Tuesday, April 25, 2017

Acik Laura Little Updates

Assalamualaikum deary.
Apa khabar?

Acik Laura alhamdulillah sihat seadanya.

Kebizian? Memang busy tapi kita enjoy sahajalah kan?

So apa updates Acik Laura kali ni?

1. Tak Jadi Pergi PBAKL

Memang hari tu dapat memo pasal kena kerja pada Hari Sabtu 29 April nanti. 29 April tulah tarikh rombongan Bang Ngah Lias dan Acik Laura nak ke PBAKL sebenarnya. Bang Ngah Lias tu abang acik ye. Memang setiap tahun kami pergi PBAKL sama - sama.

Dan baru - baru ni dapat Whatsapp dari bos yang mana kerja pada 29 April tu ditangguhkan. Jadi mulanya hati banyak suka lah sebab bolehlah ke PBAKL sebagaimana dirancang. Tapi perancangan Allah lebih baik. So this year, hanya keluarga Bang Ngah Lias sahaja yang akan pergi PBAKL. Tapi! Acik Laura dah sediakan list dan duit untuk Bang Ngah Lias dapatkan buku - buku yang Acik Laura perlukan. Hopefully dipermudahkan semua dan semua buku yang dihajati akan dimiliki.


2. EMIT Assignments

Okay ni kisahnya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi. Hahahaha. Ini adalah satu program aka international certificate. Penyertaannya secara voluntarily. So sebab ianya menarik, jadi acik laura and the gang pon sign in la. Sekali, hambik kau, berlambak kena buat, Ada 8 module. Setiap satu module ada 18 bahagian dan 4 Assignments secara keseluruhan. Online based. Tapinya wifi office tak boleh guna sebab video tak leh loading. Jadinya, selalulah stress. Total tasks ada 144. Tapi acik laura baru siap 52/144. Pengsan. Awarding body adalah Cambridge. Fuh, letih you all. And it is an English Certificate. Pengsan sebab setiap satu tugasan tu siap ada soalan - soalan tentang grammar.

Itulah due date yang ditetapkan pihak pengurusan adalah end of this month. Tapi agak mustahil juga tu. Tapi, Acik Laura akan cuba sedaya upaya! Hehehe.

Doakan ye.

3. Short semester
Okay, sekarang juga Acik Laura terlibat dengan Short Semester untuk budak Ladang. 6 jam seminggu. Fuh, first time mengajar budak ladang you all! Sungguh mencabar. Tapi acik laura maintain cool aja.

4. okay itu ajalah buat masa sekarang. Kalau nak lebih update, log in to Instagram search lauraazura. okay? kat situ lebih meriah sikit.


Jumpa lagi.
Semoga Allah merahmati kita semua.

4 comments:

  1. Fuh... betul-betul busy cik Laura ni.. hehehe kalau dah nama bekerja kan, memang kena pandai bahagi masa.. kalau tak memang stress dibuatnya... huhuhuh apa pun moga segala urusan dipermudahkan Allah... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Kalau tidak disebabkan EMIT Cambridge English tu, xde la busy sgt. Mengadap itu sahaja sepanjang minggu ni. Allah. Rasa nak muntah da. Tq kakak utk doa

      Delete
  2. all the best zura!! u can do it caiyok2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu kakak. Tq bagi semangat. Ni zura br je berhenti pukul 2.20 pg. itupun masih berbaki 6 lg assignments. Siang esok n lusa zura ke skudai pula. Jdnya, isnin lah baru ku sambung semula. Isnin jugak, dh kena mula buat soalan exam. Pengsan lagi. Hahahaha

      Delete