Semoga sihat - sihat hendaknya.
Alhamdulillah I sihat.
Maaf lama tak memblog.
Alasan biasa: tak de masa. huhuhu.
Sekarang I tengah invigilate students buat Test 2. Jadi I curi - curi masa sikit menulis.
Okaylah. I nak blogkan pasal ni. Pasal 10 tahun. Apa ye yang dah sepuluh tahun?
I dah bekerja selama 10 tahun di organisasi sekarang. Sekejap je kan dah sepuluh tahun.
Meh I story sikit kisah sepanjang sepuluh tahun ni. Sila membaca ye.
Panjang kisahnya.
A.Dari student menjadi pensyarah.
I pernah menjadi pelajar di kolej I ni. Lepas SPM. Lepas tak dapat masuk IPTA dan lepas dipaksa dek my family masuk kolej ini. Akhirnya I berjaya habiskan pengajian diploma dengan tempoh tiga tahun menjadi pelajar kolej. Alhamdulillah walau asalnya kena paksa dek keluarga, restu dan doa mak abah, I berjaya juga dapat keputusan cemerlang. Grad diploma bulan lima, bulan enam I berjaya sambung degree di UiTM Shah Alam. Dan selepas beberapa bulan grad degree, I diterima masuk semula ke kolej sebagai pensyarah. Syukur.Perasaan masa tu? Pelbagai! Teruja pun ada. Gementar pon ada. Teruja sebab kembali sebagai pelajar. Boleh jumpa semula pensyarah - pensyarah kita dahulu. Lebih teruja bila pensyarah kita dahulu sekarang membahasakan diri dengan panggilan kakak. Fuh!
Gementar sebab first time nak masuk mengajar. Dan for your info, kelas pertama I adalah untuk subjek Principles of Retailing. Habis dua jam mengajar, tak lama lepas tu I dipanggil dek my superior sebab budak - budak mengadu tak faham. Katanya I guna Bahasa Inggeris tahap tinggi! Fuh!!! tergelak I ingat pasal ni.
B. Dari Kampus TG ke Kampus CT ke Kampus TG semula ke Kampus ATL
Sepanjang 10 tahun I berkhidmat, my office berubah tiga kali. Pada mulanya office I di Kampus Taman Gelora (TG). Setelah dua tahun, kami dipindahkan ke kampus Casa Tanjung (CT). Ketika ini hanya dua department yang dipindahkan. Iaitu department Business SOST dan department Electrical SOST. SOST tu ringkasan untuk sekolah pengajian I sebelum wujudnya sistem Fakulti. Lima tahun kami di Kampus CT, akhirnya kami dipindahkan semula ke main office di Kampus TG. Selepas setahun, Kampus Tanjung Lumpur (ATL) siap dan sekali lagi kami dipindahkan. Kali perpindahan hanya melibatkan Fakulti Pengurusan Perniagaan sahaja. Dan untuk rekod walaupun sudah hampir tiga tahun di kampus ATL, I secara personal dah dipindahlan tiga kali. Dari Level Ground Floor dengan bilik lengkap dengan kemudahan bilik air sendiri kepada pindah ke Level 1 dengan tiada kemudahan bilik air sendiri kepada turun semula ke Ground Floor masuk pejabat dekan. Letih betul kerja - kerja memindah ni kan? Tapi bukan masalah besar pon.
C. Dari Pensyarah Kontrak kepada Pensyarah Tetap kepada Pengarah Program kepada Pensyarah biasa semula.
Zaman I dahulu, masuk kerja dengan kontrak setahun. I disahkan jawatan selepas hampir 9 bulan bekerja. Dari gaji kontrak serendah 1500 kepada sekarang, Alhamdulillah. Selepas 7 tahun berkhidmat, I ditawarkan jawatan Pengarah Program. Pengarah Program ini jika mengikut sistem fakulti seperti sekarang, ia bersamaan lah dengan jawatan Dekan Fakulti. Waktu itu I dipertanggungjawabkan memegang jawatan Pengarah Program untuk Sekolah Pengajian Siswazah dan Antarabangsa. Tapi tak lama kerana program sedia ada sudah masuk fasa phase out. Lebih kurang setahun sahaja. Selepas itu kembali ke fakulti dan menjadi pensyarah seperti biasa sahaja. Syukur. Hahaha.
D. Masuk dengan kelayakan degree dan sekarang sudah ada master.
Alhamdulillah setelah tiga tahun bekerja I dapat peluang sambung belajar. Syukur Alhamdulillah. I tak dapat pelepasan bekerja pun sebenarnya. Tapi I belajar part time sahaja. Kalau kena kerja on weekends, I akan kerja sahaja. Syukurlah kan. Dipermudah segala.
