Monday, May 15, 2017

Spiritual Retreat

Assalamualaikum

Apa khabar semuanya?

Acik Laura Alhamdulillah sihat.
Ada sikit - sikit je pening. Tak cukup rest agaknya.

Okaylah hari ini Acik nak share pengalaman sikit. Baru - baru ni Acik terpilih menyertai satu Spiritual retreat. Programnya 3 hari 2 malam. Bertempat di Yayasan Al- Jenderami.

Well, masa mula - mula dengar nama Yayasan Al- Jenderami tu Acik macam blur sikit. Info yang ada tak banyak mana. Google juga dalam internet. Berdebar jadinya bila ada beberapa rakan pengurusan kata, Ianya sekolah pondok. Allahuakhbar, acik sebenarnya masih tak sedia. Tapi gagahkan juga hati. Pasang niat baik - baik. Nak belajar benda baik kan?

So pergilah kami dari Yayasan Pahang ke Yayasan Al-Jenderami naik bas. Okay Yayasan Al Jenderami ni letaknya di Jenderam Hilir Selangor. Dalam area Dengkil/ Sepang. Disini, bukanlah hanya sekolah pondok. Ia adalah sebuah perkampungan Islam sebenarnya.

Kawasannya lawa sangat. Kompleks lengkap tersusun. Nanti Acik Laura affix gambar.

Okay, berbalik pada pengalaman 3 hari 2 malam ni, acik ringkaskan ikut point2 dibawah.

Kawasannya luas
Kami dimaklumkan kawasan perkampungan Yayasan Al Jenderami ni seluas 30 ekar. Siap ada fasa - fasanya lagi. Kawasan lengkap dengan fasiliti lengkap. Ada kawasan perumahan, masjid, dataran, blok pengurusan, blok pendidikan, ada blok kedai, ada hotel, ada telaga air ada dewan. Lengkap semuanya. Dan, ianya tersusun. SubhanAllah. Dan amat bersih. Memang terasa seperi kita bukan duduk di Malaysia. Seperti di tanah arab dengan pokok - pokok kurma dan tin memenuhi ruang yang ada.

Kehidupan yang mendamaikan
Semua penduduk menjalankan khidmat. Maksudnya sama - sama membantu. Tidak pernah berkira dalam menjalankan tugas, Tidak mengira pangkat. COO merekalah yang susun meja, jadi pengerusi majlis, mengangkat dulang dan lain - lain. Begitu juga dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah nya. Begitulah juga dengan Tuan Gurunya. Allah. Tiada kasta. Sama - sama berkhidmat. Yang dewasa dan yang remaja mahupun yang kecil sama - sama membantu. Bekerja di situ tanpa gaji.
Korang mampu?


Pengisian
Okay ni part paling penting. Acik bahagikan kepada dua bahagian.

Tahlil Fida' Subro
Kami sampai petang khamis itu, ada majlis Tahlil Fida' Subro. Okay kita biasa dengar tentang tahlil
kan? Tapi ini berbeza, Ketika diberitahu kami akan ikut program Tahlil Fida sebanyak 420 ribu kali, acik terkejut juga. Allah, ratus ribu. Yes, acik mengaku, Acik tak tahu pasal ini. Acik mengaku acik kurang belajar dan ambil tahu tentang agama.

Jadi, apanya tahlil Fida Subro ini?
Ia adalah sedekah kita untuk orang - orang yang telah meninggal dunia. Konsepnya mudah. Kita bantu orang, In shaa Allah, Allah akan bantu kita. Mengikut para ulama' besar ini amalan penting. Bacaan kalimah 'Lailahailallah' sebanyak 70 ribu kali dipercayai dapat melindungi arwah daripada api neraka. Allah. 

Jadi hari tu ada 6 arwah yang kami sedekahkan tahlil Fida'. Itu yang kena membaca sebanyak 420 ribu kali. Buat secara berjemaah, lebih mudah. Lebih ramai jemaah, lebih banyak bacaan dapat dibuat, Jadi dari petang hinggalah ke malam, bacaan dibuat.

