Sunday, February 4, 2018

5 Hari dan 8 Daerah Bahagian 2

Assalamualaikum semua. Semoga sihat - sihat hendaknya.

I alhamdulillah. Sudah sihat. Cuma sekarang pening nak fikir sebab nak cover tugas - tugas yang tertangguh. Tak mengapalah. I kayuh perlahan - lahan ye.

Okaylah mari sambung sikit kisah 5 hari dan 8 daerah itu.

D: Sempat juga balik kampung Raub.

Asalnya bonda memang nak ikut I ke Raub. Tetapi sebab kesihatan bonda masih lagi tidak berapa okay jadi bonda kerahkan I dan kakak sahaja balik sekejap ke kampung. Bonda risau betul dengan jumlah bayaran Khairat Kematian bagi bahagian arwah abah. Memang dari dulu arwah abah masuk bahagian Khairat Kematian bagi kampungnya. Jadi, selepas arwah dah meninggal, bonda yang sambung bayar. Sudah banyak kali bonda hendak ke kampung tetapi kesihatannya menghadkan dia.

Jadi, alang - alang I ada urusan kerja di Raub, bonda mintak I pergi ke kampung. Jumpa wakilnya. Bukan orang lain, adik seguru arwah abah yang kami panggil Pokde. Memang tidak ada kaitan saudara tetapi, sudah dianggap bagai saudara sendiri.

Rupanya, bayaran bagi bahagian arwah abah masih cukup lagi. Tetapi I dahulukan sahaja dahulu bayaran seterusnya. Iyalah, bukan senang nak dapat peluang balik ke kampung kan.

Alang - alang dah balik kampung ni, I bawalah kawan I tu ke sungai. Hari dah lewat petang. Jadi sekejap sahaja kami di sungai. Dapatlah ambil gambar sekeping dua.


Gambar my dear friend. Sebenarnya banyak tarikan di kampung I ni. Air terjunnya indah. Sungainya berbatu - batu. Airnya sejuk.  Sebut sahaja nama seperti Pulau Chekas, Lata Jarum, Lubuk Semak, atau yang glamour sedikit Tanah Aina, semuanya di kampung I ni. 

Gambar diatas ni kami ambil di Pulau Chekas. Tempat berkelah dan mandi - manda. Sepanjang sungai ni banyak chalet disediakan. Pilih sahaja yang mana - mana korang berkenan. Lokasinya tidak jauh mana. Hanya lebih kurang 30 minit dari Bandar Raub. Ni I ada ambil video. Silalah tengok.




E: Ke Cameron Highland

Okay, ini namanya kerja gila. Pergi Cameron Highland balik hari. Asalnya memang nak balik terus ke Kuantan tetapi terasa juga nak jalan - jalan makan scones. Jadi seawal 7.30 pagi, kami pun gerak ke Cameron Highland dari Raub. Sampai Cameron dalam pukul 10 pagi. Kami terus pergi ke Bharat Tea di Kuala Terla. Oh dah banyak perubahan. Ada tarikan terbaru. Boleh naik ATV dan jip untuk mengelilingi ladang teh. Tapi sebab kami berdua sahaja, sudahnya kami panjat sendiri ladang teh itu. Memang dah plan nak minum teh disini. 

Ladang teh Bharat di Kuala Terla ni best. Park je kereta dan terus sahaja masuk ke ladang teh. Tidak seperti di Hentian minum sebelum tanah rata tu. 



Perasaan bila dah sampai atas ni happy sangat. Ladang teh ni memang sentiasa memanggil - manggil untuk datang lagi. Hehehe.

Selepas dah minum teh di Bharat Tea, kami ke Lavender Garden. Wah sini pun dah lawa. Banyak bunga. Geram. Rasa macam semua tempat nak bergambar. Tapi orang ramai. Mula - mula pelik juga kenapa ramai orang? Sebab hari tu hari Rabu. Bukan weekend. Lepas tu baru teringat orang KL cuti dua hari kan sebab Thaipusam dan Hari Wilayah. 




Lawa kan warna purplenya? I selalu panggil bunga begini bunga kangkung. Sebab bunga kangkung kan bentuknya begini juga. Hahaha.


