Thursday, April 23, 2015

Bila sudah kepeningan tengok nombor

Assalamualaikum.

Entry di kala kepeningan. Sejak Jumaat lepas, team leader ada memberikan 16 mukasurat data dengan 38 data setiap mukasurat  untuk dihubungi sebelum Jumaat ini. Huhuhu. N now, setelah banyak hari, baru 6 muka surat berjaya diselesaikan. Bermaksud masih ada  lebih kurang 380 data lagi. Pitam. Sebab itu rasa nak muntah dah tengok data tu.

Jadi, Acik Laura nak rehat kejap dengan menconteng disini. Huhuhu.

Abang Acik Laura, dengan jayanya merancang untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL weekend ini. And I wanna take part too. Hehehe. But then, bila membaca mesej dari encik boss bahawa esok akan ada meeting, I sudah menjangkakan bahawa weekend ku akan bekerja lagi. Huhuhu. Nangis. Sungguh, really hoping tomorrow's meeting will not cripple my plan to join my bro to PBAKL this weekend.

Jadi, wishlist utk PBAKL tahun ini ialah:

1. Langit Vanilla by Wani Ardy
2. Cerita Cinta Bohongan by DocMimi
3. Whatever you say I am/ I'm OK by Anwar Hadi

(Sungguhlah sejak jumpa Abang Adam of TLU di Pesta Buku Pahang last month, terus jatuh cinta buku dari SFP, Selut Books, RabakLit)

4. Hilang & Jumpa by Umi Kalthum Ngah
(ini kisah klasik. Harapnya dapat jumpa buku ini nanti)

5. DIAgnosis dan DIAgnosis 2 by doctors 
(Review memang menarik. Ramai yang suggest)

6.Catatan Mat Luthfi
(Yang ini sebenarnya tak sure lagi nak beli atau tidak. Masih berkira - kira. N now tengah cari - cari review yang menepati citarasa) 

7. Teman Lelaki Upahan @ Love you Mr Arrogant
(Aci tak nak beli buku ni? Tahu dh outdated tp peduli hapa kan? Tp ni masuk list sampingan aje)

8. When I was A kids, When I was a kids 2, When I was a kids 3
(Ari tu pergi popular. Rasa gigil nak beli sampai tiga series. Tapi emak den khabar kek den, buek apo boli buku cam nie? Huhuhu. I is kesot! Hahaha. suka2 campur loghat Nogori ngan Pahang kan? BTW, ni pon masuk list sampingan iaitu tak sure lagi mahu beli atau tak. Sebab tahu kat popular ada.)

9.Bits of heaven by Aishah Madadiy
(Suka tulisan Aishah Madadiy dlm dua buku sebelum ini iaitu Velvet di Durham dan Akrilik Atas Kanvas. Bits of heaven buku pertama tulisannya dalam Bahasa Inggeris. Suka bahasa yang digunakan. Kurasa indah.Ahli Falsafah kan? Tetapi isu yang diketengahkan mungkin sedikit berat. Dah baca beberapa sedutan di Jemari Seni. Tentang Dakwah. Tentang Journalism. Tentang Iraqi Post War. Tentang Afghanistan. Bimbang tak boleh absorb isu berat ini. BTW, akan reserve masuk list sampingan)  

10. Mesin Cahaya Masa by Wani Ardy

11. Lullabies & Love by Lang Leav
(Not sure nak cari di mana. Tapi yang pasti Kinokuniya ada. Aci x ke KLCC lps dah abis jenjalan di PWTC, Angah?)

12. #88 love life by Diana Rikasari.
(I paling nak buku ni. A must have by each woman. Cuma buku nie belum dipasarkan secara meluas di Malaysia. Kalau nak kena preorder dulu. Kat online dh ada yang jual. I dah survey. Jadi jika nanti kat PBAKL xde, I beli via online aje kat IG)

Actually, my budget tak banyak sangat. In shaa Allah, I nak gunakan duit lebihan income tax ari tu. Tak banyak juga jumlahnya cuma nanti kalau takde duit, makan buku pon kenyangkan? Huhuhuhu.

Actually kan, I memang merancang nak jual buku terpakai. Banyak sangat dah. Sejak kerja since 8 tahun sudah ni, memang I sangat dedicated membeli novel dan buku - buku. Almost 2 novels each month. Jadi memang banyak sangat koleksi I. Umah Kuantan je dah ada 3 kotak simpan novels atau buku - buku. Ini belum masuk buku belajar yang I beli atau complimentary dari dealers lagik. Tu pon dah ada 3 boxes. Kalau I pindah, jenuh la nak mengangkut all those books kan? Umah kat kampung pon banyak buku2. Siap ada lagi buku latihan atau teks zaman I sekolah rendah dulu. Huhuhuh. Biasanya simpan dalam kotak plastik tu. Sesekali naik la jenguk dan ulang baca.


Okaylah, Acik Laura nak kembali ke pangkal jalan iaitu menelefon bagi mengabiskan 380 data itu!!!
Wish me Luck Okay!

1 comment: