Sunday, January 5, 2014

Rutin di awal tahun

Assalamualaikum.
May Allah bless us always. Sihatkah semuanya? Moga hanya yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.

Nway, happy new year people. May this year sparks us change, improvement and progress. May this year brings us only the precious in us. In shaa Allah.

Rutin awal tahun Acik Laura adalah ambil cuti, hantar anak buah register sekolah dan asrama. This year, ada seorang masuk Tingkatan 1 dan Alhamdulillah dapat asrama. Jadi kerja menyiapkan kelengkapan memang berganda sedikit kali ini. Sebab ini anak buah perempuan pertama yang masuk asrama. Jadi banyak juga kelengkapan yang perlu disediakan.

I balik petang Isnin (30 hb) setelah selesai kuliah hari itu. Sampai rumah sahaja terus memasak. Oh ya I masak pizza that night. I tengok baju - baju dan perkakas belum dimasukkan dalam beg. Terus angin maksu dorang ni dibuatnya. Sudahnya I halau (read jangan masuk) si anak buah dan emaknya dari dapur. Kemas barang. Hehe. I tarik anak buah sorang lagi (si adik) untuk tolong I di dapor. Nangis budak tu potong bawang. Hahaha. kelakar jugak rasanya. Siap mengemas dalam pukul 12.00 malam. Elok - elok siap berkemas je, mak I dan abang I dari Terengganu sampai. Dorang baru balik dari menghantar anak buah I yang sulung balik asrama di Sester.

Last year, I pergi hantar yang sulung tu register dan masuk asrama. This year anta adiknya pula. Mujurlah tidak terlalu jauh. Lebih kurang 50 minit je dari rumah. But then, mempersiapkan seorang anak lelaki dengan seorang anak perempuan tu lain bebenor. Orang perempuan kan banyak perkakasnya.

Pagi tu, I anta la si adik nie. Waktu dah register tu adalah senior yang bawa ke bilik. Okay, bilik dia tingkat atas. I agak ke belakang sebab bawa barang lebih. Bila I sampai I tanya katil mana? Jawabnya atas. Huhu. How come?

I pon kapochi lagi sikit asking:

Me: Atas??? Kenapa tak pilih katil bawah?
Senior: Pelajar tingkatan 1, memang kena tidur atas. Yang bawah untuk pelajar senior.
Me: How come? Kita sampai dulu. We deserve to choose which.
Senior: Huhu. Tak boleh.
My Along: Dik, tak apalah. Biar je la katil atas.
Me: Hish hish. Mana boleh begitu. Kita datang awal. Kita berhak pilih unless memang dah tak ada pilihan.
My Along: Tak  apa dik. Ikut sahaja.

I macam eh? Macam tu ke? Okay, next year kalau my niece ni tak dapat katil bawah, siap kau! hahahaha.

Nway, I bercakap ikut pengalaman. I pon pernah duduk asrama. Dari Form 1 juga. Peraturan memilih katil dan loker ni satu je. Siapa cepat dia dapat. Huhuhu. Lagi satu this hostel campur pelajar dari beberapa tingkatan. Unlike mine and unlike her abang's memang sebilik tu, setingkatan aja. Maybe nak bagi bergaul agaknya. Yang senior boleh tunjuk ajar yang junior. Tapi I risau kalau yang senior ambil kesempatan buli atau kenakan yang junior. Itu aje.

Unlike the rest of us, my niece ni or we called her angah, masuk sekolah agama. I yang moden ni mula2 susah juga nak accept the fact that she finally agreed with her wan's (read granny) order although she got another offer by one of Sekolah Kluster Kecemerlangan. But then, I redha juga dan berharap walau kat mana pon dia belajar, dia akan capai sesuatu.

So mari tengok some pictures:


Pemandangan blok A aspuri.


Sang adik kena paksa bergamba dek moksu.


Pemandangan blok B dari bilik si Angah.


Angah dan lokernya. Loker ni besar, ada gak yang dapat loker kecik. 



Katil atas tu angah punya. Sebelah loker angah tu loker kayu. Kecik sangat. 


Mengajar angah dan kawan - kawan guna public phone. 


Pemandangan dari asrama ke arah sekolah. Jauh juga nak menapak ke blok akademik. Yang kelihatan tu adalah blok  aspura aka asrama putera. Blok akademik memang jauh dari asrama nie. I rasa hampir 1km. Sungguh I tak tipu. Dari blok aspura tu, menurun bukit, lepastu mendaki bukit pulak baru sampai blok akademik. Memang jauh. Memang akan kurus kau angah. Hahaha


Dr kiri: Te-ah, Najihah, Angah, and My along. 


Ni masa kami datang melawat sabtu baru - baru ni. Kau tengok la plastik tu. kemain banyak makanan dia order ngan jitorang. Katanya tak sempat makan pagi. Yang ditengah - tengah tu namanya Husna Jannati. Dorang ni sekampung. Samalah dengan Najihah dalam gambar kat atas tu. Yang belah kiri tu Te - ah (Te as in teh not terengganu) ni adik kepada bff si along kepada angah, yang namanya Lokman. I pernah blog about along (abg si angah dan Lokman). 


Transformasi dr segi badan. huhuhu..


Nway, tahun ni ada tiga orang anak buah I yang akan ada exam besar:

1. Along si angah, Along Firdaus akan menghadapi  SPM. Huhuhu.. Takottttt
2. Sepupu/ Adik susuan si along si angah, Kak Long Aina Najihah, akan menghadapi PSMPMR atau katanya PPMR.
3. Adik si Kak Long Aina Najihah, Abang Hafiz akan menghadapi UPSR.

Huhu. All the best semua.. Ingat belajar kerana Allah. Belajar sungguh - sungguh. Ingat, kalau tidak tahan lelahnya belajar, kamu akan menanggung kebodohan selamanya. 

In you, we trust..

Okay, ada lagi yang I nak blogkan. Maklumlah cuti panjang kan? Hahaha.

Korang dulu duduk asrama tak? Apa pengalaman manis/ duka duduk asrama? Share lah. 



No comments:

Post a Comment