Wednesday, October 19, 2016

Hi Tea Kelab Pentologi



Assalamualaikum. Sihatkah? Malam ini dapat masa nak memblog sedikit. Tetapi cerita dah mula basi. Ini kisah 22 September yang lepas. 

Kelab pelajar Diploma Pengurusan Teknologi (Kelab Pentologi) ada anjurkan Hi Tea. Tujuannya untuk meraikan pelajar yang mendapat keputusan memberansangkan pada semester lepas dan meraikan pelajar yang akan berpraktikal semester hadapan. 

Marilah tengok gambar ye.


Temanya merah dan hitam. Gigih Acik Laura tukar casing iphone nak bagi sama. Hahaha. 


Mentee dan mentee angkat acik Laura. 


Peminat Acik. Pelajar semester satu.


Kemain selfie


Melompat lebih tinggi



Bertempat di Mandurah Hotel, Beserah



Lagi peminat nak selfie. Ni pelajar semester 2 dan 3



Mentee Acik Laura. Ada lagi tapi tak nak bergambar. Dan ada jugak yang bukan mentee Acik bergambar sama. Tak apa, Acik tak kisah, Acik kan sporting, Hahaha





Kisahnya sorang - sorang datang nak selfie ngan acik. Ini pelajar semester 3


Semangat


Lagi aksi dengan mentee





Kasi can lah kan Acik Laura nak bergambar seorang. 

Hari mendung masa kejadian. Nak hujan. Lepas tu ambil gambar tak tengok pencahayaan. Begitulah jadinya. 

Tapi Acik laura suka je aktiviti dengan students. 

Okay, deary students, study ye. Final exam belum habis ye.

Wednesday, September 28, 2016

Photoshoot Raya 2016

Assalamualaikum..

Apa khabar semua. Ya Allah lamanya tak update.

Ampun ye...

Ni pon nak masukkan gambar photoshoot raya puasa hari tu. Raya haji punya nanti eh...

Okaylah, setiap tahun, my gang n I akan buat photoshoot semasa sambutan hari raya di kolej. Tahun lepas temanya celah tiang dan tangga. Tahun ni merata tempat jugaklah sebab memasing konon - kononnya dah tak mahu dah posing celah tiang. Hahaha.

Okaylah silalah layan ye:

with my sisters
pilih sepetak seorang


bersama kanak - kanak riang

selfie with our photographer. kantoi lagi dating time event. Hahaha

Buscafe. Aset penting koperasi. Ni pemegang saham koperasi belaka

port baru bergambar. Nak bergambar sini kena ikut turn tau!


berlatar belakangkan Maahad Tahfiz Yayasan Pahang

lagi sekali dengan my other gang


my gang yang ini belum ada gambar celah tiang. Jadi tahun ini meh gambar lagi kat tiang ni.

tangga epik

Sekali lagi pemegang saham nak bergambar dengan buscafe

Us featuring boss. Our Dean tu.

Okay. Sorry again sebab baru up cerita raya puasa walaupun beberapa hari lagi dah nak awal muharam. Daku busy. Sorry.

Esok kalau free, I upload cerita terkini pula.

Jumpa lagi.
Assalamualaikum

Friday, August 12, 2016

Lamanya tak update

Assalamualaikum

Lamanya tak update kan?

Acik Laura memang kesibukan.

Nak kata sekarang tak sibuk, tidak juga tetapi banyak perkara kita handle. In shaa Allah, jika ada cerita nanti acik Laura update panjang punya ye.

Cerita raya pun tak update lagi. Raya was blast. Tak kemana - mana pun raya ni.

Sekarang dah pertengahan semester. Kerja - kerja pendaftaran dah selesai. Alhamdulillah lega. Tapi sekarang ni sibuk dengan kuliah, test dan kerja - kerja marking test. Fuh penat.

Memang tak de masa sangat nak update blog lately. Tapi kalau sapa - sapa ada instagram, bolehlah cari acik laura ye. Search Laura Azura okay.

Till we meet again.

Assalamualaikum.

