Tuesday, August 1, 2017

Bila Teringat Kampung Raub

Assalamualaikum...

Apa khabar semua.
Sihat - sihat sahajakah?

Me, pagi tadi kepeningan sikit. Tak cukup tidur + banyak memikir pasal rumah. Acik Laura nak pindah rumah. All of sudden. Jadi mesti mengemas dengan segera.

Tapi Alhamdulillah now dah okay sikit.

Tapi nak memblog sekejap.

Sebenarnya last weekend Acik balik kampung. Dalam perjalanan selepas ke bandar dengan bonda Acik tiba - tiba teringat. Perbualan acik dan bonda lebih kurang berikut:


Acik Laura: Hari tu tengok kat facebook ada orang jual pokok mencupu la. Terasa sangat nak beli.
Bonda: La, kat kampung di Raub tu punyalah banyak pokok tu. Tak payah beli lah.
Acik Laura: Masalahnya kalau kampung kat Raub boleh dijejak tak apa lah. Ini tidak.
Bonda: Yelah. Takboleh jejak (tak boleh masuk)
Acik Laura: Tinggal kenangan je dah. Sebab tu nak beli pokok mencupu ni. Nak tanam kat rumah sini.
Bonda: Nak tanam kat mana? Rumah kita ni bukan ada tanah luas dah.

Sedihkan.
Ada kampung. Ada kebun. Ada dusun tapi tak boleh masuk. Bukan tak boleh masuk sebab jalan tak cantik tapi tak boleh masuk sebab dihalang dek orang - orang. Jadi sebab tak nak gaduh, kita tak bolehlah nak jejak.

Sedih...
I was born there. Dari kecil, kalaupun terlepas masuk ke dusun, my arwah abah akan tunjuk kawasan tanah pusakanya. I masih ingat lokasinya. I masih ingat arwah berpesan, inilah harta buat anak - anak cucu. I can still remember there are lots of pokok mencupu there. Bertahun tak jejak dusun tu. Dah bertahun tak melalui denai di situ. I still remember nak ke dusun, kita akan lalui denai, di lereng bukit ada pokok pokok manggis, mencupu, langsat dll. Kemudian akan melalui rumah dimana I dilahirkan. Kehadapan lagi, akan jumpa dusun tinggalan atuk nenek. Tapi sebenarnya since arwah abah ada kami memang dah dihalang masuk. Arwah abah dulu entah berapa kali diacu senapang. Kalaupun nak jejak kena mintak izin bagai dengan kawalan mereka. Sedih. We are not strangers. We are your own blood.

Jadi, my bonda kata, let it be. Kalau mereka nak beri, kita ambil. Jika tidak, biarkan sahaja.
Entahlah, mungkin I rasa terkilan. The elders dah tak ada. Kenapa tidak dipulangkan kepada yang hak? I ajak my bonda untuk buat tuntutan. My bonda kata let it be. I jadi bertambah sedih. Terkilan. Teringat - ingat rupa arwah abah. Terasa sampai bila hendak dibiarkan? Tapi being the youngest in my family, I dont have the right to talk about this. I only have to follow what have been set by my elders. So when bonda said, let it be, it means I have to stop the argument. I nak cakap with my brothers and sisters tapi cadangan I tak pernah diterima. Coz, I am the youngest and I only have to follow.

Sedihkan...

Tapi I bonda kata, biarkan aje, walaupun I rasa terkilan, I ikut sahaja. Kampung Raub tu dah tinggal kenangan. Kalaupun balik, tak kan mungkin kebun/dusun/kawasan rumah pusaka itu boleh kita jejak.

Kita doa lah sahaja.
Moga - moga kita dijauhkan dari sifat itu.
Moga - moga kita juga boleh berkuat
Kita doa semoga dosa - dosa our elders diampun Allah.


Itu sahajalah nak menulis kat sini.


Inilah pokok dan buah mencupu. Gambar ehsan Pangsaenam

Pokok dan daunnya mirip pokok manggis. Isinya manis - manis masam. Jika belum masak, buahnya bergetah banyak.

No comments:

Post a Comment