Bukan snow white dan orang kerdilnya.. ini snow pun tak de, panas gat gat. Lepas tu white pun tak de. Muka terbakar sebab allergic. Teruk lak tu. Huhhuhuhu. 


Bunga daisy. Oh macam - macam warna ada. Tapi I tertarik pada warna oren kekuningan ni. Allah lawanya. Ni tak edit ye. I ambil gambar ni tak guna filter pon. Geram you!


Ni pula yang versi dah kembang. Allah, cantiknya. SubhanAllah.


Selain tu, I tertarik pada daisy warna kuning ni. Kalau bunga, I lebih suka pada yang berwarna kuning. Jadi tentulah daisy ni sangat - sangat membuat I rasa bahagia.



Kasi canlah kan. Hahaha. 

Selepas kami puas di sini, kami pun decide cari strawberry. Waktu tu pun dah tengahari. Jadi kami decide nak makan scones. Jadi, lokasi seterusnya adalah ke Taman Sedia. 

Kalau ke taman sedia, I suka ke KHM. Bagi I lokasinya lebih selesa. Dan scones nya sedap. Hehehe. 

Nak tengok scones yang jadi menu makan tengahari kami?


Sedap dan mengeyangkan. Makan sebiji pon dah rasa kenyang. Serius, I makan satu sahaja. Selebihnya makan masa otw balik dalam kereta. 

Di KHM ini jugalah kami beli strawberry. Beli 10 paket. Total RM 70. Bolehlah.  Kira - kira jam 2.45 petang, kami mulakan perjalanan balik ke Kuantan. Singgah sekejap di Raub dan teruskan perjalanan ke Kuantan. Sampai rumah Kuantan dalam pukul 9.30 malam. Fuh!!! Gigil you! sebab I drive sorang dari Cameron Highland. Dan penangannya, hari Khamis tu I demam. Memang gigil lah. Tengah - tengah hari boleh berselimut bagai. Hari Jumaat tu masuk opis sebenarnya tingtong lagi. Tapi pergi jugalah bengkel dan event petang tu.


F: Melawat pelajar

Okay, inilah sebenarnya lawatan kerja I ke Temerloh, Maran, Raub dan Lipis. Melawat students yang sedang menjalani tempat praktikal


Bahaguan Penguatkuasaan, Majlis Daerah Raub


Jengka Motors Sdn. Bhd. (Perodua Jengka)


Bahagian Pentadbiran, UiTM Jengka


Pejabat Daerah, Tanah Raub


Majlis Perbandaran Temerloh


Lupa nak ambil gambar dengan student haha. Di Pejabat Agama Islam Daerah Lipis. Seronok student tu. Siap ikut ops lagi. Tak apalah, pengalaman kan?


Ini kami, di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub. Masa ni masih awal pagi. Lokasi pejabat ni pulak atas bukit. Ni bergambar kengkonon nak bagi nampak kabus tebal kat hutan sana tu. Hehehe.

Ada seorang lagi student yang I visit. Dia buat praktikal di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Raub. Yang ni memang lupa betul - betul nak ambil gambar. Mungkin sebab lewat dah kot. Entah lah.


Okaylah, itulah sahaja kisah outstation baru - baru ni. Coming week ni tak kemana - mana. Cuma tulah ada dua perjumpaan dengan MD. Hari selasa dan Jumaat. Isnin dan selasa berikutnya pula, outstation ke KL pula. Doakan ye, agar dipermudahkan segala urusan. Doa juga kesihatan baik sepanjang bertugas ni. Doakan juga kesan terbakar akibat allergik di muka ni cepat hilang. Hehehe. Alergik dengan udang. Dua tiga hari sebelum outstation kemain makan sambal belacan, air asam bagai, mee ada udang kering semua. Lepas tu mulalah muka tegang, naik ruam, lepas tu macam pecah. Kena air kemain pedih. Lepas tu menggelupas. Lepas tu lekat kesan hitam. Arghhhhh, geram eh! Tapi salah sendiri. Dah tau sejenis allergik pada benda alah tu, nak juga makan. Padan Muka!!!
Hahahaha. Bertabahlah. Tapi kali ni memang teruklah. Biasa tak macam ni. Kalau menggelupas pon tak de la teruk mana. Tu yang berani jugak makan udang, belacan atau seangkatan dgnnya. Lagi satu, I rasa I alergik jugak dgn Budu lah. Sebab makan juga last week, terus naik gatal - gatal. Lepas tu, memang kena pantang cukup - cukup lah.