Sunday, June 26, 2016

Acik laura's little updates

Assalamualaikum.
Semoga dalam rahmat Allah hendaknya.

Selamat berpuasa semua. Dah masuk 1/3 yang terakhir sudah.

Acik laura tiada lain, kebizian yang tiada berpenghujung.

Hujung Mei ari tu, sibuk dengan pendaftaran pelajar baru. Kemudian, macam2 la programnya yang kena handle. Projek dtg tiba2 pun ada. Weekends mmg tiada langsung sejak itu. Kerja setiap hari you.

Bila pelajar baru masuk, sebagai ketua unit pendaftaran, acik laura kena handle academic briefing, kena selesaikan proses pendaftaran. Kemudian bidan terjun jap cover tugas yang mana memang memeningkan dan memerlukan acik laura berfikir dgn segera. Segala macam activiti terpaksa ku fikirkan dan kujalankan sementelahan ketua unit hep tiada lalu mem brief daku walau sedikit. Mujurlah dekanku, ketua2 jabatanku amatlah prihatin juga dan membantu Alhamdulillah.

Kemudian, dengan sesetengah program seperti program kerjasama masih belum selesai pendaftaran pelajar barunya, acik laura kesibukan pula dengan pendaftaran pelajar kanan yang beratus2 orang itu. Jadi, mmg kesibukan sedikit.

Sekarang ni dah mula kuliah. Dah masuk minggu ketiga tetapi sungguhlah acik laura punya hal pendaftaran itu belum selesai. This week, kena pantau proses pendaftaran kursus online pelajar kanan pula. This week jugalah macam2 program ada. Esok shj acik laura ada kena attend dua events. Satu tu talk aje. Lg satu tu round table discussion. Huhuhu. Tapi kan, acik laura teruja psl dua2 event esok ni. Cumanya, acik laura terpaksa mengganti kelas. Itu yg x brapa best bila ada program muncul tiba2 begini. Tapi takpelah, nanti bincang semula dgn students kan. Yang penting esok punya event dgn prof dr IOWA Uni ni acik laura ada sedikit teruja.

This week juga, sehabis shj selesai pendaftaran kursus online pelajar kanan, acik laura kena pastikan pendaftaran pelajar baru selesai juga. So that lepas cuti raya, pendaftaran kursus online pelajar baru boleh dibuat pula. Tapi acik laura try buat cepat2. My target adalah hari selasa mesti siap.

Semester ni acik laura mengajar 20 jam seminggu. 3 subjects. Nak tahu ke? Okay ni acik laura share:
1. Principles of management (1 section only)
2. Principles of marketing (2 sections)
3. Organizational behavior (2 sections)

Ketiga2 subject ni adlh untuk program diploma kerjasama UTM.

Dan Jumaat lepas acik laura dan rakan2 sebilik diuji. Tiba2 sahaja Ketua Jabatan masuk. Nervous sebab biasanya kalau ada apa2, we all yg kena ke biliknya di pejabat dekan sana tu. Jadi, apa ujiannya?

We all kena pindah bilik asap. As soon as possible. Tak ke terkejut memasing. Dahlah kena berpisah. Sedih tau. So esok akan mula berkampung dibilik baru. Tempat baru acik laura adalah di dalam bilik ketua jabatan itu. Nervous ai. Hahahaha. Luckily, ada juga students datang bantu kami berpindah. Bayangkanlah bilik lama dulu acik laura duduk sekali dgn ketua unit graduasi dan latihan industri dan ketua unit pemasaran, jadi fail2 unit shj berapa kali kena buat hantaran ke bilik baru. Belum lagi dgn drawers, dgn buku2 maklumlah pensyarah kan. Alhamdulillah sangat ada bantuan students. Untuk rekod, ini pertukaran bilik kali ketiga bg acik laura dan kwn2. Mulanya dulu kat bwh, kemudian naik keatas bln puasa tahun lepas. Puasa tahun ni acik laura kebawah semula yakni sepejabat dgn dekan. Geng bilik yg lg dua org tu plak kena pindah aras sama tp berlainan bilik pula.

