Monday, May 22, 2017

Book Review: Teknologi Kesultanan Melaka

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Semoga masing - masing dalam limpah hidayah Allah semuanya.

Hari ini Acik Laura nak review satu buku. Tajuknya 'Teknologi Kesultanan Melaka: Membongkar Keagungannya Berdasarkan Catatan Portugis' oleh Encik Hasanuddin Yusof.

Acik Laura beli buku ini dengar harga RM 49 ketika menghadiri Spiritual Retreat di Yayasan Al - Jenderami baru - baru ini. Buku ini tebalnya 324 halaman dan bewarna dari awal hingga akhir dengan penggunaaan glossy paper yang sederhana tebal. Dengan harganya RM 49 ini, acik Laura bolehlah katakan ia satu pembelian yang amat berbaloi. Ini kita berbicara tentang kulitnya secara material sahaja. Bia dibelek dan dibaca isi kandungannya, bolehlah acik Laura katakan ia adalah sebuah buku yang amat bernilai. Ini buku yang acik Laura rasakan semua anak melayu mesti memilikinya dan mesti membacanya. 

Review ini kita mulakan dengan penulisnya dahulu. Encik Hasanuddin Yusof adalah berkelulusan dalam bidang undang - undang. Beliau adalah pengamal undang - undang dan jawatan terakhirnya dalam sektor awam adalah Pengawai Penyelidik Bagi Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. Beliau kini mengasaskan Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara dan sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

Buku ini dibahagikan kepada 19 bahagian iaitu:

1. Teknologi Alam Melayu Sebelum Melaka
2. Keagungan Kesultanan Melaka
3. Melaka: Masyarakat yang Intelek
4. Teknologi Binaan
5. Infrastruktur Kota Melaka
6. Teknologi Pertanian dan Pengairan
7. Teknologi Senjata Api
8. Teknologi Pelayaran
9. Peta Dunia dari Melaka
10. Teknologi Pengangkutan Darat
11. Teknologi Perubatan dan Bahan Kimia
12. Teknologi Perlombingan dan Galian
13. Teknologi Tempaan Logam
14. Teknologi Ketenteraan
15. Kekuatan Angkatan Tentera Melaka
16. Ulama Penggerak Utama Jihad di Melaka
17.Tentera Portugis Hampir Tewas
18. Punca Kekalahan Tentera Melaka
19. Penghapusan Islam di Melaka

Kesemua bahagian ini diekstrak melalui catatan sejarawan portugis melalui karya - karya mereka.
Antaranya sejarawannya adalah:

1. Tome Pires dengan bukunya bertajuk Suma Oriental. Ini adalah buku terawal oleh seorang portugis mengenai dunia timur.

2. Duerte Barbosa dengan bukunya Book of Duerte Barbosa. Beliau adalah adik ipar kepada Ferdinand Magellan dan mengikuti perlayaran mengeliling dunia bersama Panglima Awang Hitam.

3. Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India. bukunya terdapat banyak maklumat mengenai Kesultanan Melaka.

4. Joao De Barros dengan buku On The Deeds & Discoveries & Conquests Made By Portuguese In the Seas and Eastern Lands

5. Fernao Lopes De Castanheda melalui History of The Exploration & Conquest of the Indies By the Portuguese

6. Damiao De Goes melalui The Chronocle of The Most Happy King Dom Manuel of Glorious Memory

7. Godinho de Eredia melalui Description of Malacca
8. Ada juga sumber daripada Alfonso de Albuquerque dan anak - anaknya.


Okay, apa perasaannya membaca sebuah kisah sejarah begini?

Jujurnya terbit satu perasaan marah. Ia MARAH. Marah yang pelbagai.

1. Marah dengan Portugis. Datang menghulur salam persahabatan dan kemudiannya memusnahkan. Mereka memusnahkan harta benda. Melenyapkan bahan sejarah. Marah kerana mereka memusnahkan masjid raya lalu bongkah batu dari runtuhan masjid itu didirikan pula Gereja yang sekarang ini masih boleh dilihat di Bandaraya Melaka itu. Dan kita, yang tak tahu sejarah, seronok bukan main ambil gambar di segenap itu. Bukan iu sahaja, Batu - batu nisan dicabut lalu dibuat dinding kota mereka yang kita gelar Kota A - Famosa sekarang. Dan kita suka - suka gembira dengan tinggalan sejarah dari penjajah portugis ini dan kita agung - agungkan sangat. AllahuAkhbar.

2. Marah dengan bangsa sendiri yang menjadi pengkhianat pada masa itu.

3, Marah dengan bangsa sendiri sekarang yang semakin hanyut. Kita lebih suka mengagungkan bangsa penjajah walaupun kita adalah bangsa terbaik. 

Ini pendapat acik sahaja. Nanti cubalah baca dan beri komen ye.

Selain itu, banyak info dinyatakan dengan jelas. Ini acik petik beberapa perkara:

"Sultan dan penduduk asal beragama Islam. Terdapat istana - istana yang indah. Orang - orang Melayu berkulit gelap. Bahasa mereka menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan berpenampila rapi. Mereka sangat menyukai muzik dan lelaki dan wanita hidup dalam keadaan gembira" - Catatan Damiam De Goes.

"Orang - orang Melayu ini berpegang kepada Al - Quran daripada ajaran Muhammad dengan begitu taat sekali. Mereka mempunyai masjid - masjid mereka, orang - orang yang  mati dikuburkan dan anak - anak adalah pewaris mereka. Mereka tinggal di rumah besar di luar kota yang terdapat banyak kebun, taman - taman dan tangki - tangki air di mana mereka menjalani kehidupan yang menyenangkan. Mereka mempunyai rumah yang berasingan untuk perniagaan. Mereka mempunyai ramai hamba. Mereka lemah - lembut dan bersopan santun, menyintai muzik dan dikurniakan sifat mencintai" - Catatan Duerte Barbosa.

"Orang di Semenanjung Tanah Melayu adalah golongan pertama menanam padi di muka bumi ini iaitu 9000 tahun sebelum masihi" - pendapat Stehen Oppenheimer dalam bukunya Eden in The East.


Okay. Ni acik letakkan beberapa gambar di buku ini untuk tatapan semua.
















Kita semua harus belajar dari sejarah.
Mari kita perbaiki diri.
Bukankah kita dari bangsa terbaik?

Okaylah. Acik berhenti dulu.
Semoga bermanfaat.


6 comments:

  1. akak memang tak suka sejarah ni.. hehehe.. zaman sekolah memang selalu tak study sangat buku sejarah ni..

    tapi sejak zura review sikit aritu pasal buku ni.. wahhh macam menarik betul dan memang sepatutnya kena baca dan kena ambil tau kisah sejarah kesultanan melaka ni..

    baca review ni pun lagi buatkan akak rasa macam... wahhhh memang patut kena baca kali ..
    ianya bukan pasal buku sejarah yang perlu baca dan hafal tarikh-tarikh penting dan kisah penting supaya lulus cemerlang exam
    tapi ianya pasal asal usul dan kehebatan negara malaya dan bagaimana penjajah memanipulasi minda dan menjajah negara kita

    so... akak que ke berapa zura? hihi...can i?

    ReplyDelete
    Replies
    1. True enough kakak. Membaca sejarah/ mengenali sejarah utk belajar agar dapat baiki diri. hehehe. x mau dh amik exam umur - umur gini, hehehe.

      Buku tu sekarang pada Kak Farah. Lepas Kak Farah, Kak Ada nak pinjam. So turn akak lepas Kak Ada la kan? Sabar ye.

      Delete
  2. book review menarik, teringin nak berjumpa penulisnya, sanggup meletakkan jawatan penting dalam kerajaan kerana cintakan ilmu dan tamaddun, sewajarnya penulis ini mendapat tempat dalam hierarki penceramah bertopik melayu berbanding politikus berteriak hak melayu namun ekornya berjurai hampas.

    Berapa maharnya tuan punya blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Saya bersetuju juga dengan pendapat tuan tentang isu penceramah ini. Apa bila membacanya saya rasa kagum dengan penulis. Hendak mendapatkan sejarah bukanlah mudah menyebabkan terasa juga hendak mengunjungi Maktab Penyelidikan Islam Nusantara yang diasaskan oleh beliau.

      Maharnya ye? Apakah boleh 10 ribu serba satu? Maaf, bergurau sahaja.

      Delete