Eh, bebel pulak. Hahaha. Sorry guys. 

Okay, ada cerita I tulis lagi blog ni ye. Kalau tak ada entry baru tu, faham - faham jelah. I busy lah tu. 

Happy sokmo guys!!!
Jaga pantang masing2
Think positive!!!
Jangan malas - malas. hahahaha.

Assalamualaikum



Thursday, February 1, 2018

5 Hari dan 8 Daerah Bahagian 1

Assalamualaikum

Sihat semuanya?

I tak berapa sihat. Yelah baru balik dari outstation. Hari ni demam pula dan sakit perempuan. Esok, harapnya larat ke pejabat. Pagi esok ada bengkel, petang ada event fakulti. Sekarang dah rasa okay sikit demamnya.

Apa ceritanya dengan tajuk "5 Hari dan 8 Daerah"?

Kuantan - Maran - Jerantut - Maran - Temerloh - Maran - Bentong - Raub - Lipis - Raub - Cameron Highland - Kuantan

Inilah perjalanan yang ditempuh dalam masa 5 hari bermula (27 Januari - 31 Januari 2018)

Fuh!
Tak tahu bagaimana nak mula cerita. Yang pasti banyak cerita dan keterujaan.

Marilah berkisah. Cakap awal - awal ye yang Entry ini panjang.

Kisahnya bermula bila awal semester lalu, apabila internship unit ada bertanya sesiapa yang volunteer nak melawat pelajar yang sedang menjalankan latihan industri di luar Kuantan. Jadi I pun volunteer pergi visit di area yang I selalu cover iaitu Jerantut, Temerloh, Raub dan Lipis. Dan bila jadual lawatan siap, I kena melawat tujuh pelajar di kawasan yang dinyatakan. Jadi I pun plan lah. Susun perjalanan, buat appointment dan siapkan diri dan kereta untuk ke lokasi - lokasi itu.

Jadi I punya plan mcm ni:
1. Mula - mula cover Jerantut, Maran (Jengka) dan Temerloh
2. Kemudian Raub
3. Kemudian ke Kuala Lipis.

Jadi hari Sabtu I pon memulakan perjalanan. Balik rumah mybonda. Dekat je dengan lokasi pertama untuk dilawat. Ahad tu sebenarnya I dah cover dua daerah. Hahaha. Along ajak ke Bandar dan petang tu I hantar anak saudara balik asrama.

Oh ya, my friend ada seorang ikut I kali ini. Sanggup dia ambil cuti 3 hari.

Meh layan gambarlah kan. I akan cerita ikut lokasi yang I pergi dalam tempoh lima hari itu.

A. Stesen Kereta api Kuala Lipis, Batu Jalan Kosong dan sekitar bandar Kuala Lipis

Well, ketika kami sampai di Kuala Lipis, ianya masih awal. Kami langsung makan tengahari di tapak perhentian bas lama. Sedang makan kami terdengar bunyi loceng menandakan ada keretapi akan lalu. Teruja sangat dah. Siap makan, kami segera ke stesen keretapi.

Oh, lamanya tak naik keretapi. Seingat I kali terakhir naik keretapi KTM ni masa tingkatan 2. Balik ke Negeri Sembilan. Yelah dulu - dulu tak ada kereta. Setiap kali nak jenguk keluarga di sana jadi naik keretapilah kami dari Jerantut ke Gemas dan vice versa.

Okay, bila tiba di stesen, kami lihat ada keretapi sedang dipakir di hujung laluan. Apa lagi bergambar lah sekejap di sekitar stesen. Sedang asyik bergambar kami yang begitu ramah menegur seorang kakak yang kelihatan sedang menunggu keretapi juga.