Dugaan kan?
Tapi acik laura redha.
Tugas ini acik laura akan jalankan sungguh2. Tak kisahlah kemana jua kami dipisahkan.

Korang,
Selamat mengerjakan ibadah. Ramadhan hampir ke hujung ni. Jom kejar segala peluang yang ada.

Jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Monday, May 16, 2016

Jalan - Jalan Hari Ahad

Assalamualaikum.

Hari Ahad iaitu semalam. Ada orang ajak berjalan. Hati dah suka. Maklumlah lately kerjanya rutin sahaja iaitu ke pejabat dan lepak rumah. Sesekali rutin itu begini pula. Ke pejabat - klinik - rumah. Itu sahaja.

Alhamdulillah, kesihatan semakin pulih. Adalah sikit - sikit lagi batuknya selepas berulang alik klinik kan. Nasiblah klinik dekat rumah dan nasiblah kat klinik leh usha doktor kan. Haip!!! Tak. Acik Laura tak buat kerja macam tu. Tapi sebab kerapnya ke klinik dalam beberapa minggu ini, jangan doktor dah kenal acik laura, adik staf kat klinik pon dah ingat acik Laura sama.

Okay tutup kisah Acik Laura - klinik - doktor dan adik staf klinik.

Hari Ahad kawan ajak ke Ubai. Pergi jenguk Miss Housemate (MH) yang melanngsungkan perkahwinan dua anak saudaranya. Kenduri besarnya hari Sabtu tapi kami pergi hari Ahad. Dijamu tuan rumah dengan lauk opor daging kerbau, tumis pedas nenas dengan perut dan sambal paru. Alhamdulillah sedap sangat.

I suka pergi rumah MH. Very the Kampung. Mendamaikan. Teringat pula kampung kelahiran I kat Raub tu.


Reban Ayam MH


Laman Hadapan rumah MH



Bertenggek.

Kemudian I ikut kawan pergi Kem PLKN Semarak di Kuala Pahang. Never been to any such camp, memang I macam sakan jap la. Seronok dorang, Kem mengadap Laut. 





Suasana sekitar dalam perjalanan ke Kem PLKN Semarak.


Setelah jumpa jurulatih PLKN, kami diajak minum - minum di luar kawasan Kem. Tengah minum kerbau buat laluan kehormat. Berpuluh - puluh ekor. Parade...





On the way ke Kuantan, kami singgah Kampung Gertak Ayun. Berdekatan pantai Sepat. Hari tu MH ada ambil gambar kat sini. Kali ni I pon hendaklah juga beraksi. Tarikan utamanya adalah Jambatan Kayu ini. Cantik sangat. Lengkap pula dengan Alur sungainya yang cantik. SubhanAllah. Oh ya, kami baru discover, kawasan tanaman padi disekitar kampung ni. Next time kami ambil gambar ye sebab musim padi baru selesai. 









SubhanAllah. 

Teringin nak pergi berkelah kat pantai sebenarnya. Tapi sekarang panas sangat. In shaa Allah nanti kami plan baik - baik.

So, korang punya weekend macam mana? Sharelah...




Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Selamat hari guru buat semua guru - guru...

Ramai guru hadir dalam hidup saya secara formal mahupun tidak. Walaupun mereka hadir sekejap cuma, mereka tetap guru yang sangat berbakti.
Sejak kecil arwah abah saya kepingin mahu salah seorang anaknya menjadi guru. Bermula dengan angah, kemudian kakak kemudian saya.

Angah menolak. Kakak begitu juga. Tinggallah saya si bongsu. Saya katakan pada arwah abah, saya mahu jadi guru di universiti. Arwah abah saya gembira sungguh. Dahulu saya pernah mengimpi mahu menjadi seorang pakar matematik. Kemudian beralih arah kepada guru ekonomi dan akhirnya saya jadi pensyarah perniagaan.

