Assalamualaikum.
Lama tidak menulis disini. Apa juga, jika ada yang singgah, ku doakan semuanya dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah senantiasa.
Alhamdulillah. Saya baik - baik sahaja. Cuma hari ini diuji sakit migrain pagi tadi bawa ke tengahari. Korang bagaimana? Mesti teruja dengan kedatangan tahun baharu kan? Saya sendiri, bersyukur masih dipanjangkan umur hingga tahun 2022 ini. Namun, tidaklah terlalu teruja dengan kehadirannya. Dalam peringkat umur sekarang, dengan keadaan sekarang, saya merasakan kehadiran tahun baru, hanyalah satu pergerakan masa. Tiada lain.
Orang rata - ratanya menanam azam sempena tahun baru. Saya hanya mahu berdoa agar diri dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dipertemukan dengan orang - orang yang baik, dikelilingi dengan kasih sayang keluarga berpanjangan dan setiap perkara baik yang ada sekarang dikekalkan. Jujur, saya tidak mengharap lebih. Hanya mahu berasional dengan keadaan sahaja.
Tahun 2021 telah meninggalkan kita. Pandemik masih ada.
Tahun 2021 itu saya katakan ianya bagi saya jerih. Tetapi syukurlah Allah permudahkan segalanya. Sempat juga hanpir 5 bulan, PKP dan work from home. Jerih namun saya bersyukur masih punya kerja. Sehingga sekarang sebenarnya masih boleh WFH tetapi WFO lebih banyak. Biasanya saya akan masuk pejabat, maksima 3 hari penuh. Atau hari - hari saya masuk pejabat. Tetapi sejak awal Disember, ada rakan - rakan diuji dengan Covid, kebanyakan masa saya dirumah sahaja. Ada sedikit gerun sebenarnya.
Pesan saya:
Berdamailah dengan segala rasa over thinking, wahai Acik Laura. Berdamailah dengan segala rasa terbeban. Berdamailah dengan segala keinginan hati yang melampau. Berdamailah dengan segala rasa yang menyesakkan.
Mudah - mudahan...
No comments:
Post a Comment