E. Banyak terlibat dengan aktiviti kolej
Kalau cakap pasal ni, I tak dinafikan, kolej I agak terkenal sebagai the true training center. Memang semua kakitangan dimestikan terlibat dengan pelbagai aktiviti. Antara projek besar yang I pernah terlibat:Program Puncak Jaya
Bermula tahun 2007 sehinggalah ke tahun 2014. I terlibat dari sesi perbincangan awal sekitar penghujung tahun 2007 sehinggalah menjadi perunding dan fasilitator untuk tahun - tahun selepasnya. Ini adalah sejenis research program antara 3 penjuru iaitu Yayasan Pahang - UiTM - my college. Sejumlah pelajar Tingkatan 5 kategori sederhana dan lemah pencapaian berdasarkan peperiksaan hujung tahun Tingkatan 4 dipiih untuk menyertai program selama tiga fasa sepanjang tahun. Dan kejayaan program akan dinilai melalui peratusan pelajar yang berjaya melayakkan diri ke IPTA/ IPTS setelah keputusan SPM diumumkan. Ia berbentuk motivasi dengan Fasa 1 fasa pemecahan, Fasa 2 fasa pengukuhan dan fasa 3 fasa kelayakan. Tiga fasa dengan budget melebihi RM 1 juta setahun, tentulah bukan calang - calang program.
Pada mulanya pada tahun 2008, kami handle 150 pelajar sahaja dari daerah Kuantan dan Pekan. kemudian tahun 2009 jumlah pelajar terlibat naik ke 400 pelajar, dan seingat I tahun 2013 paling ramai. Kami handle lebih 500 pelajar.
Programnya untuk Fasa 1 dan 2 adalah tiga hari dua malam. Fasa 1 biasanya di lokasi daerah yang dipilih. Fasa 2 pula kami bawa pelajar - pelajar ini merasa kehidupan di Universiti. Untuk rekod, pelajar puncak jaya adalah penghuni terawal menduduki UiTM Puncak Alam pada tahun 2009. Waktu itu, kampus Puncak Alam belum ada pelajar lagi. Selain itu kami juga yang merasmikan blok pengajian dan asrama Politeknik Muadzam Shah dan ADTEC, Jerantut. Fasa 1 dan 2 sangat padat aktivitinya bermula jam 5.00 pagi sehingga 11 malam. Pernah bergilir makan, bergilir tidur. Amanah menjaga ratusan pelajar dan amanah memastikan mereka boleh berusaha gigih mengubah prestasi, bukanlah mudah. Tugas besar. Amanah besar.
Kenapa I ceritakan ttg porgram ini terlebih dahulu ye? Sebab I rasa bertuah terlibat dan I rasa bangga dapat menyumbang kepada anak - anak bangsa. I rasa syujur sangat bila fasa 3, adik - adik didikan program beritahu kejayaan mereka. Bayangkan ada yang hanya dahulunya mendapat 3C sahaja tetapi kerana usaha mereka terkesan dari program, boleh mendapat keputusan SPM 5/6 A. Allah, syukur.
Program Peruncit Muda
Bermula dengan hanya satu seminar mengenai aktviti peruncitan, kemudian sesi pengkuhan, kemudian sesi bimbingan, dan akhirnya berjaya menghasikan usahawan. Peserta terpilih diberikan dana untuk memulakan perniagaan dengan kawal selia mentor dan hasilnya Alhamdulillah sangat memberansangkan.
Kumpulan Inovasi dan Kreatif
Asalnya dipaksa masuk. Kemudian, matlamat kami mahu sekadar siap, akhhirnya dipilih jadi juara peringkat kolej. Apakah? Hahaha
Terlibat dengan KIK membuatkan kita nampak sisi kajian dari aspek berbeza, Juga dalam menghasilkan inovasi itu bukan beerti perlu hasilkan tangible products sahaja. Inovasi boleh terhasil melalui proses mahupun kaedah pembelajaran.
Dan apabila dipilih sebagai pemenang, diminta pula masuk pertandingan peringkat lebih tinggi. Tapi kami pilih mahu sertai Seminar dianjurkan oleh UTM dan UTHM. Alhamdulillah our paper dapat Anugerah Gangsa. Syukurlah.
Itulah, walaupun terpaksa, cuba juga buat yang terbaik walaupun kononnya sekadar buat untuk siap dan aimed utk nombor kedua dari bawah sahaja. Kelakar, ingat proses - proses menyiapkan projek KIK ni. Dalam nak sekadar siap, siap keluar 3 hypotheses bagai. Allah.
Transformation Plan
Dalam tempoh 10 tahun ini I terlibat juga untuk merangka halatuju bahagian akademik. Antaranya College Business Plan, menggubal Etika Kerja Warga Kolej, membangunkan program - program pengajian baru, College 3 - Year Transformation Plan, Penyelaras akademik untuk Integrasi SKM - Akademik, Academic Development Team, English Development Team, English Medium Institution Transformation Team, Short Courses Development Team and so on. Syukur diberi peluang dan dipermudahkan urusan.
