Wednesday, December 25, 2013

Aktiviti Cuti Acik Laura

Assalamualaikum.

May Allah bless us always.

Tak ada apa sangat untuk diupdate. Things are so common nowadays. Hari kerja, pergi kelas. Penuhkan jadual 19 jam seminggu. Waktu tiada kuliah, update nota mengajar. Marking assignments. Wajtu weekend, kemas rumah dan cover tidur. Itu sahaja. Nothing much happened.

Last week, dapat juga balik ke kampung halaman setelah lebih sebulan tak balik. Kenkadang kesian juga dengan anak buah setiap Jumaat keep calling asking wether maksunya balik atau tidak. So, I buat conclusion balik juga last weekend.

Hari pertama sampai. Terus ke dapur. Masak. Siap masak dan lepas Zuhur, pergi Bandar. Siapkan few things bebudak tu nak masuk sekolah. Fuh, beratus habis. Nak buat macam mana, bayar ajalah.

Malam itu, membaking. Ini aktiviti wajib bila maksu balik kampung ye. Kemain sorang - sorang terkinja - kinja (exaggerate! hehe) meminta kek itu ini. Tapi kesian, maksu buat kek yang maksu nak makan aje. hahaha. Bayangkan lah ye:

Yang besar request: Cheesekut, Red Velvet, Choc Cake.
Yang kecil request: Nak kek keretapi. Kek Angry bird (apam angry bird sebenarnya).

Hadoi, tak boleh. Maksu nak makan kek coklat lapis cheese jugak! Hahahaha. Kisahnya mengukuslah I buat kek coklat lapis cheese. Kejadiannya sangat lawa. Bersinar - sinar budak - budak tak kira besar kecil melihat kejadian kek itu.. Sekejap je abis.

Malam tu jugak, maksu mencookies. Kejadian tak menjadi sangat. Neway, tak mengapa asal korang makan kata sedap! hahaha.

Hari Kedua iaitu hari Ahad, kerjanya dalam rumah sahaja. Berhasrat juga nak buat Kek Lobak Merah yang dirindui selalu tetapi tak terkejar dengan house chores. Keletihan. Sampailah petang barulah mampu menjejak tanah, mengambil rambutan yang masak (musim ini tidak menjadi sangat). Dan mengambil tanah bawa balik ke Kuantan. Yes, I bawa balik tanah untuk projek tanaman. Maklumlah umah Kuantan bersimen habis. Tak de tanah. Mulanya Along I dah reserve nak ambil tanah bakar di belakang rumah tetapi ada tetamu datang sampai dekat maghrib jadi Along I pon decide:

"Dik, ambil tanah dalam polybag mak jelah."
"Bereh."

Sudahnya: tiga polybag mak di telengkupkan tanahnya dalam plastik beras. Dapatlah dua plastik beras 10 kg tanah. Angkut masuk kereta dan berlayarlah tanah dari kampung selama 3 jam ke Kuantan.

Projek sayur nanti I update. Apa yang boleh I katakan I ada pokok cili api besar, pegaga, dan cambahan anak - anak bayam. I baru juga menyemai benih kangkung dan bayam bulat. Semua ni I tanam dalam pasu di bahagian belakang rumah yang kami panggil ruang membasuh dan menjemur. Nanti next entry I update.


SO, nak tengok kejadian kek I? lihat bawah ye: hehehe.


Bole la. hahahaha..


Monday, December 23, 2013

Sejuk

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Sihat kengkawan? Acik Laura masih selesema. Batuk - batuk juga. Tetapi dah beransur pulih. Selesema tidaklah seperti meleleh aje. Batuk juga sudah kurang. Alhamdulillah.

Now dalam bilik di pejabat. Kesejukan. Walaupun dah berselimut dengan shawl dan bersweater tebal bagai. Mungkin tempat I mengadap aircond. Huhu. I memang tak tahan sejuk. Lately. Mungkin sebab cuaca diluar pun tidak panas. Mendung segala. Musim hujan kan?

Ada juga rasa nak off kan aircond sekejap. Tapi ada rasional utk tidak buat begitu..

Sejuk!!!

Sekian...

Monday, December 16, 2013

Lapar kek lagi...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
May Allah bless us always.