"Tunggu keretapi?"
"Ye."
"Ke mana?"
"Merapoh."
"Oh, pukul berapa keretapinya?"
"Pukul 1.30"
"Kalau naik dari sini, sampai ke Merapoh nanti pukul berapa?"
"Lebih kurang pukul 3"
"Berapa ringgit tiketnya?"
"Tiga ringgit sahaja"

Wahhhh. Murahnya tiket untuk perjalanan satu jam setengah. Sambung borak - borak lagi dengan kakak tu. Ceritalah kami dari Kuantan. Sedihkan, sebab kat Kuantan mana ada laluan keretapi. Yang dalam pembinaan tu jangan lah kata. 7 tahun lagi baru siapnya. hehehe



Ketika kami sampai keretapi masih ada berhampiran stesen. Masa ni belum jumpa kakak tu lagi. Jadi malu - malu ambil gambar begini sahaja. Tak lama kemudian, ia bergerak ke belakang ke hujung laluan.


Stesen keretapi di Kuala Lipis ini lokasinya ditengah - tengah bandar.


Suasana di stesen ini kelihatan sungguh klasik.





Kira - kira jam 1 tengahari, keretapi yang tadi baru berhenti dari Kelantan itu mula bergerak menghampiri. Lalu berhenti di hadapan tempat kami sedang berbual.

"Eh, jom naik keretapi. Ambil gambar di dalam." - kata kakak itu lagi. Kakak yang kami tidak tahu namanya lagi. Kami berpandangan sesama sendiri. Muka dah tunjuk teruja.

"Boleh ke? Kami tak beli tiketnya."

"Boleh. Sekarang baru pukul 1.00 petang. Keretapi akan mula bergerak pukul 1.30 petang. Jom naik."

Apa lagi bagai orang tidur disorongkan bantal, kami pun naiklah keretapi tu. Sedang bergambar, kami didekati pegawai stesen/ pekerja KTM. Mulanya I sedikit takut tapi beliau ramah juga dan katanya ambillah gambar. Tidak mengapa.




Yang berbaju pink inilah kakak yang ramah itu. Namanya Kak Norzai. Sebelum turun, I sempat bertanyakan kepadanya jikalau kakak ada instagram atau facebook untuk I tag namanya nanti. Dan sekarang sudah selamat jadi kawan di facebook. 





Actually, terasa juga nak explore ke gerabak lain tetapi tak berani. Keretapi ini dipanggil Shuttle. Not sure ada tak restaurant atau kantin didalamnya. 

Kak Norzai suggest kami datang lagi dan jemput datang ke kampungnya di Merapoh. Merapoh adalah pekan terakhir dalam Daerah Lipis yang bersempadan dengan Daerah Gua Musang. Katanya di Merapoh ada banyak tempat boleh dilawati. Boleh juga berkunjung ke Taman Negara di sana. Katanya, datang dengan keretapi seperti sekarang, kemudian balik semula ke Kuala Lipis pagi esoknya dengan keretapi.

Bila dah lama berbual, kami pun turun dari gerabak. Sambung bergambar lagi.


Kalau nak ke Singapura, kena naik keretapi Ekspress. Shuttle hanya dari Kuala Lipis - Tumpat atau vice versa. Begitu jugalah jika nak ke Jerantut. Tidak seperti dahulu. Dahulu, bila ke Negeri Sembilan, pernah juga I kena berdiri beberapa jam disebabkan keretapi yang tiba sudah penuh dengan orang. Dahulu ramai yang guna perkhidmatan keretapi sekarang permintaan dah kurang. Sebab itu Shuttle hanya disediakan bermula dan berakhir di stesen Kuala Lipis ini.


Kasi canlah kan. Blok kayu ini masih dikekalkan disini. 1926 you!



Keluar sahaja dari stesen, anda akan dihidangkan dengan pintu gerbang ini. Welcome to Kuala Lipis. Pada dinding putih dibelakang I tu ada diceritakan sejarah Kuala Lipis.


