Sunday, August 9, 2020

Korang terkenal di sekolah?

Assalamualaikum. 

Apa khabar? Tadi lihat gambar ini di kongsi oleh kawan. Terus terkenang zaman sekolah. 

Di sekolah rendah, I'm not sure famous atau tidak. Lama sangat dah. Mungkin juga. Duduk di kelas pertama. Sering juga merebut tempat kedua, ketiga dan ke empat dalam kelas. Hahaha. Mengapa tidak tempat pertama? Sebab tempat itu tak pernah terlepas kepada sesiapa. Kekal menjadi milik tuannya dari darjah satu hingga enam. Namun tempat kedua hingga empat sering bertukar - tukar gerangannya.

Sekolah menengah. I akui I famous. Baru masuk sekolah hari pertama, sudah di cari - cari oleh para guru. Ini kerana I adik kepada insan paling famous di sekolah satu ketika dahulu. Siapa lagi jika bukan abang I yang terkenal serba serbinya itu. Dialah yang baik budi pekertinya. Dialah yang sering bantu para guru. Dia lah baik dari segi akademiknya. Jadi sejak hari pertama I masuk sekolah, sudah dicari - cari untuk lihat, adakah I ini seperti sang abang. Hehehe. Oh Ya, sorry. Ini memang post memerah santan. Harap maklom. 

Bila I masuk bilik guru, adalah yang memanggil. Bertanya akan si abang. Bertanya bagaimana pembelajaran I. Dan ada juga guru yang kenalkan I pada guru yang lain bahawa I lah sang adik kepada student kesayangan mereka itu. 

Di dalam kelas, I tahu walau sekadar ingin mengusik, I sering diberi tugasan yang sedikit mencabar seperti diberi soalan yang sukar untuk diselesaikan di papan hitam kerana I adik kepada sang abang. Kata mereka, soalan begini jika diberi kepada abang I, sekejap sahaja siapnya. I tahu para guru sekadar mengusik. Dan I bertindak sebaiknya. Jika I boleh menjawab soalan itu walaupun susah, I jawab. Jika tidak, I akan beritahu I tidak pandai. Mohon cikgu ajarkan. 

Jujur, ada masanya I stress kerana menjadi adik kepada student kesayangan semua orang. I rasa diri dibandingkan. Ye memang, abang I tu baik segala segi. I pula sang adik bongsu. Selalu dimanja. Mana mungkin cepat beradaptasi? 

Namun alhamdulillah, walau tidak sehebat sang abang, I cuba juga memperbaiki prestasi akademik. Setiap tahun, I Happy dapat hadiah kecemerlangan akademik. 

Naik tingkatan 2, I rasa I berjaya wujudkan populariti sendiri. Hahaha. Tetapi masih ada bayangan populariti abang I tu. I ingat lagi, PRS baru diwujudkan di sekolah. I dipanggil dengan beberapa rakan. Kami di lantik menjadi penggerak Utama PRS. Jawatan kami kekal hingga ke tingkatan 5. Ketika itu I masih dengar sang guru berkata, abang you mesti bangga. 

Kemudian, I berjaya sertai pasukan pantun sekolah. Mulanya I tidak berminat untuk sertai apa - apa pertandingan kerana I rasa sedikit jemu dibayangi sosok abang I yang aktif berpersatuan dan masuk segala macam pertandingan itu. Rimas disebut - sebut sang adik mesti ikut Jejak sang abang dan sang kakak. 

Ada seorang rakan sekelas, menyedari I seorang PRS. Maka hubungan I rapat dengan kaunselor sekolah. Diajaknya I menemankan dia pergi audition pantun yang dikelola kaunselor. Dan I rakan yang baik. Pergilah kami berdua ke bilik kaunselor di waktu rehat. Sampai - sampai, Cikgu kaunselor minta I ikut audition juga. Terpinga I sekejap. Diajarnya dek sang cikgu membaca pantun. Diajarnya juga sang cikgu mengarang pantun. Dan akhirnya yang terpilih masuk pasukan pantun adalah I bukan sang rakan tadi. Allahu. 

Terus famous. Semua senior tercari - cari siapa I hingga boleh masuk pasukan pantun? Di surau, nama I sering disebut - sebut dan sering diajukan soalan oleh senior - senior. Dulu antara maghrib dan isyak ada sesi pembentangan dibuat oleh kelas peperiksaan iaitu tingkatan 3 dan 5. Jadi nama I sering disebut lalu di tanyakan soalan - soalan. Alhamdulillah juga kerana itulah membuatkan I boleh recap pembelajaran yang tertinggal kerana sibuk berlatih pantun. 

Pasukan pantun sekolah kami, menang pertandingan peringkat zon, daerah dan negeri. Jadi kami mewakili Negeri Pahang ke peringkat kebangsaan tahun itu. Siapa sangka kan? I tak nafikan I banyak tertinggal kelas kerana berlatih dan ikut pertandingan tetapi jika I ada masa, I fokus sungguh - sungguh belajar. Tak kira dimana. I kira, I mahu letakkan diri I baik dari segi akademik dan bagus juga dalam pantun. Jika dengan masuk pantun boleh bawa I ke peringkat kebangsaan, akademik I juga mesti boleh bawa I naik stage ketika penyampaian hadiah di sekolah nanti. 