Dolu - dolu masa belajar di UiTM Shah Alam, ramai juga jumpa kawan - kawan dari utara. Budak Utara dalam kelas dulu ada 4 orang. Merekalah geng sekelas paling awal I jumpa. I ingat lagi sehari selepas daftar, I tunggu bas sensorang kat bus stop Seksyen 2. Menurut housemates I, tunggu je bas kat depan nanti dia berhenti naik je. Cakap je nak pergi Pusat Sukan. Memang I tercongok lama jugak la kat bus stop tu sampai ada seorang hamba Allah yang sangat peramah ni tegur I. Rupa - rupanya senasib tapi I tengok dia lebih berani dari I. Dia kata dia dari UiTM Merbok. Dan dia kata dia pun nak pergi Pusat Sukan tapi nak singgah Kolej Mawar dulu. Dia pun ajak I. Katanya nanti kat Mawar dia perkenalkan I dengan kawan - kawan dia yang mana ada dikalangannya bakal satu course dengan I.

So berkawan dengan geng - geng utara ni I belajar banyak perkara la juga. Contohnya kalau kita lapar dan nak makan nasi. Dorang akan sebut lapak nasik. Kalau teringin nak makan kek, dorang akan sebut, lapak kek. Dah la I terikut - ikut.

So hari ini kisahnya duk umah sensorang sebab housemates I semua balik. Sorang balik kampung then ke KL ada kenduri. Seorang lagi balik kampung then balik rumah mak mentua. Jadi bila duk sensorang, I mulalah nak makan macam - macam tapi malas keluar. Pikir punya pikir, akhirnya I decide nak try kek sarang semut kukus. Kek ni kira my favorite la. Kat kampung kalau time raya dolu - dolu along I selalu sangat buat. Tapi along I biasanya akan bakar dengan oven tapi sebab rumah Kuantan takde oven (argh rindu my oven yg dh selamat berkhidmat di kampung), jadi I try kukus sementelahan I ada jumpa resepi yang kukus tapi adunan mesti diperap 4 jam. Iya 4 jam kengkawan. Tapi td I sanggup tunggu 3 jam sahaja.

So, kejadian dari segi rupa, tak berongga sangat. Manakala kejadian dari segi rasa, okay sama. I would say, bolehlah...

Korang jangan gelak ye. Ni I persembahkan my first ever kek sarang semut kukus......


Dah la I letak kukus senget, jadi kek pun senget jugak. Alahai...


Nilah rupanya. Gula tu tak hangus sangat. Tu warnanya tak gelap. Tapi Alhamdulillah, rasanya boleh tahan. Aceh, puji diri sendiri nampak..

Hahahaha.


Thursday, December 12, 2013

Acik Laura Liltle Updates

Assalamualaikum.

May Allah bless us always.

Entry berganda hari ini. Today is the registration day for continuing students. Therefore, 'aktiviti berjimba dikala pelajar bercuti' is officially stopped. Wanna crying? No lah. The cycle is on again and again.

Update 1:
Semester ini 1314-2 (this is the semester coding according to UTM) acik Laura akan mengajar 19 jam dengan empat matapelajaran iaitu:

a. Principles of Marketing for sem 2 students
b. Principles of Management for sem 2 students
c. Business Marketing for sem 4 students
d. Purchasing Management for sem 4 students.

Yang paling digeruni (hamboi!) adalah untuk dua subjek yang teratas itu. Tidaklah digeruni tetapi pelajar semester dua, I kena jaga lebih sikit. Biasanya bila dah lepas semester tiga, barulah performance those students will be okay. Sem 1 and sem 2, I would say are the adjustment semesters here. So performance will fluctuate many times before reaching the stable point. Therefore, the lecturers also need to be prepared to work hard.

Bagi I, bukan hanya kerana tuntutan kerja yang memerlukan kita semua work hard. Tapi kita mengajar, jadi kena jadi teladan dan buat sehabis baik.


Hasrat hati mahu ke KLCC menjengah dan membeli new dictionaries di Kinokuniya tidak kesampaian. Walaupun ada rasa sedikit sedih tetapi I faham, pertolongan yang tak seberapa itu lebih penting dari beberapa buah kamus yang mana I boleh beli online sahaja. Manakan boleh I pentingkan diri sedangkan pertolongan I untuk menerima bantuan untuk mangsa banjir diperlukan.

Tak pergi Kinokuniya, mari I tepek gambar Bandaraya Kuala Lumpur dari bilik 1502, Vistana Hotel KL.


LRT sedang menghampiri Stesen Titiwangsa.