Malam itu juga selepas tamat bacaan, Tuan Guru memberi sedikit nasihat. Katanya ini amalan besar para ulama' besar. Amalan yang besar ganjarannya. Seeloknya buatlah tahlil ini untuk diri sendiri dahulu. Jika tidak mampu buat dengan banyak, mulakan dengan bacaan 100 sehari dahulu. Ikut kemampuan katanya. Tak semestinya perlu selesaikan 70 ribu kali sehari. Jika buat 100 sehari sahaja, kurang dua tahun sudah selesai. Jika buat 1000 sehari, 70 hari sudah selesai. Dan kemudian, kita sedekahkan pula buat arwah - arwah yang tersayang seperti keluarga kita ataupun sahabat - sahabat kita. 

Kata Tuan Guru, jika ayah kita meninggal, harta pusaa diberi kepada kita, kita senang lenang tapi apa amalan kita untuk mereka pula? Apa yang kita beri kepada mereka sebagai ganjaran? Tersentap kejap acik bila soalan ni ditanya. 

Inilah tahlil Fida Subro. Jika tahlil Fida Kubro pula adalah bacaan surah Al - Ikhlas 100 ribu kali. Jadi selama ini kita asyik doa sahaja untuk arwah ayah/ keluarga. Mengapa tidak doa itu disekalikan dengan amalan besar begini?


Sambutan mengenang Saidatina Khodijah.
Alhamdulillah, kami dapat ikuti satu sambutan besar. Saidatina Khodijah, isteri Rasullullah wafat pada 11 Ramadhan. Tetapi majlis dibuat sekali dengan sambutan Nisfu Syaa'ban. Ni Acik Laura mengaku, acik laura tak pernah terlibat dengan sambutan mengenang Saidatina Khodijah. Biasa kita sambut Maulidur rasul sahaja kan? 

Sebelah pagi, majlis dimulai dengan bacaan qasidah oleh anak - anak Sekolah Kecemerlangan Tuah. Sekolah di bawah Yayasan Al - Jenderami. Kanak - kanak seawal usia enam tahun mengalunkan Qasidah, kita yang dewasa ini patut malu besar kan? Kemudian, ada persembahan pentomin tentang jasa Saidatina Khodijah. Ada satu pentominnya yang buat Acik tersentuh. Kisah dimana Saidatina menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah sampaikan diberitahu kepada Rasullullah SAW, jika sudah tiada apa lagi, ambillah tulang - tulangnya untuk diinfakkan. Allah... Kita? Sanggup?

Sebelah petang dan malam aktiviti bersambung dengan ceramah dan pembacaan sirah. Banyak sangat pengajaran yang boleh kita ambil.


Jadi, Acik rasa, kita perlu pergi tempat - tempat begini. Sucikan niat kita. Perbetulkan niat kita. Perbetulkan diri kita. 

Walau atas dasar apa sekalipun pihak pengurusan hantar kami kesini, acik rasa sungguh bertuah. Ni acik selit beberapa gambar.

Untuk maklumat lanjut boleh klik sini untuk view aktiviti - aktiviti yang dijalankan di Yayasan Al- Jenderami ni. 









telaga baru siap. Air mineral semulajadi. Airnya disalur ke sebuah kolah dan dipasang penapis.




dalam galeri. 




Kasi Can lah




kemain - kemain

pokok kurma




Okaylah, till we meet again.

p/s: thanks kawan - kawan kasi sponsor gambar.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. eh.. semalam rasa dah komen.. tak publish rupanya haha

    ok ni komen semalam..

    sungguh akak rasa terkesima baca entry zura kali ni.. ceteknya ilmu akak.. sungguh banyakknya yang akak tak tau..
    mashaAllah.. seronoknya dapat merasa persekitaran atau perkampungan islam camni kan..

    moga ada peluang dan rezki untuk akak ke sini juga nanti.. moga dipermudahkan dan diberi kesempatan untuk kawan-kawan lain juga nanti

    nice sharing.. thanks zura!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak...
      Indeed byk yg kita x tahu.
      Ada 1 tu lupa nak tulis psl pembelajaran Akidah. Masa ceramah ada diberitahu, ajar anak2 ttg akidah dahulu sblm ajar al-quran. Cthnya ajar dahulu ttg sifat 20. Tanamkan akidah dulu pada anak2 diusia kecil then baru ajar yg lain. Itu asas katanya. N me, sifat dua puluh tu pon dah lama tinggal. Mmg kena belajat balik. Hafal sebab ada lagu. Allahuakbar

      Delete