Monday, September 21, 2015

Mood Cuti is ON

Assalamualaikum.

Hahaha. Tadi kemain up status kat wechat. 

"New week. New hope. New Aspiration. Mood cuti sila ke tepi yek"

Kemain - kemain. Mood cuti tu tak nak ke tepi lah. Hadoi. Pagi tadi memang sikit bersemangat. Tapi bila pergi kelas yang hadir kuliah separuh je dah mula rasa down. Pergi pulak kelas tengahari, yang munculkan diri hanyalah empat orang. Bertambah rasa geram. Padahal student yang sama cuma berlainan subjek. Pagi boleh datang, tengahari hilang. Sakitnya hati. 

Lepas tu dapat tahu Jumaat ni dapat cuti free. Terus, mood cuti yang ku tolak tepi tadi, ku raih kembali. Apakah? Hahahaha.

Actually dah apply cuti untuk Aidiladha ni dari awal tahun. I mmg akan plan dan apply terus cuti sehingga hujung tahun. Even untuk tahun depan pon I dah plan tau. Hahaha.

Okay, Ni I senaraikan tempat - tempat yang I nak pergi sangat untuk bercuti. I senaraikan aje. I tak tahu bila boleh direalisasikan.

1. Melaka Bandar Bersejarah


I pernah pergi Melaka. Zaman belajar dulu pernah buat field trip lagi. Kemudian pernah pergi family wedding dan sempat merayap jap ke bandar Melaka. Kemudian, pernah juga drive dari Nismilan ke Melaka malam raya. Even dah tengah malam, Melaka tak pernah mati. Seronok juga, Tapi itu kisah 4 - 5 tahun lalu. Hahaha. Lama sangat tak pergi bercuti ke sana. Banyak kali merancang tak pernah jadi, In shaa Allah I plan nak pergi before cuti Awal Muharram nanti. Doakan lah ia jadi kenyataan. 

Kenapa Melaka? Sebab ada orang tu! Eh taklah. Sebab banyak attractions. Teringin nak explore culture disana. Itinerary I belum siapkan. Masih survey tempat dan attractions.


2. Jalan - Jalan Utara naik kereta api ETS


Baru - baru ni my master prof dapat layanan VVIP naik ETS. Ia membuatkan I lagi la membuak - buak nak naik ETS ni. Nak jalan - jalan utara. Kat sana makanan murah. Last three years, I drove there for my convocation. Penat seh! Tapi enjoy jugak sebab banyak tepat jugak kitorang jenjalan. This time around I nak try pergi ke utara naik ETS. Balik dari utara naik kereta api biasa, Lepas tu nak pilih pulak beberapa location to be explored. 

Dulu - dulu zaman bebeudak, zaman belum ada kereta, pergi rumah Mokde kat Nismilan naik kereta api weh. Kira ni macam mengimbau kenangan zaman budak - budak lah.


3. Cameron Highlands
Even tahun ni dah pergi CH, I tetap nak pergi lagi. I nak paksa my sis pergi CH cuti Aidiladha ni. Balik hari pon boleh janji boleh pergi. Rumah kakak I di Raub. Dari Raub nak ke CH tak jauh sangat dah. We all pernah buat kerja macam ni. Pergi pagi - pagi after subuh, then, balik petang karang before maghrib. I teringin nak makan jagung CH la. Nak juga makan scone kat KHM. Pergh...




4. Balik Raub.
Ni pon masuk list bercuti ke Cik Laura? Hahaha. I mean kampung kelahiran I. Yang digelar orang mini Genting Highlands sebab sejuk. I memang dah lama tak balik kampung kelahiran I ni. Sejak arwah abah meninggal, memang jarang sangat balik. Nak balik sebenarnya tiada rumah hendak dituju walaupun ada je saudara mara yang mengajak tidur di rumah mereka. Kalau kami balik pun ziarah sekejap sahaja dan tidur rumah my kakak di bandar Raub.

I rindu kampung kelahiran I ni. Banyak kenangan. I rindu suasana yang sejuk. Air dari bukit. I rindu sungai - sungai cetek penuh berbatu. I rindu air terjunnya. Korang pernah mandi Air Lata Jarum dan Pulau Chekas? Seronokkan tapi bagi kami yang asal kampung berdekatan, kami sendiri ada port yang hanya kami sahaja yang tahu. 

