Apa khabar kawan - kawan.
Hari ni mood kelaut. Suka sangat kelaut lately. Mentang - mentang la opis dan umah dekat dengan laut. Huhuhu.
Mari sambung cerita tentang percutian ke Cameron Highlands.
Kali ni nak share tentang Bharat Tea Kuala Terla dan Lavender Garden.
Okay, kalau kita dari Ringet, kita memang akan jumpa Bharat Tea sebelum sampai Pekan Tanah Rata. Tapi kita park kat atas kan? Kemudian kalau nak ke ladang teh kita kena turun bukit. Tetapi kalau kita dari Simpang Pulai, kita akan jumpa juga Bharat Tea di kawasan Kuala Terla. Yang ini, kita park kereta kita betul - betul depan ladang teh. jadi syok sikitlah.
Waktu kami tiba around 10.30 pagi. Matahari dah terik sangat masa ni. Luckily angin di CH agak kuat juga. Kami jalan - jalan di sini dan minum teh sebentar.
Okay, sila layan gambar okay.
Kemudian kami ke Lavender Garden. Tempat ni memang la sangat cantik. Sangat banyak attraction. Bayar je RM 6 sorang.
Jenuh I membongkok nak capture gambar ni. |
lawa kan? |
Macam2 warna tapi I paling suka warna putih/ krim ini |
sedang beraksi |
ada juga strawberry. |
cuba cari orang bersembunyi. Hehehe |
Okay kalau korang tetiba nak beli strawberry kat Lavendar Garden, sila beli dekat pintu keluar sbb ada trick harga. Kat atas kitorang beli sepaket harganya RM10. Sekali kat bawah/ pintu keluar dia jual RM 5 sepaket. Buah pulak saiz xl. Aduh nyesal!
BTW we all sangat enjoy.
Okaylah. Stop dulu. Nanti tunggu lagi ye update tentang cuti2 CH ni.
May Allah bless.
No comments:
Post a Comment