Thursday, January 29, 2015

Tahun 2015 dan azam Acik Laura

Assalamualaikum kengkawan.

Apa khabar? Harap - harapna sihat sejahtera.

Acik Laura tengah down. Tak surut - surut dari tadi. Entah kenapa macam terasa hati tiba - tiba. Jadi, marilah kita memblog sekejap ye walaupun sebenarnya tak tahu nak share pasal apa.

Okay,
Kita dah masuk tahun baru kan. Kita cerita pasal tahun baru jelah ye. Huhuhu.

Kisah 1: Anak sekolah I ramai

Budak - budak kembali sekolah. Acik Laura hantar Angah balik asrama pada hari Sabtu 3 Januari. Angah tahun ni dah tingkatan 2. Sampai - sampai dewan sekolah, Angah check kelas. Dah jangka, Angah dapat naik kelas no 2. Tahun lepas no 3. Kelas pertama tu Angah tak dapat masuk sebab kelas tu kelas Tahfiz yang dah dipilih dari Tingkatan 1 lagi melalui ujian saringan. Tak mengapalah Angah. Lepas bayar yuran, Kami pergi beli buku. Kali ini I suruh Angah buat sendiri. Dialah pergi beratur panjang, buat pembayaran dan lain2. I tunggu kat tepi koperasi sahaja. Dah selesai barulah kami ke asrama.

Kali ini Angah dapat asrama blok A. Tahun lepas blok B. Setiap blok ada dua bangunan. Angah dapat Blok A tapi bangunan belakang, Bilik di tingkat atas. Dah selesai, kami kerumah my abang pula untuk lunch dan dalam jam 4 petang, kami hantar Angah ke asrama semula.

Kemudian, keesokkan harinya I nak balik semula ke Kuantan,  Tetapi singgah ke dua asrama. Anak abang I yang yang bongsu dapat masuk asrama juga. Baru mendaftar. So, I singgah asramanya yang kebetulan 1 jalan dengan asrama Angah. Mereka berlainan sekolah tetapi dekat - dekat je. I singgah beri cookies I buat. Kemudian, ke asrama Angah pula. Hantar cookies sikit kepada Angah. Dan begitulah.

Oh ya, anak abang I tu dapat pula tawaran ke MRSM. So hari Rabu nanti (4 Feb) I akan hantar pula dia ke MRSM dekat dengan rumah I di Kuantan. Memang sepelaung aje. Kot nak jalan kaki pon boleh sebenarnya. Naik kereta, tak sampai 10 minit pon. Maybe around 7 minutes or less. Alhamdulillah dapat dekat, Ingat lagi kisah Along si Angah yang dpt SBP di Kuala Terengganu, Jauh sesangat rasanya nak pergi balik. 9 jam naik bas you!

Tapi, si adik ni kemain suka hati. Siap dh booking moksu dia ni utk outing. Hamboi! hehehe.

Kisah 2: Azam Tahun I.
Okaylah. I tak de la berazam beria - ia.

Tapi baru - baru ni I berazam utk kurangkan berat I ni sebab I sakit hati banyak baju dah tak muat. So I baru je mula berdiet. I baru start atkins. Okaylah. Not that bad pon. I boleh survive setakat ni. Disebabkan ini, ianya berjaya membuatkan I bangun lebih awal dari kebiasaan. Sebab nak memasak kan pagi2. So I kira ini juga perubahan besar I yang mana sejak setahun kebelakangan ini selalu sangat subuh gajah. Now Alhamdulillah. Doa ye semoga I diberi kekuatan.

Tahun baru. Pengurusan baru. We got new Managing Director. And our parent company got new General Manager. So, semalam jumpa MD. We all kenal MD ni sebab he's one of our parent Senior Manager. And yesterday, we met in a meeting. Banyak positive vibes been transferred from him and Alhamdulillah, In shaa Allah ada 'cahaya' sikit utk our company. Dalam meeting semalam, beliau nak mengajak kami untuk kembali balik ke basis. Bermula dengan Al - Quran. So akan ada Halaqah Al - Quran yang dibuat serentak pada setiap pagi Jumaat. Semua terlibat. Pengurusan, Kakitangan, Pensyarah dan pelajar. In shaa Allah dengan permulaan baru ini, kita dapat manfaatnya bersama. Dan esok pula ada meeting dengan the new GM. Hoping to absorb positive vibes too.