Disebabkan air terjun Lata Jarum dan Pulau Chekas menjadi nadi perlancongan di kampung kelahiran saya, banyak chalet - chalet dibina. Jadi I kira kalau I balik nak menginap di chalet menarik juga dengan syarat tak terserempak dengan saudara mara sebab bimbang ada yang berkecil hati nanti. Huhuhu. 

Dari kampung kelahiran, kita memandu lah ke Fraser Hills dan ke kawasan sekitar di Bandar Kuala Lipis dan Pekan Benta. Pasar Malam Pekan Benta adalah lakasi yang mesti kita tuju untuk beli makanan tempatan yang rare. 

Kemudian, kita melawatlah sekolah menengah I. Kalau boleh jumpa juniors pon bagus. Boleh beri sedikit kata - kata semangat dan berkongsi kehidupan setelah sekolah pada mereka.


5. Teringin juga explore resort - resort yang dikongsi orang di facebook seperti Tadim Resort Banting dan 3D museum di N9. Later I decide.

Ada kan korang tengok kat FB? Menarik dan lawa kan?

Oleh itu Acik Laura, 
Sila mula menabung!!!

Thursday, September 10, 2015

Penyakit Biblioholisme

Assalamualaikum.

Sihat semuanya? I? Alhamdulillah sihat.

Updates? Nothing much. Masih kebizian. Many things to focus. All require huge commitments and efforts. But then, janganlah risau ye. I ni gagah orangnya.

Okaylah, kita stop cerita tentang kerja kan. Marilah berkisah tentang perkara yang menceriakan hati.

I hobinya dua sahaja. Satu, membaca. Kedua, menulis. Kali ni I nak tulis tentang hobi membaca I. And I nak share few books I read previously.

I, kalau dapat membaca, kadang - kadang tak hirau sekeliling. I akan membaca sampai habis. Atau sampai bosan. Kalau I suka, I akan ulang baca banyak kali. Dan I suka membaca dengan suara yang kuat. Tak la memetir. Tapi jelas dipendengaran I. Sebab I rasa I jenis Auditory walaupun dah banyak kali I buat test learning style tu, tetaplah score paling tinggi dengan nilai mata yang sama adalah Visual dan Auditory. Eh jap, korang pernah x jawab soalan learning style test ni?

I suka membaca bahan pelbagai genre. Tak kiralah ilmiah, fiction atau non fiction. Even cerita dongeng mahupun bahan sastera tulisan Hamka atau Pak Sako. Tak kiralah bahasanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Arab. I tahu sikit2 je arabics. Walaupun buku teks, I akan baca juga. Termasuklah kamus - kamus pelbagai topik.

Hari tu I ada bagitahu yang lately my kind of book dah sedikit berubah. I kira ia sebab faktor umur. Mengaku jelah kan kita bukan muda remaja lagik. Keinginan I untuk baca novel cintan tu dah makin kurang. Lately I suka buku - buku/ novel - novel sedikit ilmiah yang ditulis dengan bahasa orang zaman sekarang. Maybe genre ini sesuai buat I sekarang.

I kalau dapat ke bookstore, boleh duduk dalam tu berjam2. Kalau dapat pergi Book Expo pon boleh round the expo banyak kali. Memang berjam2 jadinya. Lepas tu balik je rumah teruslah mengadap satu - satu sampai tak sedar waktu. Asyik bebenor.

Saya merasakan saya sudah terkena penyakit Biblioholisme. 

Ini I ambil ciri yang menyebabkan I rasa I memang sudah terkena penyakit ini. Sebelum tu Biblioholisme adalah satu keadaan kecanduan terhadap buku. Kecanduan memiliki, menyimpan, mengumpul atau apa - apa sahaja berkaitan buku.

Kita rujuk article dr blog Kembara Jiwa. Click sini untuk membaca article penuh.

Antaranya:

1. Pernah membeli buku yang diminati sebanyak dua kali
True. I boleh tak ingat I dah beli novel tu dua kali. Pernah abang I tegur, eh bukankah last PBAKL dah beli buku ni?