Menara Kuala Lumpur, dari kejauhan. Tak nampak pula Bangunan Menara Berkembar.. huhuhu :(


Update 2:
Lately I terasa nak makan kek. I order Strawberry Cheese Cake Leleh tetapi pesanan dah penuh pada hari I buat pesanan. Sudahnya I decide, buat kek kukus sendiri. I kukus dalam bekas plastik dan letak ganache. Jadilah. Nak sangat kan makan kek.


Satu adunan, dapat tiga bekas. Jadilah. Sangat Sedap. Sila percaya! Hahahaha


Menulis sesuatu tentang makanan, sekarang ni I teringin sangat nak makan kerepek pisang sematu. Susah sangat mencari pisang sematu di Kuantan. Yang selalu ada dan selalu I beli cumalah pisang emas yang dibawa belayar dari Johor ke sini. Tidaklah belayar mengikut jalan laut tetapi mengikut jalan raya atas lori. I tak tipu, Ni pakcik jual pisang yang beritahu, okay!

Pisang sematu, pilih yang hampir masak. Dikupas. Direndam dengan air garam. Panaskan minyak dalam kuali, letakkan sesudu margerin. Biar margerin larut dan sagat pisang sematu. Balik - balik kan pisang. Percayalah, pisang tidak akan hangit dan kekuningan emas jadinya kerepek korang nanti. Hamboi, siap bagi resepi nih. Again, pisang lain tak sedap. Hanya pisang sematu sahaja. Dan bukan pisang muda tetapi yang hampir masak.


Nampak menyelerakan kan?
 Ini I buat kat kampung. Setiap kali I singgah kedai jual pisang di Beserah tu, memang takde pakcik tu jual pisang Sematu. Setiap kali tu la I hampa tetapi beli juga pisang emas dibawa belayar atas lori tu bersikat - sikat. 


Update 3:
Semalam organisasi I rasmikan 1 program bernama Khazanah Dari Rimba. Ini adalah sebenarnya usaha organisasi untuk membantu golongan orang asli di Pantos dan Kerpal. Antara lain, sebagai destinasi atau placement for real life project for tourism students and for research base for lecturers especially on local knowledge field. Selain itu kita akan jadi hub penghubung industri untuk keluaran dari dua wilayah ini. Jadi semalam adalah majlis perasmiannya. Jom enjoy some pictures I took during the ceremony.





Our CEO is giving his speech. YH Prof Dato' Dr. Mohamaed Najib Bin Ahmad Dawa.


Majlisnya dirasmikan oleh our MB, YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.








Memerang. Kalau ke Pantos di Kuala Lipis, ada package yang kita wujudkan iaitu mandi bersama memerang.


Pantos di Kuala Lipis. Kerpal di Rompin.


I paling suka gobok kayu ni. Legend sungguh. Kan kan kan?


Update 4:
Kawan MBA I aka kawan pensyarah I baru balik dari Belgium setelah setahun mengikut suami ke sana. Kak Zu. Kami satu batch MBA dulu. Jadi Kak Zu masuk bilik I di pejabat dengan coklat Belgium di tangan. Wahhhhhhhh seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaa... Memang sangat sedap coklat yang dikatakan antara yang termahal di dunia ni.........


Kak Zu datang, I tengah membaca. Jadi letak sekejap coklat atas buku. Dan snap gambar. Dah snap terus masuk mulut coklat panjang tu. Argh sedapnyaaaaaaaaaaaaa...
Kak Zu ikut husbandnya seorang doktor pakar sambung belajar di Belgium. I tak ingat secara khusus bidang pembelajaran suaminya tetapi ianya berkaitan telinga. 


Okay. Itu sahaja lah update Acik Laura kali ini. Doakan I baik - baik sahaja ye.

Selepas banjir

Assalamualaikum.
May Allah bless us always..

Umum mengetahui Kuantan dilanda banjir yang agak teruk minggu lepas. Bermula hari Isnin. Sekarang semua kawasan sudah surut air banjirnya.

Alhamdulillah, rumah saya tidak terkena air banjir walaupun dua baris rumah depan terkena juga banjir. Keadaan di tempat - tempat seperti Pandan, Sungai Isap, Beserah, Permatang Badak, Cenderawasih memang sangat teruk.

Hari Khamis Jumaat lalu, organisasi saya menubuhkan bilik gerakan banjir bagi mengumpul barang - barang keperluan, pakaian dan derma yang mana pada dasar ingin membantu rakan sekerja mahupun pelajar. Alhamdulillah dengan sedikit hebahan, bilik gerakan kami hingga ke hari ini (Khamis) masih lagi menerima bantuan. Bantuan - bantuan ini akan diagihkan kepada keluarga pelajar - pelajar dan kemudiannya diagihkan kepada mangsa - mangsa secara rumah ke rumah.