I sebenarnya berazam juga nak menabung. As for now, bukan I tak menabung langsung tetapi I macam tak boleh kawal diri I kalau tahu dlm akaun masih berbaki ongkosnya. Cepat je nak click kat online store. Beli macam - macam. Huhuhuhu. So kali ni I berazam nak menabung dengan nilai yang lebih lagi. Every month I akan masukkan certain amount to my abang/kakak account. Biar dorang pegang. So that dalam account I, bakinya biar cukup - cukup untuk bayar bil yang kena bayar before dapat gaji iaitu my portable wifi bill.

Selain itu, buat masa ni, I aktiviti berkebun i stopkan dulu. Sebab kesibukan kerja yang tak tertampung lately. Biasanya semester baru buka kan? Banyak sgt hal pendaftaran tak habis2 lagi. And yes, project dari langit juga!

Okaylah wanna stop for now.

May Allah bless us always.

Sunday, January 25, 2015

ISU ROTAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga sihat selalu hendaknya.

Dah 26 hari kita di tahun baru. Alhamdulillah. Untuk tahun 2015 ini, I harap I dapat perbaiki diri ke jalan Allah. I doa I sentiasa kuat dan berazam untuk:
·         Bangun subuh lebih awal. Tidak lagi subuh gajah atau terbabas.
·         Baca Al – Quran antara Maghrib dan Isyak.
·         Puasa sunat Isnin dan Khamis.
·         Jaga kesihatan. Mula bersenam selang sehari.
·         Tidak tidur berlebihan on weekends.

Oh ya I nak respon tentang satu isu berkenaan rotan. Umum mengetahuikan pihak kerajaan akan melaksanakan undang – undang baru iaitu boleh dikenakan hukuman jika merotan anak/ pelajar. Sejujurnya, I sama sekali tidak bersetuju dengan hal ini. Bukan sebab dulu – dulu I selalu kena rotan jadi I nak balas dendam tetapi I percaya dengan rotan itulah I membesar menjadi orang yang lebih berguna.

Jadi, I nak kongsi pengalaman I dengan rotan.

Pertama sekali adalah waktu belajar mengaji Al – Quran kecil – kecil dulu. My bonda yang mengajar I dan jiran – jiran I. Salah sikit kena piat. Lepas tu kalau salah lagi kena rotan. Nangis – nangis I dibuatnya. Tapi lepas tu Alhamdulillah boleh juga mengaji. Dan Alhamdulillah juga I boleh ajar jiran – jiran I jika my bonda tidak sihat. Tetapi sekarang my bonda dah tak segarang itu mengajar mengaji.

Keduanya, I kalau nakal – nakal kat rumah, selalu kena rotan. Biasanya dengan my bonda lah. Sebab arwah abah, jenis yang jarang nak marah anak – anak. Cuma bila sekali abah I menjeling, automatik I kecut perut. My bonda memang garang. Pernah satu ketika I dan kakak buat salah, my bonda bukan sekadar angkat rotan tapi parang panjang. Ye. Parang panjang okay! Kau berani lagi nak buat nakal?

Ketiganya, bila masuk sekolah, arwah abah dan pesan siap – siap dengan cikgu – cikgu I. Kalau I degil, malas belajar, rotankan aje. Dan pernahlah I mengadu sebab kena rotan kat sekolah, tanpa banyak soal, arwah abah I rotan I semula. Berbirat jugaklah. Tapi lepas tu, memalam dia datanglah sapu ubat.

Keempatnya, paling jerih masa duduk asrama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dipaksa pulak oleh arwah abah dan bonda masuk sekolah abang I dulu. Dan nak dijadikan cerita, abang I tu kira antara kesayangan cikgu – cikgulah. Bila sekali arwah abah datang ke asrama dan mintak cikgu updates tentang I, I sangat – sangat berdoa janganlah cikgu – cikgu I kata I ni lain dari abang I. Sebabnya, abang I tu benchmark. So, bila balik rumah, I akan mengadap la bonda dan arwah abah I. Kalau tak berbirat kena rotan, rasa ‘bernanah’ telinga.

Kemudian, kat asrama ada Public Caning. Ini memang kira malam penentuan. I berjaya elak kena public caning sepanjang tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tapi naik tingkatan empat, I terpaksa merasa juga kena rotak kat depan perhimpunan. Biasanya public caning dibuat malam selepas markah ujian diketahui. Dan markah lulus di asrama adalah 50% iaitu 10 % lebih tinggi dari markah lulus di sekolah. Aspura dan Aspuri akan dikumpulkan di satu dewan/ kawasan perhimpunan. Dipanggil seorang demi seorang. Yang merotan adalah warden asrama dan guru – guru penolong kanan. Jumlah bilangan hayunan rotan adalah:
·         I kali bagi 1 subjek gagal
·         3 kali bagi 2 subjek gagal (1 + 2)
·         5 kali bagi 3 subek gagal (2 + 3)
·         7 kali bagi 4 subjek gagal (3 + 4)
·         9 kali bagi 5 subjek gagal (4 + 5)
·         Maksimum 10 kali bagi 6 subjek gagal atau lebih)

Dan boleh pilih nak kena rotan dimana:
·         Bagi pelajar aspuri samada di tapak tangan atau di betis
·         Bagi pelajar aspura samada di tapak tangan atau di punggung

Sungguhpun menakutkan dan manyakitkan tetapi malam tu kitorang happy aje sebab kadangkala tergelak tengok gelagat yang kena rotan. Kadang – kala macam taktik diorang tu buat seperti letakkan kain tebal kat punggung atau letakkan buku. Tetapi semuanya warden dapat detect. Paling best, kongsi minyak gamat ramai – ramai.

Dan subjek yang buat I selalu kena public caning itu tak lain tak bukan ialah:
·         Additional Mathematics

Lagi kisah rotan ini, diasrama juga undang – undang sangat ketat. Siapa langgar undang – undang biasanya akan diberi amaran dan jika berulang akan dirotan. Antara kesalahan di asrama:
·         Tidur time prep. Cuma jarang pelajar kena rotan sebab perkara ini jika ditangkap oleh exco asrama. Biasanya akan di beri amaran. Tetapi kalau warden yang tangkap, kat situ jugalah kau kena rotan.
·         Masbuk time sembahyang. Yang ini biasanya sesi merotan dibuat antara Maghrib dan Isyak. Yang ini tak lain tak bukan ustaz yang akan rotan.
·         Apatah lagi kalau kantoi surat cinta atau berdating. Berbirat – birat oi! (eh, macam pernah je kena rotan pasal ni?) Hahahaha. Pernahlah kena tapi I kan cemerlang dalam hal lain. Jadi tak jadi isu sangat.
·         Tandatangan bagi pihak keluarga dalam kad balik kampung. Oh ya, yang ni kantoi masa I tingkatan 5. Seyes. Malu giler kat warden. Warden pula macam ayahanda. Kena berbirat – birat2. Yang ni satu geng kena. Biasanya nak balik kampung ada satu kad. Nanti parents kena tandatangan dan bila nak balik lagi, kad itu akan dihantar ke warden. Warden akan tandatangan bahagian kebenaran. Jadi disitulah kantoinya. Slow aje, ayahanda kitorang tu sound kat perhimpunan lepas tu rasa bersalah. Dengan sendirinya mengaku yang kad tu sejak dari tingkatan 4, kitorang sign sendiri dan dengan perlahannya ayahanda kami itu mengambil rotan dan dengan lajunya merotan tangan kitorang. Hmmm.
·         Kantoi ada adik angkat atau kakak angkat atau abang angkat. Pon kena rotan tapi Alhamdulillah I tak pernah kena rotan pasal ni sebab ini. Mungin sebab I cemerlang dalam hal lain kan? Ceh perasan!

