Tuesday, March 14, 2017

1 je lagi

Assalamualaikum

Sihat semuanya. Me? Syukur Alhamdulillah.

Students are having their test right now. So marilah menulis. Curi - curi masa sekejap.

Tadi pagi bukak IG. I follow Hot fm. So tajuk perbincangan pagi ni adalah satu je lagi. Entah, dalam banyak - banyak perkara, I boleh teringat satu kisah ni. Kisah lama. Jadi nak share jugak kat sini,

1 markah je lagi melayakkan kami ke peringkat separuh akhir.

Tahun 1997. Fuh punyalah lama throwback ni kan. Hahaha. Sekolah I antara yang aktif juga menyertai pelbagai pertandingan. Dan yang paling terkesan adalah Pertandingan Pantun. Dulu ianya dikenali sebagai Pesta Pantun. Dan salah seorang pemantun yang legend adalah Kakak Rozi. Rozie Sang Dewi. Kakak Ipar penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza. 

I kenal kak Rozi dari my brother yang 1 batch dengannya. Since zaman kak rozi, sekolah kami agak terkenal dengan pertandigan pantun ni. Sudah banyak kali juga mewakili Negeri Pahang di peringkat kebangsaan.

Okay balik semula kisah tahun 1997. I tingkatan dua masa tu. Ada audition. I sebenarnya temankan kawan sahaja. Jadi audition dibuat di bilik kaunseling. Kawan I ni kakak dia adalah bekas pemantun negeri juga. So atas dasar peneman, pergilah kami ke bilik kaunseling. Kebetulan adalah seorang PRS. Yang mana memang agak rapat dengan cikgu kaunseling. 

So kisahnya, sampai - sampai di bilik kaunseling, guru kaunseling minta I masuk audition juga. Fuh! mana I tahu sangat pasal pantun ni. Tapi my friend tu ajar sikit - sikit dan kami pon di audition. N nak dijadikan cerita, I terpilih, kawan 1 tak terpilih. Tapi dia kawan yang baik. Tetap positif. Banyak I belajar dari dia. 

So, bermulalah kisah I sebagai budak pantun. Terus jadi glamour you. Hahaha. Di sinilah bermulanya I dikenali orang. Allah, memang banyak publisiti bila dipilih jadi pemantun sekolah. Tenggelam peserta lain. My sister yang masuk debat sampai peringkat negeri pon tak seglamour adiknya. Hahaha.

Okay. Masuk peringkat daerah, kami menang. Jadi terpilih ke peringkat Negeri. Lawan antara daerah. Alhamdulillah dapat masuk final. Lawan dengan team Daerah Jerantut. Fuh, agak sengit. Dan alhamdulillah menang. Jadi mencipta sejarah. Dapat sekali lagi masuk ke peringkat kebangsaan. Masa ni mula dapat sponsor banyak. Sponsor baju la, sponsor makan. Kat mana - mana pergi, mesti dapat publisiti. Bertambah glamour. Aduhai. Time ni lah, dapat surat cinta bagai dari admirers. Hahaha. Time ni jugaklah tiba - tiba seniors layan baik - baik. Hahahaha. Kelakar. Time nilah I kena bersedia selalu sebab antara maghrib dan Isyak di asrama, kami ada majlis perkongsian Ilmu dan sesi soal jawab. Tiap - tiap malam nama I kena panggil. Kena jawab soalan. Sesi soal jawab ni dibuat oleh pelajar tingkatan 3 dan 5. Sebab kalau kita mengajar orang, kita lebih faham kan. Jadi antara maghrib dan isyak, adalah yang akan buat presentation kat surau dan lepas tu ada sesi soal jawab. I memang dah tak boleh menyorok. Memang kena panggil je. Stress weh,

Okay - okay balik semula ke Pesta Pantun. Peringkat Kebangsaan tahun 1997 dibuat di Terengganu. Sehari sebelum bertolak, tu kami ada tugas penting iaitu menjahit labuci di baju. Sebab baju ni dapat sponsor last minutes. Jadi kami kena jahit sendirilah labuci nak kasi gempak. 

Sekolah I di Kuala Lipis. Jadi nak ke Terengganu, kami ikut Kelantan. First time I pergi aktiviti sekolah jauh - jauh begini. Kami stay Kelantan sehari semalam. Dan kemudian, kami bertolak ke Kuala Terengganu. Sampai - sampai, Kami terus lunch. Masa tu belum jumpa lagi peserta - peserta dari negeri lain. Seingat I, our first match adalah dengan Negeri Sarawak. Budak MRSM something. Lepas tu I tak ingat da. 

Paling digeruni waktu itu adalah pasukan dari Negeri Perak dan pasukan Negeri Kedah
Peserta Negeri Perak dan Negeri Kedah tu bukan sekadar petah dan bijak, dorang lawa. Jalan pon very confident.