 Okay tutup pasal keretapi. Kami kemudiannya dibawa dek my sis yang sanggup ambil cuti untuk teman I dan my friend ke Kuala Lipis ni, ke satu lagi monumen sejarah di Bandar Kuala Lipis. Batu jalan bertanda kosong. Sejarah permulaan pengiraan jarak kilometer di Negeri Pahang.


Tengah panas. Tengahari gat gat, kata orang lepeh. Lupa pulak nak ambil gambar dibahagian belakang. Kalau tak silap ia bertulis Kuantan, 100 kilometer lebih. Tak ingat dah. Rare kan? Mana nak jumpa Penanda jalan begini jika tidak ke Kuala Lipis.



Ketika tunggu my kakak ambilkan kereta.  Dan lepas tu nampak satu bas. Tengok bawah:


Bas ni legend. Ada lagi sampai sekarang. Yang ini boleh kira bas baru sebab tingkapnya begitu. Zaman I sekolah dulu, bas ni tingkapnya yang kalau nak tutup tu kena angkat ke atas. Nak buka, bawa ke bawah. Legend. Bas Pahang Lin Siong nilah yang jadi pengangkutan utama I zaman sekolah dulu. Kalau dari sekolah nak ke bandar Jerantut, perjalanannya 1 Jam Setengah. Kalau dari sekolah ke Raub kena transit di pekan Benta dahulu dan tunggu bas dari Kuala Lipis. Ke Raub dari Benta, perjalanannya 1 jam. 

Jadi bila nampak bas ini, dah terbayang - bayang dah kenakalan zaman sekolah dulu. Dulu, sampai kenal rapat dengan pakcik bawa bas dan makcik konduktor bas. Dan tiket bas zaman tu mestilah yang jenis sepapan tu. Sebelum beri pada kita, makcik konsuctor akan tebuk dulu tiket tu. Thats why I kata bas ni legend. Now I rasa sudah tidak begitu. 


Okay, mari ke cerita lain. Kami singgah sekejap ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Lipis. Tujuannya ada dua. Kakak nak umpa staff lamanya dan nak dapatkan input berkenaan audit dan I nak jumpa my bff. Tapi Allah bagi kejutan buat I. Sungguh tak sangka. Alhamdulillah. Bersyukur sangat I. Nak tahu kenapa?



Sebaik buka pintu utama pejabat, Allah temukan I dengan insan hebat ni. Terus I berpelukan. Tak sangka. Siapakah insan hebat ini?

Ini emak angkat 1. Yang sudah lama I tak jumpa. Allah. Nak menangis tapi tak keluar air mata. Memang sangat happy. 

Emak angkat I ni dahulunya adalah salah seorang pekerja di dewan makan asrama di sekolah menengah I. Peramah sangat. Dan sangat baik kepada I. Emak memang layan I lebih dari anak - anak asrama yang lain. Antaranya, walaupun I dah makan pagi emak sanggup tapaukan sarapan untuk I untuk makan ketika rehat nanti. Kalau I teringin nak makanan luar, emak belikan untuk I. Dan sejak tingkatan empat, emak ambil I jadi anak angkat mereka. I dibawa masuk dalam keluarga emak. Allah. Sempat update keadaan terkini. Wah, adik - adik pun dah ramai anak. 

Lama betul tak jumpa emak. Maafkan saya ye emak. Saya akan cari masa lagi nanti untuk melawat emak, abah dan keluarga. 

Wajah emak bercahaya kan? Semoga emak, abah dan adik - adik serta seluruh keluarga dijanjikan syurga paling agung. Aamiin.


This is my BFF. Yang sekelas dan sebilik di asrama sejak Tingkatan 1 hingga 5. Satu geng. Geng nakal. Geng exco asrama. Geng semualah. 

Kali terakhir jumpa kalau tak silap I tahun 2011 mungkin. Tapi selalu contact. Borak - borak bagai nak rak. Segala cerita keluar. Sempat I bagi planner dan dia bagi FM dari Sarawak. 

Wei, happy sangat dapat jumpa aok!!!

Ni kakak angkat - adik angkat. Hehehe.


