Rangga dengan berkata sesuatu yang bohong tentang perasaannya kemudian, Cinta mencari Rangga semula. Berterus terang dan endingnya happy.
5. Beza pelancong dan pengembara ini menarik juga diketengahkan. Cinta dan kawan - kawannya pergi melancong tetapi Rangga mengembara ke Jogja. Pengembara seperti rangga main redah sahaja teroka tempat - tempat menarik dengan maklumat yang sedikit tanpa jadual perjalanan tetapi akhirnya menemukan tempat - tempat yang rare.
6. Kali ini kisah ibu Rangga antara wadah penting yang diketengahkan. Menarik juga bilamasa Cinta menasihati Rangga agar berdamai dengan ibunya. Plot kekeluargaan begini I suka juga.
7. Puisi masih indah. Alahai. Antara dialog yang I suka adalah:
Mudah mencintai semua orang dari melupakan satu orang yang dicintai.
Makan dalam rasanya. I rasa memang betul. Macam yang I lalui sekarang. Ops....
Lihat tanda tanya itu. Jurang antara kebodohan dan keinginanku untuk memilikimu sekali lagi.
Makan dalam juga. Hahaha.
8. Kisah matang. Wataknya matang. I suka bila Cinta confess apa yang dia rasa lepas Rangga putuskan hubungan melalui surat. Dia cerita satu - satu dan bila Rangga mencelah dek kerana rasa bersalahnya, Cinta teruskan juga. DIa mahu Rangga tahu apa yang dia rasa sebenarnya. Dan I suka bila Cinta terus terang tentang persetujuan dia bertemu Rangga adalah sebab rakan - rakannya yang mahukan kepastian, kebenaran di sebalik surat Rangga.
9. Kawan - kawan yang saling menyokong. Carmen tahu Cinta masih ingat Rangga.Carmen tahu Cinta sebenarnya ada sesuatu yang disimpan sejak sekian lama.
10. Apa rasanya setelah menonton AADC2? Serius, terasa mahu bercinta. Gituh! hahahaha.
Melting...
Melting...
Okay, Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment