Wednesday, February 25, 2015

Kisah CNY dan masak2 bersama Moksu

Assalamualaikum.
Lama tak update kan? I tak sihat lately ditambah kerja menggunung. Kemudian, cuti CNY pula kan?

Apa khabar semua? I? Sekarang beransur pulih. Masih belum pulih sepenuhnya but recovering.

Setiap tahun I akan merancang cuti sepanjang tahun. Tahun ini I diberikan keseluruhan cuti 22 hari oleh majikan. Jadi, bermula awal Januari I akan plan dan kemudiannya apply cuti terus sehingga hujung tahun. Dan, antara cuti panjang I adalah apply adalah ketika sambutan CNY yang mana sama dengan cuti pertengahan semester dan awal Mei nanti. Untuk cuti CNY I apply 3 hari iaitu Isnin hingga Rabu menjadikan keseluruhannya 9 hari I bercuti.

Dan, hajatnya project masak – masak bersama moksu cuti kali ini adalah:
  1.  Roti inti kacang merah
       2.    Pau kacang merah
       3.    Choc chip cookies
       4.    Puding Tauhu
       5.    Choc rice muffin
       6.    RV cake
       7.    Cheese Tart
       8.    Vanilla muffin
Memang I dah prepare barangnya. I siap pergi shopping kat Bakemate untuk project masak – masak ni. Tetapi lain pula jadinya.

Yang I sempat buat adalah:
          1.    Choc rice lava muffin
          2.    RV cupcakes
          3.    Kerepek Pisang
          4.    Roti sosej

                                       

Si Angah nak merasa. Tapi I bg instruction sahaja. Dia menyukat bahan, mengadun, menguli dan membungkus. Montel bebenor kan?


Si adik kepada angah mengidam. Dia menyukat barang, mengadun. I tolong masukkan dalam cup dan membakar. 



Ini I yang mengidam. Punyalah susah nak cari pisang sematu. Pergi rumah kakak I, kebetulan ada. Ambik tiga sikat. Petang tu jugak menyagat dan menggoreng.



Permintaan adik kepada Angah. Kitorang panggil Adik Ilah. Muffin. Jadilah kan.


Sebabnya balik kali ini on the road manjang.
Ceritanya:
Sabtu I balik sampai dekat – dekat maghrib. Pagi tu I bawa anak buah yang datang ke Kuantan sebab nak pergi Karnival Pengajian Tinggi. Adalah kot dalam 3 jam kat situ. Kemudian, kami ke MRSM. Pergi melawat anak abang I. Kemudian bertolak balik tetapi singgah pula di sekolah si angah di Jengka Pusat. Jadi sampai rumah jam 7 malam.

Isnin pula my bonda ajak ke Bandar. Bonda nak bayar cukai tanah. Ke Bandar la kami berempat. Balik dah dekat jam 4 petang. Memang lama. Sebab keluarnya lewat. Masak dulu untuk orang kat rumah.

Selasa. Seawal pagi ke rumah kakak di Kuala Lipis tapi berjaya balik ke rumah before 1.30 sebab nak kejar anak buah I yang sulung tu nak masuk kerja. Jadi petang kepenatan.

Rabu. Awal pagi dah ke Bandar lagi. Balik pula jam around 5 petang. Kisahnya pergi bawa anak buah I untuk buat kad pengenalan sebab dah cukup 12 tahun. Kemudian, ambil pula si angah di asrama. Kemudian, angah nak ke tabung haji pula. Kemudian, ke KWSP pula. Kemudian, ke pasaraya pula. Jadi penat berganda.

Jumaat pula ke rumah kakak sekali lagi. Kakak I nak buat kenduri sikit sebab nak pindah rumah. Kenduri pula menu hari raya. Melemang bagai, merebus lontong, masak rendang, masak kuah kacang. Oh yeah, penat berganda – ganda you.

Sabtu pula usai kenduri cepat – cepat packing barang balik ke rumah. Sampai rumah malam. Kenduri tu buat makan petang. Ada sikit tahlil dan doa selamat. Majlis start kul 5. Jadi nak masuk isyak baru sampai rumah.

Dan Ahad. Dari pagi kesibukan. Menjelang pukul 1.30 dah on the road lagi. Kisahnya nak balik ke Kuantan. Dari kampung, bawa angah. Sampai Jengka, tinggalkan angah kat rumah abang I sebab kalau nak balik ke asrama awal sangat lagi. Ambil pula anak abang I dan anak staf abang I bawa balik ke Kuantan. Dalam pukul 5 lebih baru sampai MRSM Kuantan. Tunggulah kejap dorang anta pakaian dan sempatlah check latihan English IGCSE.

Di MRSM Kuantan mereka implement dwi sijil. Satu ikut sistem biasa iaitu PBS/PT3/SPM dan lagi satu IGCSE (Cambridge International Exam). Kesian juga sebab baru Tingkatan 1 dah kena belajar biology bagai. Sabarlah nak oi. Untuk IGCSE akan ada dua exam besar iaitu dipanggil Checkpoint (Masa penghujung tingkat dua) dan IGCSE exam (Tingkatan 4). So kalau result IGCSE mantop boleh sambung terus di luar Negara dengan biaya sendiri. Tetapi kalau dengan biasiswa kena ambil SPM dahulu.


Okaylah nanti I beri resepi juadah yang sempat I buat itu ye. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment