Tuesday, March 14, 2017

1 je lagi

Assalamualaikum

Sihat semuanya. Me? Syukur Alhamdulillah.

Students are having their test right now. So marilah menulis. Curi - curi masa sekejap.

Tadi pagi bukak IG. I follow Hot fm. So tajuk perbincangan pagi ni adalah satu je lagi. Entah, dalam banyak - banyak perkara, I boleh teringat satu kisah ni. Kisah lama. Jadi nak share jugak kat sini,

1 markah je lagi melayakkan kami ke peringkat separuh akhir.

Tahun 1997. Fuh punyalah lama throwback ni kan. Hahaha. Sekolah I antara yang aktif juga menyertai pelbagai pertandingan. Dan yang paling terkesan adalah Pertandingan Pantun. Dulu ianya dikenali sebagai Pesta Pantun. Dan salah seorang pemantun yang legend adalah Kakak Rozi. Rozie Sang Dewi. Kakak Ipar penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza. 

I kenal kak Rozi dari my brother yang 1 batch dengannya. Since zaman kak rozi, sekolah kami agak terkenal dengan pertandigan pantun ni. Sudah banyak kali juga mewakili Negeri Pahang di peringkat kebangsaan.

Okay balik semula kisah tahun 1997. I tingkatan dua masa tu. Ada audition. I sebenarnya temankan kawan sahaja. Jadi audition dibuat di bilik kaunseling. Kawan I ni kakak dia adalah bekas pemantun negeri juga. So atas dasar peneman, pergilah kami ke bilik kaunseling. Kebetulan adalah seorang PRS. Yang mana memang agak rapat dengan cikgu kaunseling. 

So kisahnya, sampai - sampai di bilik kaunseling, guru kaunseling minta I masuk audition juga. Fuh! mana I tahu sangat pasal pantun ni. Tapi my friend tu ajar sikit - sikit dan kami pon di audition. N nak dijadikan cerita, I terpilih, kawan 1 tak terpilih. Tapi dia kawan yang baik. Tetap positif. Banyak I belajar dari dia. 

So, bermulalah kisah I sebagai budak pantun. Terus jadi glamour you. Hahaha. Di sinilah bermulanya I dikenali orang. Allah, memang banyak publisiti bila dipilih jadi pemantun sekolah. Tenggelam peserta lain. My sister yang masuk debat sampai peringkat negeri pon tak seglamour adiknya. Hahaha.

Okay. Masuk peringkat daerah, kami menang. Jadi terpilih ke peringkat Negeri. Lawan antara daerah. Alhamdulillah dapat masuk final. Lawan dengan team Daerah Jerantut. Fuh, agak sengit. Dan alhamdulillah menang. Jadi mencipta sejarah. Dapat sekali lagi masuk ke peringkat kebangsaan. Masa ni mula dapat sponsor banyak. Sponsor baju la, sponsor makan. Kat mana - mana pergi, mesti dapat publisiti. Bertambah glamour. Aduhai. Time ni lah, dapat surat cinta bagai dari admirers. Hahaha. Time ni jugaklah tiba - tiba seniors layan baik - baik. Hahahaha. Kelakar. Time nilah I kena bersedia selalu sebab antara maghrib dan Isyak di asrama, kami ada majlis perkongsian Ilmu dan sesi soal jawab. Tiap - tiap malam nama I kena panggil. Kena jawab soalan. Sesi soal jawab ni dibuat oleh pelajar tingkatan 3 dan 5. Sebab kalau kita mengajar orang, kita lebih faham kan. Jadi antara maghrib dan isyak, adalah yang akan buat presentation kat surau dan lepas tu ada sesi soal jawab. I memang dah tak boleh menyorok. Memang kena panggil je. Stress weh,

Okay - okay balik semula ke Pesta Pantun. Peringkat Kebangsaan tahun 1997 dibuat di Terengganu. Sehari sebelum bertolak, tu kami ada tugas penting iaitu menjahit labuci di baju. Sebab baju ni dapat sponsor last minutes. Jadi kami kena jahit sendirilah labuci nak kasi gempak. 

Sekolah I di Kuala Lipis. Jadi nak ke Terengganu, kami ikut Kelantan. First time I pergi aktiviti sekolah jauh - jauh begini. Kami stay Kelantan sehari semalam. Dan kemudian, kami bertolak ke Kuala Terengganu. Sampai - sampai, Kami terus lunch. Masa tu belum jumpa lagi peserta - peserta dari negeri lain. Seingat I, our first match adalah dengan Negeri Sarawak. Budak MRSM something. Lepas tu I tak ingat da. 

Paling digeruni waktu itu adalah pasukan dari Negeri Perak dan pasukan Negeri Kedah
Peserta Negeri Perak dan Negeri Kedah tu bukan sekadar petah dan bijak, dorang lawa. Jalan pon very confident.

Sepanjang berada dalam kem, kami kena pakai proper attires. So pakailah segala baju - baju yang disponsor tu. Macam - macam fesyen you. Hahaha. Kebarung, kebaya, kurung kedah, dan lain - lain lah. 

Dan dijadikan cerita, baju kami SAMA SEBIJIK dengan baju pasukan dari Negeri Kedah
Hahahaha. Macam mana boleh sama dua - dua pasukan pon tak tahu. Tapi kami terus pakai jelah macam biasa. Maksudnya, kami ikut peredaran fesyen la kot masa tu. Sama corak. Cuma kami buat kurung moden, dorang buat kebaya labuh. 

Alhamudulillah kami dapat masuk peringkat Suku Akhir. Malawan tuan rumah, Terengganu. Sengit. Dan disinilah episod cerita 1 JE LAGI TU. Lawan tuan rumah weh. Memang la banyak tekanan. Dewan penuh semua. Ini pula pertandingan kalah mati. Kalau menang, masuk semi - final. Tempat ke empat dah dalam tangan. Tempat keempat tu pun dah dapat hadiah wang tunai yang besar tau. 

Proses pengiraan markah dijalankan dengan tempoh yang lama. Kami dah berdebar - debar waktu tu. Apasal lama sangat. Lepas tu nampak judges macam bertekak bagai. What?

Dan, kami kalah dengan tuan rumah dengan 1 mata. Iya 1 mata sahaja. 1 mata je lagi. 

I nangis. Tak sangka. Dan because of that, keadaan jadi huru hara sekejap. Tak puas hati. Bantahan dibuat. Bukan hanya dari pasukan kami tapi pasukan - pasukan lain. Dan sesi pemarkahan dikira semula. Dan akhirnya kami kena mengalah dengan keputusan. Dengarnya ada percaturan markah untuk melayakkan pasukan tuan rumah untuk menang. Entahlah. Orang memang boleh kata apa sahaja kan? Tapi kita yang laluinya, peritkan?

Kalau menang, kami akan jumpa pasukan Negeri Kedah. Dan pasukan Kedah, peserta dan guru pengiringnya memang duduk dekat dengan guru pengiring kami. Dan guru - guru kami dah janji nak pakai baju sama time separuh akhir nanti. Dan, semasa sebelum pertandingan kami dah di approach oleh beberapa wartawan untuk ditemuramah kerana kami pasukan favorite untuk menang Pesta Pantun kali ini.  

Sedih you. It was my first time involving with this kind of competition and yet we were unlucky because of 1 point. Tapi cikgu - cikgu I kata, bukan rezeki kita. Maybe Allah nak beri rezeki yang lebih baik. So, untuk mengubat hati kami, cikgu - cikgu kami belanja macam - macam. Pergi melancong serata tempat di Terengganu. Sampailah kami balik. 

Siapa Juara Pesta Pantun tahun tu? Rezeki tuan rumah. 

Tapi yang paling win adalah, petikan berita mengenai kami di Pesta Pantun Kebangsaan tu, ada dimasukkan dalam majalah sekolah. Kami kan pasukan favorite. Jadi banyak artikel mengenai kami ditulis. Bertambah glamour you.


Me, 14 years old.

Design baju inilah yang sama dengan team kedah. Sebijik coraknya


with Johore team



us with the Melaka team

Us with the Sarawak team

Guru - guru Pantun kami

Us with the Selangor team

Pahang Delegates

State level

Baju ni yang labucinya jahit sendiri

Wakil dari Selangor

Kami yang giler bergambar

Ni gambar utk majalah sekolah

Thanks again buat semua guru yang banyak beri peluang kepada kami.

Juga jasa - jasa pengawai pendidikan daerah dan pihak JPNP ketika itu.

How I wish I can turned back times. Huhuhu.

May Allah bless

Wednesday, March 8, 2017

Selepas 10 tahun

Assalamualaikum

Semoga sihat - sihat hendaknya.
Alhamdulillah I sihat.
Maaf lama tak memblog.
Alasan biasa: tak de masa. huhuhu.

Sekarang  I tengah invigilate students buat Test 2. Jadi I curi - curi masa sikit menulis.

Okaylah. I nak blogkan pasal ni. Pasal 10 tahun. Apa ye yang dah sepuluh tahun?
I dah bekerja selama 10 tahun di organisasi sekarang. Sekejap je kan dah sepuluh tahun.

Meh I story sikit kisah sepanjang sepuluh tahun ni. Sila membaca ye.
Panjang kisahnya.

A.Dari student menjadi pensyarah.
I pernah menjadi pelajar di kolej I ni. Lepas SPM. Lepas tak dapat masuk IPTA dan lepas dipaksa dek my family masuk kolej ini. Akhirnya I berjaya habiskan pengajian diploma dengan tempoh tiga tahun menjadi pelajar kolej. Alhamdulillah walau asalnya kena paksa dek keluarga, restu dan doa mak abah, I berjaya juga dapat keputusan cemerlang. Grad diploma bulan lima, bulan enam I berjaya sambung degree di UiTM Shah Alam. Dan selepas beberapa bulan grad degree, I diterima masuk semula ke kolej sebagai pensyarah. Syukur.

Perasaan masa tu? Pelbagai! Teruja pun ada. Gementar pon ada. Teruja sebab kembali sebagai pelajar. Boleh jumpa semula pensyarah - pensyarah kita dahulu. Lebih teruja bila pensyarah kita dahulu sekarang membahasakan diri dengan panggilan kakak. Fuh!

Gementar sebab first time nak masuk mengajar. Dan for your info, kelas pertama I adalah untuk subjek Principles of Retailing. Habis dua jam mengajar, tak lama lepas tu I dipanggil dek my superior sebab budak - budak mengadu tak faham. Katanya I guna Bahasa Inggeris tahap tinggi! Fuh!!! tergelak I ingat pasal ni.

B. Dari Kampus TG ke Kampus CT ke Kampus TG semula ke Kampus ATL
Sepanjang 10 tahun I berkhidmat, my office berubah tiga kali. Pada mulanya office I di Kampus Taman Gelora (TG). Setelah dua tahun, kami dipindahkan ke kampus Casa Tanjung (CT). Ketika ini hanya dua department yang dipindahkan. Iaitu department Business SOST dan department Electrical SOST. SOST tu ringkasan untuk sekolah pengajian I sebelum wujudnya sistem Fakulti. Lima tahun kami di Kampus CT, akhirnya kami dipindahkan semula ke main office di Kampus TG. Selepas setahun, Kampus Tanjung Lumpur (ATL) siap dan sekali lagi kami dipindahkan. Kali perpindahan hanya melibatkan Fakulti Pengurusan Perniagaan sahaja. Dan untuk rekod walaupun sudah hampir tiga tahun di kampus ATL, I secara personal dah dipindahlan tiga kali. Dari Level Ground Floor dengan bilik lengkap dengan kemudahan bilik air sendiri kepada pindah ke Level 1 dengan tiada kemudahan bilik air sendiri kepada turun semula ke Ground Floor masuk pejabat dekan. Letih betul kerja - kerja memindah ni kan? Tapi bukan masalah besar pon.

C. Dari Pensyarah Kontrak kepada Pensyarah Tetap kepada Pengarah Program kepada Pensyarah biasa semula.
Zaman I dahulu, masuk kerja dengan kontrak setahun. I disahkan jawatan selepas hampir 9 bulan bekerja. Dari gaji kontrak serendah 1500 kepada sekarang, Alhamdulillah. Selepas 7 tahun berkhidmat, I ditawarkan jawatan Pengarah Program. Pengarah Program ini jika mengikut sistem fakulti seperti sekarang, ia bersamaan lah dengan jawatan Dekan Fakulti. Waktu itu I dipertanggungjawabkan memegang jawatan Pengarah Program untuk Sekolah Pengajian Siswazah dan Antarabangsa. Tapi tak lama kerana program sedia ada sudah masuk fasa phase out. Lebih kurang setahun sahaja. Selepas itu kembali ke fakulti dan menjadi pensyarah seperti biasa sahaja. Syukur. Hahaha.

D. Masuk dengan kelayakan degree dan sekarang sudah ada master. 
Alhamdulillah setelah tiga tahun bekerja I dapat peluang sambung belajar. Syukur Alhamdulillah. I tak dapat pelepasan bekerja pun sebenarnya. Tapi I belajar part time sahaja. Kalau kena kerja on weekends, I akan kerja sahaja. Syukurlah kan. Dipermudah segala.

E. Banyak terlibat dengan aktiviti kolej
Kalau cakap pasal ni, I tak dinafikan, kolej I agak terkenal sebagai the true training center. Memang semua kakitangan dimestikan terlibat dengan pelbagai aktiviti. Antara projek besar yang I pernah terlibat:

Program Puncak Jaya
Bermula tahun 2007 sehinggalah ke tahun 2014. I terlibat dari sesi perbincangan awal sekitar penghujung tahun 2007 sehinggalah menjadi perunding dan fasilitator untuk tahun - tahun selepasnya. Ini adalah sejenis research program antara 3 penjuru iaitu Yayasan Pahang - UiTM - my college. Sejumlah pelajar Tingkatan 5 kategori sederhana dan lemah pencapaian berdasarkan peperiksaan hujung tahun Tingkatan 4 dipiih untuk menyertai program selama tiga fasa sepanjang tahun. Dan kejayaan program akan dinilai melalui peratusan pelajar yang berjaya melayakkan diri ke IPTA/ IPTS setelah keputusan SPM diumumkan. Ia berbentuk motivasi dengan Fasa 1 fasa pemecahan, Fasa 2 fasa pengukuhan dan fasa 3 fasa kelayakan. Tiga fasa dengan budget melebihi RM 1 juta setahun, tentulah bukan calang - calang program.

Pada mulanya pada tahun 2008, kami handle 150 pelajar sahaja dari daerah Kuantan dan Pekan. kemudian tahun 2009 jumlah pelajar terlibat naik ke 400 pelajar, dan seingat I tahun 2013 paling ramai. Kami handle lebih 500 pelajar.

Programnya untuk Fasa 1 dan 2 adalah tiga hari dua malam. Fasa 1 biasanya di lokasi daerah yang dipilih. Fasa 2 pula kami bawa pelajar - pelajar ini merasa kehidupan di Universiti. Untuk rekod, pelajar puncak jaya adalah penghuni terawal menduduki UiTM Puncak Alam pada tahun 2009. Waktu itu, kampus Puncak Alam belum ada pelajar lagi. Selain itu kami juga yang merasmikan blok pengajian dan asrama Politeknik Muadzam Shah dan ADTEC, Jerantut. Fasa 1 dan 2 sangat padat aktivitinya bermula jam 5.00 pagi sehingga 11 malam. Pernah bergilir makan, bergilir tidur. Amanah menjaga ratusan pelajar dan amanah memastikan mereka boleh berusaha gigih mengubah prestasi, bukanlah mudah. Tugas besar. Amanah besar.

Kenapa I ceritakan ttg porgram ini terlebih dahulu ye? Sebab I rasa bertuah terlibat dan I rasa bangga dapat menyumbang kepada anak - anak bangsa. I rasa syujur sangat bila fasa 3, adik - adik didikan program beritahu kejayaan mereka. Bayangkan ada yang hanya dahulunya mendapat 3C sahaja tetapi kerana usaha mereka terkesan dari program, boleh mendapat keputusan SPM 5/6 A. Allah, syukur.

 
Program Peruncit Muda
Bermula dengan hanya satu seminar mengenai aktviti peruncitan, kemudian sesi pengkuhan, kemudian sesi bimbingan, dan akhirnya berjaya menghasikan usahawan. Peserta terpilih diberikan dana untuk memulakan perniagaan dengan kawal selia mentor dan hasilnya Alhamdulillah sangat memberansangkan.


Kumpulan Inovasi dan Kreatif
Asalnya dipaksa masuk. Kemudian, matlamat kami mahu sekadar siap, akhhirnya dipilih jadi juara peringkat kolej. Apakah? Hahaha

Terlibat dengan KIK membuatkan kita nampak sisi kajian dari aspek berbeza, Juga dalam menghasilkan inovasi itu bukan beerti perlu hasilkan tangible products sahaja. Inovasi boleh terhasil melalui proses mahupun kaedah pembelajaran.

Dan apabila dipilih sebagai pemenang, diminta pula masuk pertandingan peringkat lebih tinggi. Tapi kami pilih mahu sertai Seminar dianjurkan oleh UTM dan UTHM. Alhamdulillah our paper dapat Anugerah Gangsa. Syukurlah.

Itulah, walaupun terpaksa, cuba juga buat yang terbaik walaupun kononnya sekadar buat untuk siap dan aimed utk nombor kedua dari bawah sahaja. Kelakar, ingat proses - proses menyiapkan projek KIK ni. Dalam nak sekadar siap, siap keluar 3 hypotheses bagai. Allah.


Transformation Plan
Dalam tempoh 10 tahun ini I terlibat juga untuk merangka halatuju bahagian akademik. Antaranya College Business Plan, menggubal Etika Kerja Warga Kolej, membangunkan program - program pengajian baru, College 3 - Year Transformation Plan, Penyelaras akademik untuk Integrasi SKM - Akademik, Academic Development Team, English Development Team, English Medium Institution Transformation Team, Short Courses Development Team and so on. Syukur diberi peluang dan dipermudahkan urusan.


Menganjurkan seminar/ konvensyen/ aktiviti
Alhamdulillah I dapat belajar banyak mengenai event management. Pelbagai program I pernah terlibat. Antaranya Mampan Convention, ICON 2015, ICE 2013, Puncak Jaya, Peruncit Muda, Usahawan Muda, Motivational talks to various participants, majlis convocation and so on.Syukur Alhamdulillah.


Mempengerusikan majlis
Bermula dengan I dilantik menjadi Presiden Kelab Pensyarah pada tahun 2007, tugas mengendalikan majlis memang selalu I terlibat. Mulanya sekadar bidan terjun sahaja mengendaikan/ emceeing programs, lama - lama menjadi tugas penting. Hahaha. Terasa poyo pula menulis ini. pernah menjadi emcee untuk majlis konvokesyen kolej, majlis perjumpaan kakitangan kolej, majlis perasmian aktiviti kolej, IPT Fest, International  Conference (2015). Seminar on High Performance Culture, Innovative Pahang (program kerajaan negeri), dll. Pernah juga dihantar untuk training berkenaan emceeing styles, protocol oleh pihak kolej dan merasa kerdil dengan pengalaman yang seciput. Orang lain, macam - macam majlis dah buat. After all, Syukur alhamdulillah. Tapi sekarang dah kurang. Kasi can newbies pula.


Kalau nak tulis satu - satu sini, I rasa tak terlarat. True enough. Memang banyak aktiviti yang I terlibat. 10 tahun kan?


Tapi above all, I think activities with students were the best. Yang ni I dah banyak share dalam blog ni. Alhamdulillah dah banyak batches of students yang kita produce. Syukur alhamdulillah. Kita, sebagai cikgu hanyalah penunjuk jalan. Yang berjalan, yang melaluinya tetap pelajar itu sendiri. Apa jua, melihat mereka membesar dan matang, itu sudah cukup membahagiakan. Alhamdulillah.

Akhirnya,

SEMOGA I DIBERI KEKUATAN MENJALANKAN AMANAH INI DENGAN BAIK.
MAY ALLAH BLESS

Jumpa lagi.
Assalamualaikum.