Monday, May 30, 2011

Perlukan Kekuatan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Sebelum itu, saya doakan hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua...

Saya masih ingat waktu itu. Hari itu 19 Ogos 2007. Waktu itu saya baru enam bulan bekerja. Pagi itu, abah kesayangan saya pergi buat selama-lamanya. Saya mahu menangis tetapi entah mengapa air mata itu tidak mampu untuk keluar. Saya termanggu di satu sudut, saya dengar kakak berkata, jangan menangis. Saya tarik nafas dalam-dalam dan akhirnya saya beroleh kekuatan. Kakak yang tadi berasa kuat, goyah juga perasaannya. Saya berjaya tidak mengalirkan air mata walau setitik hinggalah seminggu kemudian. Saya fikir saya kuat dalam menghadapi perpisahan ini. Saya fikir saya mampu bertabah namun saya gagal.

Dan saya masih ingat hari itu. 27 Mei 2011 tatkala kali pertama kawan saya menngkhabarkan satu berita yang mengejutkan. Saya masih ingat kawan saya berkata: Keadaannya kritikal.

Saya masih ingat hari itu 27 Mei 2011, dipejabat, keadaannya kucar-kacir benar. dan saya masih ingat betapa saya diruntun perasaan kalut, takut dan entah apa2 lagi. Yang saya fikirkan hanya satu, saya mahu lihat kawan saya itu. Kawan yang keadaannya dikhabarkan kritikal. Waktu itu saya berkuat, saya akan memandu hingga ke Temerloh. Saya akan memandu untuk menemuinya walau dia mungkin tidak sedar kehadiran saya.

Dan saya masih ingat hari itu 28 Mei 2011, saya dikhabarkan keadaannya tenat. Saya yang dalam keadaan tidak berapa sihat, terus terasa gagah. Cuma, satu perkara, saya tidak sekuat semalam untuk memandu ke Temerloh. Dan bila sms itu masuk, saya berasa lega yang teramat. Keadaannya stabil. Pergi segala gusar. Pergi segala gundah. Sungguh dalam solat, saya berdoa agar dirinya kuat. Semangatnya kuat. Dan akhirnya, hasrat mahu ke Temerloh saya batalkan.

Saya masih ingat hari semalam (29 Mei 2011), saya ke kelas dengan perasaan yang sukar digambar. Kosong tanpa sebarang persediaan seperti biasa. Saya sedar bahawa saya ada pembentangan tetapi saya tidak langsung kisah. Yang saya gusarkan hanyalah keadaan kawan yang satu.

Dan saya tak akan lupa detik itu. 12.10 tengahari. Kawan saya mendapat berita. Bila kawan yang satu sudah tak tertahan rasanya, saya sedar, kawan yang lagi satu mungkin keadaannya sangat kritikal. Mungkin tenat. Tetapi bila dalam riak tangis, kawan saya memberitahu: Dia telah tiada. saya terkaku buat seketika. Saya tetap memujuk kawan yang satu. Tapi tangan saya terketar-ketar. Emosi saya sudah kucar-kacir kembali.

Kelas saya tinggalkan. Diluar, keluar juga air mata saya. Tetapi saya cuba berkuat. Saya pujuk kawan saya. Tetapi kekuatan itu semakin merosot.

Bila melihat jenazahnya diusung, saya berdoa, damailah kau di sana. Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas rohnya.

Dan hari ini (30 Mei 2011), walaupun air mata itu tidak lagi mengalir bila mengenang ataupun melihat kenangan yang ditinggalkan, namun, dalam hati saya kehilangan itu berbekas. Payah benar untuk saya redhai. Payah benar untuk saya hilangkan bekas kehilangan itu. Payah benar.

Ya Allah, kuatkanlah semangatku.
Ya Allah, kuatkanlah semangatku.
Ya Allah, cucurilah rahmat keatas roh Abah
Ya Allah, cucurilah rahmat keatas roh Maisarah
Ya Allah, tenpatkanlah roh keduanya (Roh Abah dan Roh Maisarah) dikalangan roh-roh orang yang beriman.
Ya Allah, Hanya padamu aku berserah dan bergantung harapan..

Al-Fatihah....

Saturday, May 28, 2011

Pray for Maisarah

Assalamualaikum...

Semoga hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.

Jumaat lalu adalah hari terakhir kawan aka bff saya Saidafazila bekerja di organisasi saya. Jadi sepanjang minggu lalu, kami agak sibuk menghabiskan masa bersama-sama. Saidafazila adalah seorang kawan yang sangat baik, mudah menghulur pertolongan, kawan waktu susah dan senang bagi saya.

Jadi pagi Jumaat itu saya dan kawan-kawan dah plan, pagi2 akan makan breakfast di kedai yang jauh sedikit dari pejabat (tempat biasa kami akan pergi jika pelajar sdg menghadapi exam atau ketika semester break), tengahari, kami plan nak makan-makan di tempat yang menarik such as MONrods atau di ECM.

But then, tengah2 breakfast, kami menerima satu berita yang tak terjangka. Our Fren, Maisarah terlibat dengan satu kemalangan di Maran dan sekarang tengah kritikal di Hospital Temerloh. Waktu itu, aktiviti terus terhenti. Yang saya fikirkan hanyalah Maisarah. Sejujurnya Maisarah dan saya tidaklah begitu rapat, malah kami pernah ada masalah namun, itu semua perkara kecil. Maisarah kawan saya. Maisarah pernah jadi housemate saya. Sekarang, Maisarah teammate saya. Kami sama-sama buat MBA sekarang. Walaupun tak sama jabatan, saya akan jumpa Maisara setiap weekend.