B. Sekolah Lama I, Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad (SMKPGAS)

Dalam perjalanan balik dari Kuala Lipis ke Raub, I kata kat my sister, jom singgah sekolah sekejap. Sebab tak jauh pun dari pekan Benta. Lebih kurang 10 minit sahaja. Dan kami singgah sekejap sahaja. Ambil beberapa keping gambar dan kembali meneruskan perjalanan.

Jauh I dhantar bersekolah dek my parents dahulu. Dua jam setengah dari rumah dan sejam setengah dari kampung Raub. Dipaksa masuk sekolah ini. Sekolah ini sekolah abang I dahulu. Masuk sahaja dah glamour sebab cikgu - cikgu nak kenal adik abang I yang terkenal itu. hahaha. Dipaksa masuk asrama. Setiap tahun I mintak tukar sekolah tapi tak adanya my bonda dan arwah abah I layan.

Masuk sahaja ke perkarangan sekolah I pon pergilah melapor diri. I bagitahu I nak tumpang bergambar. I dulu sekolah sini. Lepas tu pakchik guard dengan gembiranya mempersilakan. 


Di hadapan pintu kelas I ketika di Tingkatan Lima. Perasaan masa ni teruja ada, sebak pun ada. Kelas I dulu namanya Tingkatan 5 Sains. Sekarang nama kelas ini 5 Unggul. Melihat kepada bilangan meja, dapat I katakan pelajar 5 Unggul jumlahnya sedikit jika hendak dibandingkan dengan pelajar 5 Sains dahulu.



Tapak perhimpunan. Di sinilah rutin berkumpul dilakukan. Dahulu sebelum subuh sekitar jam 5.30 pagi, warga asrama dimestikan berkumpul disini dahulu sebelum bersama - sama ke surau. Kemudian setiap petang, akan ada sesi berkumpul lagi sebelum sama - sama ke dewan makan untuk makan malam. Kalau petang kami berkumpul sekitar jam enam petang. 

Disinilah juga peristiwa public caning dibuat. Sesi merotan disebabkan tidak mencapai target lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak asrama. Macam - macam kisah. I dulu kena juga sebab matapelajaran matematik tambahan tu tak mahu lulus - lulus setiap kali exam. Hahaha.

Disinilah juga, I, barisan exco asrama dan warga asrama kena rotan sebab pelbagai sebab. Hahaha.

Disinilah juga pernah kena denda angkat kerusi dan meja dua pusingan sebab salah buat kerja bagi subjek Ekonomi Asas. Waktu tu pula adalah wajtu rehat pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Allah malunyalah rasa.

Disinilah juga I mengasah bakat. Jadi emcee perhimpunan. Kalau tiba English Week, nama yang selalu kena petik untuk jadi emcee adalah nama I. Sebab pengawas lain tak yakin nak emcee in English. Lepas tu I kemain mengemcee, audience tak faham. Lawak - lawak. Pernah satu kali I emcee untuk penutup English Week so, waktu perhimpunan lah masa sesi penyampaian hadiah. Kemainlah I ni mengemcee in English. Mintak peserta hantar wakil tapi audience kaku je. Akhirnya cikgu kata, buat dwibahasa, Barulah jadi lancar. Hahahaha. 

Disinilah juga tempat dating. Hahahah. 


Zaman I dulu dah ada dah pavilion ni tapi belum berbumbung seperti sekarang.



Bergambar dalam kelas. Dahulu disinilah lokasi tempat duduk I. Oh I bukanlah jenis yang duduk depan time sekolah. I memang pilih tempat belakang. Bezanya dahulu, susunan meja semuanya mengadap ke hadapan. I dulu di lajur pertama dari meja guru, barisan kedua terakhir. Meja disusun dua - dua. Dan tempat I di tepi tingkap. Dulu kalau tak silap I ada 4 lajur meja dan 5 baris meja. Dahulu rasanya kami 40 orang sekelas. 

Sekarang ada ada LCD tergantung menunjukkan sistem pembelajaran yang lebih seiring dengan teknologi. Syukurlah adik - adik juniors. Tetapi melihat kepada deko dalam kelas, I nak kata, adik - adik kurang creative lah. kelas nampak usang. Tidak seperti zaman I dahulu. Kelas meriah. Ceria sahaja. Tak apalah, masih diawal tahun kan? Hehehe.