Menganjurkan seminar/ konvensyen/ aktiviti
Alhamdulillah I dapat belajar banyak mengenai event management. Pelbagai program I pernah terlibat. Antaranya Mampan Convention, ICON 2015, ICE 2013, Puncak Jaya, Peruncit Muda, Usahawan Muda, Motivational talks to various participants, majlis convocation and so on.Syukur Alhamdulillah.
Mempengerusikan majlis
Bermula dengan I dilantik menjadi Presiden Kelab Pensyarah pada tahun 2007, tugas mengendalikan majlis memang selalu I terlibat. Mulanya sekadar bidan terjun sahaja mengendaikan/ emceeing programs, lama - lama menjadi tugas penting. Hahaha. Terasa poyo pula menulis ini. pernah menjadi emcee untuk majlis konvokesyen kolej, majlis perjumpaan kakitangan kolej, majlis perasmian aktiviti kolej, IPT Fest, International Conference (2015). Seminar on High Performance Culture, Innovative Pahang (program kerajaan negeri), dll. Pernah juga dihantar untuk training berkenaan emceeing styles, protocol oleh pihak kolej dan merasa kerdil dengan pengalaman yang seciput. Orang lain, macam - macam majlis dah buat. After all, Syukur alhamdulillah. Tapi sekarang dah kurang. Kasi can newbies pula.
Kalau nak tulis satu - satu sini, I rasa tak terlarat. True enough. Memang banyak aktiviti yang I terlibat. 10 tahun kan?
Tapi above all, I think activities with students were the best. Yang ni I dah banyak share dalam blog ni. Alhamdulillah dah banyak batches of students yang kita produce. Syukur alhamdulillah. Kita, sebagai cikgu hanyalah penunjuk jalan. Yang berjalan, yang melaluinya tetap pelajar itu sendiri. Apa jua, melihat mereka membesar dan matang, itu sudah cukup membahagiakan. Alhamdulillah.
Akhirnya,
SEMOGA I DIBERI KEKUATAN MENJALANKAN AMANAH INI DENGAN BAIK.
MAY ALLAH BLESS
Jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Bravooo!!Zura memang hebat! keep it up zura walaupun 1000 dugaan mendatang.. hehe
ReplyDeleteAnyway.. samalah 10 tahun sudah kita di sini kan..congratulations!
Thanks kakak. Dalam pada macam2 halnya, stay jugak smpi 10 years now. Congrats to u too
ReplyDeleteHappy 10th lecturing anniversary dear...
ReplyDeleteBanyak kan yg dah belajar dalam 10 tahun yg indah?
Akak next year baru cukup 10 tahun berkhidmat di IPTA..
Previously, 7 yrs kat IPTS...
But you know what, sampai skrang rasa best lagi ngajar kat IPTS..
Boleh fokus ngajar pelajar..
Pelajar yg dapat gred SPM tak berapa elok, dgn matematik yg gagal lagi... but we can turn them to be someone successful... Perasaan seronok tu, Allh jer yg tahu bila anak2 didik ni berjaya :)
True enough kan kak.
DeleteSyarat kemasukan ke kolej sekadar cukup 3 kredit SPM sahaja dengan kadang kala fail English or Matematik. Memang jerih. Tapi sangat berbaloi. Bila mereka grad, tengok dorang konvo, Allah, tak tergambar perasaan waktu itu. Apatah lagi saya kebanyakannya mengajar pelajar di semester 1, 2 dan 3 yang mana ketika ini mereka masih tak tahu arah tujuan lagi. Moga - moga kita terus istiqomah ye.
Alhamdulillah tahniah Acik Laura 👏👏😃😃 10 tahun tu bukan mudah... Akak yang hampir 5 tahun je pun berdepan dengan macam-macam pengalaman.
ReplyDeleteTapi setuju tang bila tengok kejayaan student yang pada asalnya biasa-biasa, tapi sekarang boleh berdiri seiring dengan senior-senior kewartawanan (bidang akak ajar dulu la kan) yang rata-rata senior tu adalah kawan-kawan kelas akak di UiTM dulu.
Bangga la juga bila kawan-kawan tanya students, belajar kat mana siapa lecturer? Maka disebutkan nama kita... 😄 Alhamdulillah.
Tq banyak2 kakak. Esok ni nak g konvo students kat UTM Skudai. Perasaan dah berbaur sbnrnya. Syukur, dorang dah grad. Dah membesar. Dah berjaya. Dulu2 masuk diploma 3 kredit je. Allahu, nilah sebabnya saya masih bertahan. Demi students.
Delete