Tapi I rasa sebab warden bukannya tak menghidu hubungan itu tapi sebab mereka faham hubungan tu tak lebih dari seorang kakak dan adik – adiknya. Sebab I kan anak bongsu dalam keluarga. Adik – adik angkat I tu memang I buat macam adik sendiri. Kalau dorang buat salah I tegur dan I selalu jadi cikgu tusyen tak bergaji kat dorang. Terutamanya bagi subjek matematik dan sains. Kalau orang lain bagi surat ala cintan kat abang angkat atau adik angkat, I bagi latihan matematik dan sains okay! Hahaha. Untuk rekod, sepanjang tingkatan 2 hingga 5 I ada 4 orang adik angkat yang rasmi. Yang tak rasmi pon ramai. I kan kakak kesayangan semua orang. Hahahaha. Perah santan lagik!
·         Kemudian naik Tingkatan 4, I diberi kepercayaan jadi antara orang penting kat asrama. Di aspuri I jadi orang kedua tertinggi. Jawatannya adalah Deputy Captain. Fuh! Jadi jadi orang penting, anak buah buat salah, berbirat lah kena. Kalau anak buah buat salah 1 dorang kena rotan sekali tapi I kena 2 kali. Naik tingkatan lima I jadi Captain. Jawatan exco asrama paling tinggi. Begitulah juga keadaannya. Pernah ada sekali I misunderstanding pasal arahan warden jadi lambat berkumpul waktu subuh. Nak dijadikan cerita my partner kat aspura tu pon boleh sama pandangan dengan I, jadinya, satu asrama lambat dan petang tu ada perjumpaan. Mengadap la both Captains kena tiga das kat betis. Memang berbirat. Nasib lepas tu, our ayahanda tu slow talk balik dengan kitorang.

Di sekolah, rotan memang digunakan untuk menghukum pelajar yang melanggar peraturan. I jarang kena rotan kat sekolah. Kecuali semasa subjek Ekonomi Asas yang mana diajar dek my ayahanda tu. Tetapi I tak selalu kena. Dan sebab garangnya Ayahanda I nilah, I berjaya dapatkan result A1 untuk Ekonomi Asas SPM.

Jangan salah anggap. Ayahanda I memang garang tapi garang dia garang mendidik. Lepas dia marah dia akan terangkan semula pelajaran atau kesilapan yang kami buat.

Jadi, bagi I rotan itu penting. Rotan dengan tujuan mendidik. Jadi kalau ia jadi satu kesalahan jenayah, I kira Malaysia akan jadi seperti Sweden. Dan pastilah ramai ibu bapa yang akan masuk penjara seperti pasangan Malaysia di Sweden itu. Ingat lagi kisahnya?

I tetap dengan pendirian I. I tak setuju merotan boleh disabitkan kesalahan jenayah. Walau bagaimanapon, I percaya those kementerians dah siasat hal ini. Apa jua, pendapat peribadi I, I tak setuju. Itu sahaja. Sekian.


What say you people?

Wednesday, January 14, 2015

Apa khabar tuan/puan/adik/kakak/abang

Assalamualaikum
May Allah bless us always.

Kaifa halukum?

Lama tak mengemaskini blog. Kesibukan teramat. Iyalah semester baru buka. Sekolah juga baru dibuka. Banyak komitment perlu diberikan.

Iya, masih terkejar2 dengan banyak perkara.

Alhamdulillah banjir sudah surut. Sekarang cuaca masih tidak menentu. Tetapi yang pasti, ura2 tentang musim sejuk terlampau itu belum lagi muncul. Apa jua moga kita tabah menghadapinya.

In shaa Allah, ada kelapangan saya akan menjenguk blog kawan2.

Till that, ila liqa'.