C: Melawat student, terjumpa kawan sekolah

Well yang ini betul - betul tak jangka. Memang kebetulan. Allah temukan. Ketika I melawat pelajar di Perodua Bandar Jengka, I sempat bertanyakan pelajar I kalau I boleh basuh kereta di situ dan student I kata boleh. Jadi dia pun arrangekan kereta I dibasuh. Seelok I bawa kereta ke bahagian belakang yakni di bahagian pusat servis Perodua I dah tertarik dengan tanaman yang ada. Ia macam kebun. Kebun Lada Besar you! Kemain besar pokoknya. Kemain panjang buah ladanya. I sempat tanya, siapa yang uruskan kebun ni pada my student. Katanya anak - beranak bos. 

Sedang I menunggu kereta dibasuh di dalam pejabat servis terkejut I dapat Whatsapp dari kawan sekolah I. 

"Aok kat Jengka ke?'
"Ahah."
"Dekat perodua ke?"

I dah mula pandang kiri kanan tak nampak pulak kawan I tu.

"Ahah. Aok mana?"

"Koi lah dekat pokok lada ni."

(Aok = awak, Koi = saya)

Dah tergelak I kejap. Lepas tu I pun ke lokasi pokok lada tu semula. Jejak kasih lah pulak dua orang. macam - macam ceritalah yang keluarnya. Memasing tergelak sebab tak sangka boleh jumpa.

Hebat kawan 1 ni. From an engineer to become a modern farmer. Hebat sangat weh!




Bila dah jumpa ni, macam - macam cerita keluar.  Nak balik tu diberikan lada seplastik atau sejabir. Mulanya dia ambil yang sudah dipetik pagi tadi iaitu lada yang sudah masak merah. Lepas tu sambung lagi borak, tetiba dia kata nak nak masak taucu? Hahaha. I tergelak. I kata ni cukup dah nak masak taucu. Sekali dia kata, kalau masak taucu kena guna yang hijau. Dipetiknya pulak lada yang masih hijau lalu diberi kepada I. Allahu. 

Masak taucu = Masak taucu dengan timun dan lada besar. Masakan orang Jerantut. Tapi sampai hari ini I belum lagi masak sebab tak sihat dan di rumah tiada stok timun. Taucunya ada. 



Abdul Sahaairul nama kawan I ni. I panggil Saha. 
Kawan sekelas dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sama - sama dari Jerantut yang mana sama - sama tempuh perjalanan naik bas Pahang Lin Siong yang legend itu setiap kali balik ke asrama dan balik dari asrama. Sama - sama tempuh perjalanan horror (well jalan Jerantut - Benta kan penuh berliku ala - ala jalan nak ke Genting Highland) selama satu jam setengah setiap kali. Hebat aok weh! Koi masih lagi kagum.

Gambar ini Saha hantar melalui Whatsapp ketika pokok sedang meriah mengeluarkan hasil. Saha kata masa tu dia dapat 2 kg lada besar jenis lada minyak ni sepokok. 2 kg means RM 20. Kalau dah 50 pokok, tak ke lumayan tu. Apatah lagi di kebun saha ni pokoknya lebih banyak.


Ini gambar yang di Whatsapp Saha hantar. Ini masa tuaian terdahulu. Saha mula tanam pokok lada ni bulan sepuluh. Mulanya belajar dari facebook sahaja. Kemudian berguru dengan pengusaha lada di Jengka 23. Now Saha dan mula cari lokasi baru. Nak tanam sekitar 500 pokok pula.

Saha kata, kebun lada dia ini dah macam kebun strawberry di Cameron Highland. Orang datang servis kereta, mintak petik sendiri lepastu timbang dan bayar. Allah, hebatkan? Inilah rezeki berbudi pada tanah kan?

Saha, koi dah tak sabor nak petik lada aok ni lagi! Hahaha. 



Okay. I stop dulu. Perut makin sakit pulak.

Nanti I sambung Bahagian Kedua. In shaa Allah dalam masa terdekat ni.


Happy always, friends.
Ila Liqa' Ma'as Salamah.