2. Mengutamakan toko-toko buku dari kedai-kedai lain ketika pergi ke pusat membeli belah
True. I kalau dapat peluang, I pasti cari bookstore. 

3. Dalam beberapa situasi pernah seseorang itu tidak mengingati jumlah buku yang dimiliki dan berapa wang yang dibelanjakan untuk membeli buku.
True. Jangan tanya I berapa koleksi I. Yang I ingat adalah ianya tak pernah cukup.

4. Sanggup menukar hajat membeli dari membeli barang keperluan lain dengan membeli buku sehingga terjejas bajet bulanan.
True. Sampai I sanggup puasa.

5. Pernah berjaya mendapatkan buku yang dihajati ketika pekerja toko buku gagal mencari atau  mendapatkannya.
Yes. Another true story.

6. Memegang buku serta membacanya apabila ada iklan semasa menonton televisyen.
Ya. I selalu buat. Zaman belajar dulu pon sama. Bila time iklan, time tu I pulun baca.

7. Tidak menyedari bahawa dia telah membeli terlalu banyak buku dan disimpan di perpustakaan peribadi tetapi tidak sempat membacanya.
Yes. I rasa ada buku yang I tak sempat baca pon. Dan ada yang I belum habis baca sepenuhnya.

8. Mengembara dan bertugas di luar daerah tanpa pernah melupakan buku di dalam beg.
Serius. I memang bawak buku dalam beg bila pergi mana - mana. Kenkadang shopping pon I bawa small dictionary in my bag.

9. Mendapat teguran dari orang terdekat kerana terlalu banyak membeli buku sehingga beranggapan tiada benda lain yang lebih penting melainkan buku.
Iya. Sampai my mon tahan I. Tu belum lagi my bonda kata, rak buku kat rumah tu dah tak muat. Kumpul duit dulu beli rak baru dari beli buku. Huhuhuhu.

 Biblioholic?  Am I? Huhuhu. Korang ada tak macam I?
Okaylah, ni I nak share few books/novels I read recently.

Ini pembelian terbaru. Baru - baru ni I outstation ke KL. Dan Alhamdulillah ada kawan nak ke Kinokuniya. I ikutlah. Bukan apa I tak berapa fasih nak naik train sensorang ke klcc sbb dh lama tak pergi. Ada geng, dapatlah membeli kan. 

Reinkarnasi - lama dah I nak beli. Jumpa di IG. Baca sinopsis terus jatuh hati. Tapi sejak beli ni, I belum sempat baca lagi. In shaa Allah, weekend ni I pulun.

Lullabies - Ni pengaruh kawan kat IG jugak. Sampai I pernah nak beli online dr Kinokuniya. Dh baca half. Not bad at all. Jiwang!

Longman Phrasal Verbs - Ni koleksi terbaru I. Oh ya kawan - kawan I gila baca kamus jugak.


Ini sebahagian koleksi kamus - kamus I. My longman collection la. Oxford punya dictionary pon ada macam - macam jenis. Dari basic dictionary kepada very specific dictionary like Oxford Dictionary of Marketing, Verbs and Tenses, Common Errors, Grammars mahupun Thesaurus. Semua I ada.

Idioms - kulit pon dah berubah warna. Ni I beli zaman belajar dulu. Antara kesukaan I. 
Pocket Activator - Pon kegemaran I. Orang sibuk attend convo, I boleh hadap this dictionary sampaikan my fren siap masukkan dlm blog dia pulak.



Ini hasil PBAKL tahun ini. Sangat inspiring. May Allah bless the authors. Banyak kisahnya buat I berfikir jauh.


Ini hadiah birthday I. Oh ya, I memang akan ke bookstore on my birthday. beli buku sebagai hadiah buat diri sendiri. 

#Henshin = Hijrah. Alhamdulillah. I suka baca. Nasihatnya I suka. In shaa Allah, marilah kita Henshin. May Allah bless the author.

Hidup Penuh Erti - inilah buku yang I sisipkan dalam beg masa outstation ke KL baru - baru ni. Inspiring sangat. May Allah bless the authors.

Big Fat Women Tell Themselves - Belum sempat dikhatam. In progress. Tetapi menarik kupasannya.