Sepanjang berada dalam kem, kami kena pakai proper attires. So pakailah segala baju - baju yang disponsor tu. Macam - macam fesyen you. Hahaha. Kebarung, kebaya, kurung kedah, dan lain - lain lah. 

Dan dijadikan cerita, baju kami SAMA SEBIJIK dengan baju pasukan dari Negeri Kedah
Hahahaha. Macam mana boleh sama dua - dua pasukan pon tak tahu. Tapi kami terus pakai jelah macam biasa. Maksudnya, kami ikut peredaran fesyen la kot masa tu. Sama corak. Cuma kami buat kurung moden, dorang buat kebaya labuh. 

Alhamudulillah kami dapat masuk peringkat Suku Akhir. Malawan tuan rumah, Terengganu. Sengit. Dan disinilah episod cerita 1 JE LAGI TU. Lawan tuan rumah weh. Memang la banyak tekanan. Dewan penuh semua. Ini pula pertandingan kalah mati. Kalau menang, masuk semi - final. Tempat ke empat dah dalam tangan. Tempat keempat tu pun dah dapat hadiah wang tunai yang besar tau. 

Proses pengiraan markah dijalankan dengan tempoh yang lama. Kami dah berdebar - debar waktu tu. Apasal lama sangat. Lepas tu nampak judges macam bertekak bagai. What?

Dan, kami kalah dengan tuan rumah dengan 1 mata. Iya 1 mata sahaja. 1 mata je lagi. 

I nangis. Tak sangka. Dan because of that, keadaan jadi huru hara sekejap. Tak puas hati. Bantahan dibuat. Bukan hanya dari pasukan kami tapi pasukan - pasukan lain. Dan sesi pemarkahan dikira semula. Dan akhirnya kami kena mengalah dengan keputusan. Dengarnya ada percaturan markah untuk melayakkan pasukan tuan rumah untuk menang. Entahlah. Orang memang boleh kata apa sahaja kan? Tapi kita yang laluinya, peritkan?

Kalau menang, kami akan jumpa pasukan Negeri Kedah. Dan pasukan Kedah, peserta dan guru pengiringnya memang duduk dekat dengan guru pengiring kami. Dan guru - guru kami dah janji nak pakai baju sama time separuh akhir nanti. Dan, semasa sebelum pertandingan kami dah di approach oleh beberapa wartawan untuk ditemuramah kerana kami pasukan favorite untuk menang Pesta Pantun kali ini.  

Sedih you. It was my first time involving with this kind of competition and yet we were unlucky because of 1 point. Tapi cikgu - cikgu I kata, bukan rezeki kita. Maybe Allah nak beri rezeki yang lebih baik. So, untuk mengubat hati kami, cikgu - cikgu kami belanja macam - macam. Pergi melancong serata tempat di Terengganu. Sampailah kami balik. 

Siapa Juara Pesta Pantun tahun tu? Rezeki tuan rumah. 

Tapi yang paling win adalah, petikan berita mengenai kami di Pesta Pantun Kebangsaan tu, ada dimasukkan dalam majalah sekolah. Kami kan pasukan favorite. Jadi banyak artikel mengenai kami ditulis. Bertambah glamour you.


Me, 14 years old.

Design baju inilah yang sama dengan team kedah. Sebijik coraknya


with Johore team



us with the Melaka team

Us with the Sarawak team

Guru - guru Pantun kami

Us with the Selangor team

Pahang Delegates

State level

Baju ni yang labucinya jahit sendiri

Wakil dari Selangor

Kami yang giler bergambar

Ni gambar utk majalah sekolah

Thanks again buat semua guru yang banyak beri peluang kepada kami.

Juga jasa - jasa pengawai pendidikan daerah dan pihak JPNP ketika itu.

How I wish I can turned back times. Huhuhu.

May Allah bless

4 comments:

  1. Alkisahnya. terror berpantun gitu. kalau akak, eeemmm.. jangan harap.

    ReplyDelete
  2. Zaman budak - budak kakak. Sekarang dah tinggal dah pantun - pantun ni. Sesekali jelah kalau tiba - tiba kena jadi emcee in malay. Alhamdulillah guru - guru disekolah dahulu selalu promote aktiviti - aktiviti begini kepada pelajar.

    ReplyDelete
  3. Wah... tak sangka Acik Laura pandai berpantun... dasyat juga eh dulu-dulu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila fikir2 semula mcm mimpi je. Dah la first timer waktu tu, alhamdulillah boleh sampai ke peringkat kebangsaan. Pengalaman kan?
      Cerita dolu2 kakak. Sekarang, jangan mintak. Hahaha

      Delete