Khamis lalu juga, kami membantu beberapa orang rakan sekerja yang menjadi mangsa banjir mencuci rumah. Melihat kesan - kesan air sahaja, hati mahu luruh. Sungguh rupanya rumah mereka ditenggelami air hingga paras bumbung.


Di sini saya bantu membasuh pinggan mangkuk. Barang - barang dalam rumah sudah diikeluarkan. Rakan - rakan dan pelajar membantu membasuh rumah. 



Sebilangan para pelajar sedang mencuci rumah di Beserah.



Ini pula rumah rakan pensyarah di Pandan Damai. Rumah boleh dikatakan totally lost. Sampai bumbung.


Ini antara longgokan sampah yang berjaya kami bawa keluar pada hari pertama.


Boleh lihat, air banjir seakan bertahan dihadapan rumah sang kawan.



Antara gambar bilik gerakan kami. Ini pada hari Ahad yang lalu.


Sedih kan? Moga mereka diberi kekuatan. Benar, jika saya ditempat kalian, tak tergambar perasaannya. Mudah - mudahan gelombang kedua yang dikatakan diramal tidak datang. 



Monday, December 2, 2013

Hujan...

Assalamualaikum...

Update ini saya tulis dalam keadaan gundah gulana. Risau yang amat sangat. Takut juga.

Sejak Sabtu hujan turun mencurah - curah di bumi Kuantan. Hinggalah hari ini masih lagi mencurah - curah atau menggila bagai kata sesetengah rakan saya.

Takut sangat. Saya di pejabat, risaukan rumah. Risaukan laluan manakah yang wajar saya ikuti untuk pulang ke rumah. Selamatkah kereta saya? Banyak kawasan telah dinaiki air. Malah banyak juga sudah dilanda banjir. Boleh saya katakan suasana di Bandar Kuantan adalah sangat teruk kala ini.

Hujan masih mencurah - curah. Lebat. Bukan lagi renyai - renyai. Langit gelap gelita. Di pejabat memang sudah kurang orang. Malah kawan yang tempatnya dihadapan saya terpaksa balik kerana rumahnya dinaiki air. Saya sangat risau sebenarnya.

Petang semalam waktu pulang dari kerja, melalui jalan Taman Gelora, susur keluar ke Jalan Teluk Chempedak dekat Annexe, hati saya sudah berdebar - debar. Masuk pula Jalan Kubang Buaya, kereta saya terpaksa meranduk air. Saya menangis dalam kereta. Sampai di Bonggol pertama kereta Viva depan kereta saya berhenti, bertambah dua kali ganda kerisauan saya tetapi saya tekad juga meredah air. Mahu masuk simpang pertama, tidak lepas. Mahu masuk simpang kedua juga tidak lepas. Sampai di roundabout Kubang Buaya, saya belok kiri (Pukul 9). Disitu juga ada air yang dalam. Pandang ke kiri, air sudah atas paras buku lali dan sudah masuk dalam rumah. Saya berdebar, adakah rumah saya yang mana hanya selang dua baris juga banjir? Kehadapan sedikit saya belok kiri, masuk kawasan perumahan saya. Alhamdulillah kawasan rumah saya masih terkawal. Lorong jalan rumah saya menghala ke Hospital Pakar Kuantan (KSH) tidak boleh dilalui. Lorong rumah saya menghala Jalan Kubang Buaya juga tidak boleh dilalui.

Malam tadi, sejujurnya saya tidak lena tidur. Mujurlah pagi tadi Jalan Kubang Buaya yang dinaiki air sudah surut. Tetapi sekarang, hujan masih menggila. Belum ada tanda mahu berhenti. Belum ada tanda mahu berehat. Sungguh berdebar. Takut. Semalam saya sudah alih sedikit barang naik ke atas. Harapnya tidak banjir dalam rumah.

Ini pengalaman pertama saya yang mana keadaan musim tengkujuhnya paling teruk setelah hampir 7 tahun saya menginap di Kuantan. Tahun lepas keadaan tidak seteruk ini walaupun agak teruk juga kerana kawasan perumahan saya tidak dinaiki air.

Perjalanan yang sepatutnya kurang 10 minit dari pejabat, saya tempuh lebih 20 minit. Rakan pejabat saya mahu ke Bukit Istana perlu melalui perjalanan lebih 1 jam 30 minit semalam.

Mohon doa rakan - rakan.