Jadi populariti tu berterusan. I enjoyed being famous at school. Hahaha. Indeed. Tetapi kadang kala ada gerunnya juga. Ada satu peristiwa. Di Tingkatan dua juga, I ada boyfriend. Kami selalu berbalas surat. Dan entah bagaimana dalam satu spot check di Asrama, surat I padanya dirampas. Waktu itu I dipanggil dek guru kaunselor yang juga penasihat pasukan pantun. Kena soal siasat. Lalu I mengaku sahaja tetapi, I jadi tak berani nak masuk bilik guru. Malu. Mujurlah, pasukan pantun menyerlah. Sibuk berlatih buat orang lupa perihal surat cinta itu. Alhamdulillah juga prestasi akademik I tidak jatuh kerana punya boyfriend itu. 

Naik Tingkatan 3, I ada geng. Siapa mencari hal, geng I akan back up. Pernah sekali ada senior kacau I sebab I buat hal dengan adik angkatnya sedar - sedar kes selesai sebab geng lelaki I dah face to face dengan senior itu. Haha. Dah jadi gangster sekolah pulak ye. 

Naik Tingkatan empat, macam - macam jawatan I pegang. Ada yang dilantik ada juga yang dicari. Aduhai. Mulanya I mahu tukar sekolah. Tetapi ada beberapa guru menasihatkan untuk kekal. Dan ada juga yang berikan I jawatan kerana mahu I tidak pindah sekolah. Bila I buat keputusan kekal, segala jawatan yang diberi I buat sehabis baik. Bila I pegang jawatan besar begitu, I rasa semua orang kenal I terutamanya di Asrama. 

Lagi 1 yang I rasa buat I famous dahulu, adalah bila tiba minggu bahasa Inggeris. Perhimpunan perlu dibuat dalam bahasa Inggeris. Sejak tingkatan 4 hingga tingkatan 5, tiada lain. I di pilih jadi emcee. Alhamdulillah, disinilah I belajar kuatkan keyakinan I bercakap dalam bahasa Inggeris dan disinilah I memulakan kerjaya menjadi emcee. 

Bila I dilantik jadi penolong kapten aspuri pada tingkatan 4 dan kemudiannya jadi kapten aspuri pada tingkatan 5, I tahu pengaruhnya besar. Tetapi masih ada juga kedengaran kata kata begini. 

'Dulu sang abang. Kemudian sang kakak Dan sekarang sang adik jadi Kapten.' 

Tetapi I tidak lagi tersinggung waktu itu. Alhamdulillah kami adik beradik berjaya membuatkan keluarga dan para guru bangga. 

Setiap tahun, bila tiba perjumpaan dengan Ibu bapa, I paling risau kalau - kalau guru I berkata I lain macam nakalnya. Tidak sama seperti abang dan kakak. Ye I gerun sebenarnya kerana parents I jenis tak percaya I. Maklumlah anak bongsu, manjanya berlebihkan? Dan syukur kisah surat cinta I tidak dikhabarkan kepada parents. My parents strict dengan I dahulu. 

Setiap tahun bila nama I diulang untuk naik pentas banyak kali ketika hari penyampaian hadiah, I rasa inilah yang I boleh beri kepada parents. Naik untuk kedudukan dalam kelas. Biasanya dapat nombor satu atau dua. Kemudian naik pula untuk hadiah subjek terbaik. Biasanya untuk matematik, Sains dan sejarah. Dan di Asrama, biasanya I bolot hadiah untuk semua subjek kecuali bahasa Inggeris dan geografi. Dua subjek ini ada top studentnya dan geografi bukanlah subjek kesukaan I. 

Biarlah orang nak kata apa, I memang popular di sekolah dahulu. 

Di Kolej dan Universiti, I kira I tidaklah famous mana. Mungkin hanya kerana prestasi akademik sahaja. Sejak masuk Kolej, I kurang masuk pertandingan. Kurang ikut aktiviti. Kalau pun ada, atas dasar dilantik atau di paksa. Sungguhpun begitu, I pernah juga jadi pengerusi kelab, pernah juga jadi ahli majlis pewakilan pelajar. Cuma keterujaan menjadi popular itu tidak sama berbanding hal di sekolah. I selalu risaukan prestasi akademik I sahaja. Apatah tidak, dek kerana prestasi abang dan kakak yang sungguh menyerlah, I juga telah ditetapkan target cgpa yang tinggi oleh keluarga I. Maka, tidaklah boleh bermain - main di Kolej mahupun di Universiti dahulu. 

Itulah kisahnya. 

Bila rakan I tadi tag nama I di Facebook, I jadi teringat semua peristiwa ini. Kawan I tag tadi, katanya I sangat famous di sekolah dulu. 

Aduhai... 

Rindu zaman sekolah kan? 


No comments:

Post a Comment