The Year I Met You - another inspiring story. Kengkonon tak nak mengaku dah kena fired. Kengkonon dok cakap kat diri sendiri dan org sekeliling Im just having gardening leave. Huhuhu. Menarik novel ni. Inspiring.

I need a helicopter, my patient is dying - ini kisah realiti. Bah besar dulu kita dengar banyak cerita kan? I beli buku ni just nak tahu kisah sebenar. Ya Allah, dasyat betul rupanya. 

 Ini pon hasil PBAKL tahun ini. Whatever You Say I Am is non fiction whereas I'm Ok is fiction. Cikgu ni memang pandai menulis. Kisahnya lain dari yang lain. Bahasanya agak tinggi juga. Tetapi tak mengapa, I kan banyak kamus.


 Buku ni comel. Bahasanya indah. Ilustrasinya juga menarik. Elok ada bagi semua perempuan.

Ini sebahagian sahaja. Batu - baru ni I beli novel Love you mr arrogant. Hahaha. Memang dah outdated tapi belum ada dalam koleksi I. I siap download dramanya lagi. Astagfirullah...

Okaylah, korang pula? Meh share dengan I buku - buku yang korang baca lately.

See you then.

Thursday, September 3, 2015

Ground Rules

Assalamualaikum.

Lama x update kan. La ni kebizian tiada berpenghujung. Sekarang busy dengan classes, conference preparation and kerja - kerja datang dari langit. Hehehe.

Hari ini contohnya dapat kerja dari langit yang banyak buat hati nak marah. Biasala, siapa suka last minutes kerja kan. Apatah lagi di zaman kebizian ini.

Kisahnya pagi tadi tahu kena terlibat utk event ptg ni. Menyirap abisan sebab dh plan petang karang dan dah janji dgn students nak buat kelas ganti sebab next week kena gi bengkel. Betapa susahnya nak cari slot dan kelas kosong sekali kena cancel. Huhu.

Tapi Alhamdulillah cuba juga bagi commitment.

Ground rules? Actually dapat complains from few shared lecturers regarding our new students are having difficulties to adjust their attitudes as a diploma student. So tadi kita buat aktiviti setting ground rules dan sesi membebel how to perform better in college setting.

Senang cerita ni I nak share one activity.

Senang je aktiviti ni tapi impact boleh tahan kuat. Memula bahagikan students kepada beberapa kumpulan kecil. Td I bahagikan kepada 3 groups yang mana setiap group consists of 4 students. At first I buat sedikit intro dengan perkenalkan dorang rahsia pelajar - pelajar cemerlang. Then I mintak in group dorang discuss what are the ground rules to be a successful student. Lepas tu dorang tampal senarai tersebut. Then I mintak sorang - sorang baca dan tick on the list rules that they think personally the best to lure themselves as a good student. After that, I asked them to share with the rest of the class what rule get the highest tick and list them on the whiteboard.

So nak tahu apa yang dorang setuju as the ground rules? Here is the list:

1. Menepati masa
(Eveyone agrees. Yet most of them came late for this activity. I have to start late from schedule)

2.  No last minute study

3.  Belajar kena ada jenaka. Tak strict.
 (I tanya semua lecturer korang sem ni strict ke? Memasing sengih.)

4. Tidur awal.
(Ni pon jadi ground rules! I tanya malam semalam siapa tidur lewat. Semua angkat tangan. I tanya seorang, jawabnya lepas subuh baru tidur. What?)

5. Duduk dalam kelas dengan posisi yang betul.
(Rare kan? Apapun dorang decide macam ni. nanti I nak round kelas dorang!)

6. No gadget.
(Ini I suka. Tahu ground rule utk berjaya tu jangan main gadget time blaja tp tetap juga buat.)

7. Respect your lecturers and your friends

8. Banyak buat latihan.
(Buat ke tidak?)

9. Ilmu mesti dikongsi

Then I bagi 1 piece of small paper. I suruh dorang salin dan simpan baik - baik ground rules ni. Mesti bawak ke kelas selalu.

After all I conclude, to be a successful student, you need to sacrifice a lot. Hold and practice your ground rules. I am not the one who decide there rules. You are the one who decide the rules so hold them tight.

Doa saya korang boleh berubah dan fokus pada pembelajaran. As promised, I'll evalute your performance later.

So kawan2, apa kata korang?