Gambar dari pejabat. Anda nampak parking kereta dihadapan? Saya parking kereta disitu. Berkali - kali saya melihat kerana di pintu utama pejabat (berdekatan pondok pengawal) air dari longkang sudah bergenang disitu? Tetapi tadi seorang rakan memberitahu, masih selamat disitu.

DOA sama - sama ye...



Mohon Bantuan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Mohon bantuan, beri sedikit nasihat.

Alkisah I demam last weekend. Sabtu pagi memang tak boleh angkat kepala. Rasa macam nak pecah. 'Cerry - berry' dan muntah - muntah juga. Jadi seharian I di rumah. Nak pergi kenduri pun tak larat. Kenduri tu pula Wedding housemate I. Terkilan memanglah ada. Nak buat macammana. Sakit kepala I tu bawalah sampai ke esoknya. I pun hilang selera makan. Tak lalu. jadi kesimpulannya, I memang tak larat nak bekerja. Kerja apanya nak berdiri pun tak larat.

Kisahnya seawal jam 6.47 pagi I dapat Whatsapp message berderet - deret mintak I buat kerja dan hantar before 5 pm. And dear, Its Sunday okay. And that person still boleh tanya: Cuti ke?

Well beginilah, memang I demam dan tak larat nak bekerja. Keduanya I terkejut. I bukan dalam jawatankuasa itu. Jadi mengapa I yang perlu cover tugas yang sepatutnya bukan tugas I. I faham you terdesak. I faham in our organization semuanya last minutes. Tapi tak perlulah bg ayat mengarah I itu ini kan? At least bagilah I introduction coz I memang tak tahu apa yang berlaku dari awal. Yang I tahu event tu adalah pameran. Jadi U expect I yang tak tahu menahu dari awal ni nak kena buat product description satu - satu product yang hendak dipamerkan.

I bukan marah tapi I nak tegur. Kalau U jenis yang okay, kalau U cakap elok2, beritahu I dari awal, In sha Allah I akan tolong. I cuma nak tegur, bila U susah, terdesak baru U cari I dan arah - arahkan I. I bukan staf U ye. And I bukan ahli jawatankuasa projek pun. I tegur ni sebab I dah terkena. Bukan ini kali pertama. Hari tu pun atas projek yang sama. Tiba - tiba aje you mintak I buat something yang mana I rasa orang lain pun boleh buat. I buat that thing within 10 minutes je pun. And I guess your executive pun boleh buat perkara tu. Banyak perkara juga. Dah banyak kali berlaku.

I cuma nak kata, sekali dua mungkin orang boleh tolong. Tapi bila dah banyak kali terkena orang pun ada limit. Jadi jangan sakitkan hati orang. Jangan bila perlukan orang, lembut lidah aja. Bila tidak, abaikan aja orang itu. Ginilah, I had it enough kot.

This person adalah orang yang I hormat dulu. Dia yang ajar I how to deal with people and tasks during hard times. Banyak projek I handle dengan dia. Seriously, dia memang ketua yang baik. Tapi itu dulu. Dia ajar I bercepat - cepat dalam tugas, dia juga yang melambatkan. Dia minta I bekerjasama dengan baik dengan pihak yang sedang kami berurusan, dia juga yang tidak beri kerjasama. Dia kata perlu saling menolong dalam pasukan, tapi dia juga yang beza - bezakan tugas. Dia kata kerja kita ni tak ada ganjaran tapi dia buat peruntukkan untuk dia dapat ganjaran itu apa? Dia kata kita sama sahaja tapi mengapa dia dapat elaun kami tidak sedangkan yang berpenat lelah itu siapa?

I akui banyak I belajar tentang event management dengan dia tetapi bila dia berubah, semakin bossy dalam semua perkara, I tak senang juga. Bila I buat salah sekali, dikenakan balik berkali - kali. I letih dia buat I PA dia. Bila dia ada urusan, on the dot I kena cover sedangkan we r not in same department.

I had it enough agaknya. I hormat U, U kenakan I. I hormat U, U sesuka hati arahkan I. Jadi sudah - sudahlah kan.

Dalam hal ni, I ambil pengajaran. I nak jadi dia. I akan sedaya upaya buat tugas dengan baik. Jaga hubungan sesama manusia. Paling penting, I doa, I tidak menyakiti perasaan orang lain. Itu sahaja.

Moga hanya yang baik - baik sahaja akan hadir. Mohon bantuan kawan - kawan. Nasihatkan lah I.