Kami terus ke HQ. Keadaan disana kucar-kacir. hati saya sudah melonjak-lonjak mahu pergi melawat. Saya sanggup memandu sampai ke Hospital Temerloh. Tak kira apa yang berlaku. Tak lama kemudian, berita yang kami terima dari pihak hospital adalah Maisarah akan dipindahkan ke HKL. Hati saya masih lagi ingin pergi tetapi ada sedikit kegusaran. Saya tidak tahu dan tidak berani memandu di KL sendiri. Namun tak lama kemudian, pihak hospital beritahu, Keadaan Maisarah yang kritikal tidak membenarkan dirinya untuk ke HKL. Jadi pihak hospital akan menjalankan pembedahan segera di Hospital Temerloh.

Setelah berbincang lebih kurang dengan kawan-kawan kami segera balik ke pejabat. Ambil barang keperluan dan terus saya pandu kereta ke Temerloh. Namun kami singgah melawat dua orang pelajar yang cedera ringan di Hospital Maran terlebih dahulu.

Sungguh saya sebak kerana mereka itu masih tak mampu untuk berdiri walaupun sedar. Ya Allah. Jadi saya dapat agak keadaan Maisarah sangat-sangat kritikal.

Sampai di hospital, Maisarah tengah dibedah. Lewat jam 6 petang barulah saya dapat melihat keadaan Maisarah. Ya Allah, tiada apa yang saya harapkan cuma, sembuhkanlah Maisarah. Pilu hati saya melihat tubuhnya yang penuh dengan wayar-wayar, telinganya keluar darah, perutnya penuh kapas. Sesungguhnya saya tak sanggup.

Hari ini, Maisarah katanya agak stabil. Sudah ada response positif namun masih belum sedarkan diri.

Jadi kawan-kawan, doakan Maisarah. Mari kita sama-sama berdoa.


P/s: saya tak akan kepilkan gambar Maisarah buat masa ini sebab saya akan menjadi pilu. Tak sanggup saya...

Maaf...

Dan, jangan kita lupa untuk doakan Maisarah....

Ya Allah, selamatkan dan sembuhkanlah kawanku, Sharifah Maisarah Binti Syed Hussain..

Monday, May 2, 2011

My Journey to Utara

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia to all readers. Alhamdulillah now already month May of year 2011. Almost half the year, yet many things still continue unresolved. But then, life is short, so life is great, kan?

Alhamdulillah, my journey to the northern ended safely. Alhamdulillah, despite of 'kete angah rosak' incident, we are very happy for the newly-wed couple Rohani and Azizul. Another Alhamdulillah, for the first time ever, we reached Pak Busu house in Baling Kedah.

'kete angah rosak' near Pekan Gerik. We were stuck there from 4.30 pm to 10 pm. Yet kete angah cannot be repaired. Luckily the Pak Busu and Pak Lang managed to come and become our rescuers. If not, mesti dh kena ulam ngan Pomen Kete tah apa-apa kat situ.

Alhamdulillah, we reached Umah Pak Busu (we called him just Busu) nearly two am.

The next day, the kenduri went as planned. I met my grandma (i called her Wan), my aunty (Mak Uda) and the families, cousins (yg dh lama pepalih tak jumpa. Last I met him and the family is when i was 14), the anak saudaras and saudara maras... hmm, normallah kan. Udah namanya kenduri kahwen kan?

I want to highlight 1 thing. Suppose when coming to Utara, mestilah bercakap dengan slang Utara but then, when these families met, we convert the northern slang to Nogori Sombilan Slang. Not to address that my grandma is originally from Negri Sembilan but it was just happened. Instead, I think we are more 'Pahangian' than 'Negri Sembilans'. Ontah, den pun poning! and Mujurlah Mak Usu (Busu's wife, the Kedahan) can catch up with the slang easily as dah lama kan being a part of our family.

We left Baling about 8.15 pm the 1st May night and reached Jengka (umah angah) 6 in the morning the next day. Long distance driving kan? We stoped by RnR Sg Perak, RnR Tapah, and Petronas Bentong before reached Jengka Pusat. When at Sg Perak and Tapah, barulah sempat shopping lil bit. I bought labu sayung for mak, flower pins for the anak buah, buah-buahan (along mengidam buah ciku. hmm...), the famous kuah rojak Mak Bee, the fish snack dll. Then, melayan anak buah mengambil gambar (buat ala2 siang hari walaupun dah tengah mlm. huhu). And I believe if 'kete angah tak rosak', sepanjang hari Ahad tu akan jalan-jalan sekitar Baling and we did plan to go to Perlis. Apo nak buek, keto angah kau rosak!

But then, I feel pity to Angah. And I and the family dah consult him to find a new car. I advised him to buy a MPV (he wish to buy Alphard but then I propose to him to consider Grand Livina or Wish as the rege (Price in Pahang slang) are more competitive as next year Najihah (Angah's elder daughter will enroll to Secondary school). And Angah agreed. Huhuhu.

Tutup pasal kete angah and i wanna say Thank You for Busu and the family yang banyak membantu. Also thanks to anak saudara Mak Su yang turut membantu malam kejadian. Thanks to the rest of the families. Until we meet again...

Huhuhu... gambar-gambar nanti I masukkan. Now tak sempat as perut meragam...


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa..............

Laura Azura Binti Zainal
(yg mengantuk dan sakit perut kala ini)