Alhamdulillah. Terima kasih buat arwah abah yang sentiasa memahami kehendak anak bongsunya ini. Terima kasih kerana percaya bahawa anak bongsunya ini mampu menggapai cita - cita nya. Terima kasih abah kerana menyokong apa yang saya lakukan.

Alhamdulillah, terima kasih juga buat emak. Yang percaya. Yang tak pernah jemu mendidik. Yang tak pernah putus berdoa.

Alhamdulillah terima kasih buat seluruh keluarga yang mengajar saya dengan susah. Mengajar dengan tegas. Terima kasih.

Saya berasa ingin membuat dedikasi kepada beberapa orang guru yang mengajar saya secara formal.

Kita mulakan dengan kisah di sekolah rendah. Mulanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat cikgu Faridah. Beliau lah yang mula - mula mengajar saya huruf, angka dan kemudiannya mengajar saya membaca. Walau dimana cikgu berada, saya doakan cikgu sentiasa dalam rahmat Allah.

Kemudiannya Cikgu Ridhuan. Cikgu matematik saya. Terima kasih kerana berjaya menanam sifat suka akan matematik dalam diri saya. Terima kasih mengajar saya dengan baik sekali..

Masuk sekolah menengah, Antara yang banyak menabur jasa adalah Abi, cikgu KZ dan Ayahanda kami, Cikgu Hassan. Tak lupa juga buat Cikgu Fairus dan Sarimah.  Kerana Abi, saya mengenal bahasa Arab. Tak jemu - jemu abi mengajar saya siang dan malam. Cikgu KZ guru kaunselor yang banyak mencungkil bakat saya. Bermula dengan melantik saya menjadi Naib Pengerusi Tetap Pembimbing Rakan sebaya sejak saya tingkatan dua juga guru pantun saya hingga membawa saya ke peringkat Kebangsaan Pesta Pantun 1997. Cikgu Fairus, guru sains saya. Yang seperti abang bagi kami. Sifatnya membuatkan kita mudah berkongsi cerita. Cikgu Sarimah, guru sejarah saya. Terlalu banyak jasanya. Dan Ayahanda Cikgu Hassan Basri. Di gelar Ayahanda kerana sifatnya yang benar - benar seperti seorang ayah. Guru sejarah Tingkatan dua hingga tiga. Guru ekonomi saya, Warden asrama saya. Ayahanda, sehingga ke hari ini masih belanja saya setiap kali beliau berkursus atau bermesyuarat di Kuantan. Ayahanda, sehingga ke hari ini masih ambil berat tentang saya Katanya dia selalu observe FB saya. Jasanya memang banyak. Begitu juga isterinya cikgu Alina. Guru Bahasa Melayu saya.

Di Kolej, paling memberi kesan saya rasa adalah mentor - mentor saya. Saya mulakan dengan Dr Salina Daud. Sekarang beliau mengajar di Uniten. Kemudian Puan Maslina Masri, ketua jabatan saya sekarang. Kemudiannya Puan Rohayati Che Din. Dan tak dilupakan kakak saya, Cik Thuraiya Zakaria yang kini di UPSI. Mereka inilah yang banyak beri dorongan pada saya. Hingga ke hari ini. Terima kasih banyak - banyak.


Di Universiti, saya kira antara yang banyak berjasa adalah Prof Madya Nor Afizah dan Prof Madya Rokiah dan Tak lupa penyelia thesis saya Prof Madya Normah Mohd Dali. Terima kasih banyak - banyak.

Semasa saya buat MBA, saya rasa paling terkesan adalah sokongan Dr Fadli Shah, Dr Shahimi Moktar, dan Dr Wan Nordin. Terima kasih banyak - banyak - banyak.

Terima kasih juga buat jurulatih bola jaring, jurulatih pantun, jurulatih debat, guru pengawas, warden - warden asrama, ustaz dan ustazah mengaji, guru - guru masakan saya, guru - guru anyaman dan semua guru - guru di dunia ini.

ANDA HEBAT. TERUSLAH MEMBERI INSPIRASI.

