Saturday, September 15, 2018

Kawasan Berkelah Lubuk Semak, Raub

Assalamualaikum.
Enty berganda lagi...

Setelah ke Sungai Bangan baru - baru ini, geng - geng pon mulalah merancang trip air terjun seterusnya. So I cadangkan kampung Raub I yang mana terkenal dengan air terjun dan tempat perkelahan yang cantik - cantik seperti Air Tejun Lata Jarum, Pulau Chekas, Lembah Bangkin, Lembah Temir, Lata Lembik dan sebagainya.

Disebabkan itu, ia membawa I balik ke kampung Raub baru - baru ini. Nak survey kawasan. Dan dapatkan rough ideas.

Teringat akan Atok Saudara ada membangunkan chalet di sana, I pon apa lagi terus ke situ sahajalah. Perkarangan Chalet Atok Saudara ini dipanggil Lubuk Semak. Nama sahaja, tetapi tentulah tidak semak seperti namanya itu. hehehe.

I survey harga bilik dan capacity bilik yang ada. Juga ke sungainya lah. Mari lihat gambar ye.


Melihat bukit ini daku sedikit berasa sedih. Banyak kawasan diteroka. Sudah hilang hutan yang satu ketika dahulu menjadi pemandangan indah...


Chalet. Ia rumah dua tingkat. Dibina dengan nilai - nilai tradisional. Berdindingkan buluh ye. Tingkat atas ada 7 buah bilik bersaiz sederhana yang boleh menempatkan 3 - 4 orang penghuni pada satu - satu masa. Di tingkat bawah adalah kawasan bilik air dan tandas serta ruang berkumpul. Juga ada dua buah bilik untuk keluarga yang bersaiz sungguh besar.


Ini banner buat rujukan semua. Aki Akob, atok saudaraku sebelah arwah abah. 

contoh bilik di bahagian atas. Mereka baru buat kemasan sebab ada yang baru check out that day

ini contoh bilik di tingkat bawah yang sungguh besar







Sebahagian kawasan. Actually kawasannya luas. I banyak ambil video hari tu. 

Kawasan air terjunnya ada beberapa tempat kerana kawasannya luas. Ada dua alur sungai yang menyebabkan kawasan tengahnya seperti pulau. Jadi boleh pilih nak mandi di sungai seberang kiri atau singai disebelah kanan. 


Mulanya kami merancang hendak ke sini awal Oktober nanti. Cumanya sekarang sudah masuk musim hujan. Not advisable untuk trip begini. Apapun, nanti kalau jadi trip ini, I akan upload lagi ye. 


Okay jika hendak ke sini, korang perlu ke Raub. Dari bandar Raub lebih kurang 15 minit, masuk simpang ke Hulu Dong. Dari simpang itu, perjalanan lebih kurang 20 - 30 minit. Anda akan melalui kawasan perkelahan Pulau Chekas terlebih dahulu. Jika nak singgah disini boleh juga. Kawasan ini terkenal. Sungainya tentulah cantik dan kawasan ini sudah ada fasiliti lengkap.

Dari Pulau Chekas, teruskan sahaja pemanduan, akan nampak simpang ke Lubuk Semak. Jika anda terlepas simpang ini, anda akan sampai ke kawasan Air Terjun Lata Jarum yang terkenal itu juga. Sila google ye. Tempat tu pun heaven tau! Air terjunnya tinggi.

Okay berbalik ke kawasan Lubuk Semak dimana chalet Atok Saudara I ni. Dari simpang ini, kita akan melalui kawasan sedikit berliku. But dont worry ia selamat. Masuk ke dalam ini tidak jauh. Lima hingga 10 minit sahaja cuma kena berhati - hati kerana ada batu - batu besar dan akar pokok menghalang jalan.

Jika tidak mahu tidur di chalet, boleh juga datang picnic disini. Cumanya kawasan chalet akan kenakan bayaran untuk parking. RM 2 sahaja. Tempat ini kalau hari cuti tak pernah lengang. Sentiasa penuh kawan - kawan..

Nanti ye, I update lagi kalau jadi pergi bulan Oktober nanti...

2 comments:

  1. macam mane nak contact tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf terlewat. Jarang buka blog.
      Boleh hubungi Pak Akob. 014 - 827 8216

      Delete