Sunday, April 19, 2015

Bercuti Di Cameron Highlands (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua.

Maaf la lama mendiamkan diri. Acik Laura kesibukan. Ni pon curi - curi masa lunch untuk kasi update.

Okay, sebagaimana tajuknya, Acik Laura and the gang telah pergi bercuti pada 10 - 12 April yang lalu. Plan terjah habis. Dalam minggu tu jugaklah buat keputusan. Apply cuti dan booking hotel segala. Alhamdulillah dapat juga lari dari kesibukan sekejap.

Entry ni Acik Laura nak jot down beberapa perkara tentang trip kami ke CH:

1.
Dari awal, kami merancang nak duduk homestay kat Kampung Sedia tu. Sebab nak feel suasana yang lain sikit. Tapi dah di telefon homestay yang paling banyak disaran orang, tetapi tak ada rezeki. The owner berada di luar kawasan dan katanya akan telefon semula kami tetapi sampai sudah tiada. Kami anggap memang tiada rezeki sahaja. Kemudian carian hotel melalui segala sumber pon dibuat, I siap download trivago lagi. Tetapi akhirnya kami pilih Cameronian Inn di Tanah Rata sahaja. Murah dan agak privacy.

2.
Perjalanan kali ini lebih santai. We are not rushing like before. MENIKMATI. That's the keyword. Dari Kuantan kami gerak perlahan - lahan. Had our lunch near Batu Malim, Raub dan slowly drove to the highlands.

3.
Suasana di Cameronian Inn memang cantik. Perkarangannya tidak di jalan utama jadi ia agak privacy. Landskapnya dihias cantik. Ia bagai di kawasan rumah sendiri.

4.
Oh ya, ketika asyik menikmati ladang teh, kami disapa warga asing. A celebrity maybe. She was on a race. Just like the famous Amazing Race Show. Bertanyakan kalau - kalau kami nampak Yellow Flag nya. Hahaha. Kelakar masa tu. Because we're hardly understand her latin slang. But then, we've tried our best in helping her.

5.
Paling kelakar bila dah sampai rumah Kuantan bila I perasan yang kami dah tertukar plastik sayur dengan salah seorang dari rakan. Lepas tu redha ajalah. Dan sayur tu masih ada belum dimasak. In shaa Allah, petang ni I teringin nak masak tom yum sayur.

Nak tengok gambar?

Okay, I letak sikit dulu ye.


laluan menghala ke bilik

seriously I sgt suka pokok ini

depan reception area. 

another fav flower

ladang teh di Kuala Terla

lavender

bikin hati cair

Unik. Species Setawar

The S corner

Geram. Rasa macam nak bawa balik sepokok.

Nanti saya update lagi ye. Mungkin boleh dijadikan panduan kalau korang tiba - tiba nak ke Cameron Highlands kan?

No comments:

Post a Comment