Wednesday, May 4, 2016

Review Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)

Assalamualaikum..

Ini kejadian semalam. Pakat - pakat amik cuti. Kemudian pergi nonton AADC2.
Tapi sebelum I buat review, I nak cakap dulu yang I sawan Rangga. Jadi faham - faham sahajalah arah tuju reviiew I kali ni ye. Hahaha.


Overall comments:
I sangat puas hati. Rasa nak pergi tengok sekali lagi.



Okay, I cuba buat review dengan berhemah ye.

1. Gambar cantik. Pemandangan cantik. Cara gambar dan plot diambil dalam shoot dengan baik.

2. Theme persabahatan yang tiada ternilai. Hinggakan sebaik sahaja keluar panggung, kami terus plan nak buat aktiviti macam Cinta dan kawan - kawan. Dan seelok keluar panggung, terus mengkopi sama - sama. Siap plan girls' day out begini akan dibuat monthly. So next month, kami plan nak g makan - makan kat tempat yang decent sikit.

3. Rangga sangat handsome. Ops sorry. Sawan. I nampak je Rangga, terus rasa nak menjerit. Bagi I, Rangga Handsome bukan kerana wajahnya sahaja tetapi bagi I, karakternya. Dia ada karisma. Suaranya ada aura. Lenggok tubuhnya, pembawakan dirinya, bagi I cukup lengkap bagi menjadi pujaan orang. Cukup pakejnya. Anugerah Allah.

3. Cinta sangat Cantik. Maura pon sangat Cantik. Karmen juga, Tapi paling I suka adalah Milly. Milly yang comel. Yang lucu. Milly menjadikan cerita ini lebih menarik. Setiap kali Milly bersuara, seluruh panggung ketawa. Milly jujurnya penghidup AADC2.

4. Plot cerita lebih kurang sama dengan the old AADC. Contohnya, diakhir cerita, plot yang sama dimana Rangga mencari Cinta. Kemudia Cinta menyakiti Rangga dengan berkata sesuatu yang bohong tentang perasaannya kemudian, Cinta mencari Rangga semula. Berterus terang dan endingnya happy.

5. Beza pelancong dan pengembara ini menarik juga diketengahkan. Cinta dan kawan - kawannya pergi melancong tetapi Rangga mengembara ke Jogja. Pengembara seperti rangga main redah sahaja teroka tempat - tempat menarik dengan maklumat yang sedikit tanpa jadual perjalanan tetapi akhirnya menemukan tempat - tempat yang rare.

6. Kali ini kisah ibu Rangga antara wadah penting yang diketengahkan. Menarik juga bilamasa Cinta menasihati Rangga agar berdamai dengan ibunya. Plot kekeluargaan begini I suka juga.

7. Puisi masih indah. Alahai. Antara dialog yang I suka adalah:

Mudah mencintai semua orang dari melupakan satu orang yang dicintai. 
Makan dalam rasanya. I rasa memang betul. Macam yang I lalui sekarang. Ops....

Lihat tanda tanya itu. Jurang antara kebodohan dan keinginanku untuk memilikimu sekali lagi.
Makan dalam juga. Hahaha.

8. Kisah matang. Wataknya matang. I suka bila Cinta confess apa yang dia rasa lepas Rangga putuskan hubungan melalui surat. Dia cerita satu - satu dan bila Rangga mencelah dek kerana rasa bersalahnya, Cinta teruskan juga. DIa mahu Rangga tahu apa yang dia rasa sebenarnya. Dan I suka bila Cinta terus terang tentang persetujuan dia bertemu Rangga adalah sebab rakan - rakannya yang mahukan kepastian, kebenaran di sebalik surat Rangga.

9. Kawan - kawan yang saling menyokong. Carmen tahu Cinta masih ingat Rangga.Carmen tahu Cinta sebenarnya ada sesuatu yang disimpan sejak sekian lama.

10. Apa rasanya setelah menonton AADC2? Serius, terasa mahu bercinta. Gituh! hahahaha.











Melting...


Melting...





Okay, Jumpa lagi...