Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Moga bertabah wahai sahabat. Memetik dari status fbnya:
Kehilangan 4 orang tersayang dalam tempoh 1 tahun 4 bulan 6 hari adalah dugaan terbesar Allah berikan pada aku.
Moga bertabah!!!. Buat sahabat saya yakni jiran saya, bertabahlah. Buat Haza yang lebih mesra digelar nine, buat abangnya Anuar dan Nizam (Si kembar yang sebaya dengan saya), buat seluruh keluarganya (Keluarga Arwah Pokde dan arwah Mokde). Bertabahlah.
1 tahun 4 bulan 6 hari - waktu singkat kembalinya saudara - saudara kalian ke rahmatullah. Bermula dengan arwah Kak Ta, Arwah Long Azhar, Arwah Kak Teh dan kemarin (30 Julai) Arwah Gale.
Rumah kami memang bersebelahan. Saya pernah cerita dahulu tentang keluarga Arwah Pokde dan Arwah Mokde yang menjaga kami (saya dan kakak) bila masa emak dan Arwah abah bekerja. Saya memang rapat dengan Nine, Anuar dan Nizam. Anuar dan Nizam (si kembar tak seiras) adalah classmate saya dari darjah 1 hingga darjah enam. Kawan buat kerja sekolah. Walaupun, kami bersekolah menengah ditempat berlainan, bila masa waktu cuti sekolah, kami tetap belajar bersama. Nine, dua tahun muda dari kami. Tetapi sebab dia perempuan, jadi, dia lebih rapat dengan saya.
Arwah kak teh baru sahaja meninggal baru-baru ini (16 June). Dan kemarin arwah Gale pula. Gale (disebut ga - le (seperti leceh)adalah abang si kembar. Usianya baru 32 tahun. Ya Allah. Arwah Gale tidak rapat dengan saya disebabkan faktor umur yang berbeza 4 tahun. Arwah telah koma selama sebulan di Hospital Tengku Rahimah, Klang kerana stroke. Moga rohnya ditempatkan dikalagan roh orang - orang yang beriman dan dicucuri rahmat.
Bertabahlah sahabat. Dugaan Allah tak siapa dapat menghalang. Moga kita bertabah.
Al-Fatihah buat Arwah Abah, Arwah Pokde, Arwah Mokde, Arwah Kak Ta, Arwah Long Azhar, Arwah Kak teh dan Arwah Gale..
Sunday, July 31, 2011
Thursday, July 21, 2011
Uik, the birthday is coming...
Assalamualaikum...
Moga yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.
Iya, birthday semakin dekat. Teruja memang teruja namun ada gelisah yang bertandang. Bukan sikit-sikit namun payah benar hendak dikatakan. Harapnya saya tetap mampu berjuang. Harapnya diri tak mudah goyah. Perjalanan hidup seorang diri ini memang memenatkan tetapi insya Allah, moga hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam diri kita semua.
Tahun ini seperti tahun sebelumnya, saya akan ke kedai buku. Cari sebuah buku buat diri sendiri. Dan semalam, hasrat itu telah dilaksanakan. Namun sejujurnya saya belum membacanya lagi. Fikir saya, biarlah saya baca buku itu pada hari ulangtahun kelahiran saya Ahad ini. Poyo ajakan?
Tadi pagi Kak Pam mengejutkan saya dengan sebuah kek istimewa kepada yang menyambut birthday bulan Julai. Sebenarnya bukan untuk saya seorang tetapi untuk Kak Farah (15 Julai), Kak Wan (22 Julai - hari ini!) dan Kak Tini (30 Julai). Terima kasih kak Pam. Saya hargainya. Sungguh2 terharu.
Hari ini juga birthday kawan baik saya Lia dan K-1. Happy Birthday to you.
Apa jua, doakan kesihatan saya lancar dan semoga birthday tahun ini lebih meriah dan bermakna. Amin..
Happy Birthday Laura!

Saturday, July 16, 2011
Rendu Kampung Halaman
Assalamualaikum...
Penyakit homesick cik laura ni datang lagi. Jangan ketawa ye kawan-kawan. Memang dari zaman sekolah lagi cik laura dah rasa homesick. Maklumlah dulu duk asrama. Balik pun sebulan sekali ataupun dua kali sebulan. Bila dah naik tingkatan empat dan lima, boleh kata sebulan sekali sahaja boleh balik umah. Bila buat diploma and degree, again payah sangat nak balik kampung sebulan sekali. Biasanya dalam satu semester, sekali sahaja. Kuat study sangat kot ye? Haruslah, the family already set the target to be achieved every semester and I also have my own target that was a lil bit higher from the target set by the family. So nak dapat VC List tu ko ingat senang? Apapun, for me personally belajar degree memang lagi senang dari belajar diploma. However the targets by the family went accordingly.
Ini kisah lama. Nak cite semalam mood nak balik kampung tu melonjak-lonjak. I called home and manage to talk to my niece as my mum han her mum were perfoming the Solat Isyak. Bercakap dengan budak berumur lapan tahun dan sepuluh tahun rasanya sayu benar.
- Mak su, nanti 22hb mak su balik la. Mak de balik. Semua ada. Kan ada durian sekarang. <---- rasa sedih sangat mendengarnya.
- Banyak ke yang dah gugur?
- Banyak. Tapi ada lagi pokok yang belum gugur. Mak su balik la yer..
- Tak boleh la. Mak su ada kelas master.
- Alaaaaaa....
Sebenarnya sangat sedih tau. Kali ini buah durian banyak kat umah. Kali ini kira menjadi lah. Semua pokok berbuah. Tapi as i said again, I only can be home on the 30th. Itu pun sebab minggu tu tak ada kelas. After that the final exam will be held. Alahai......
Harap-harap buah durian masih ada waktu saya balik. Cuma kakak saya (Mak de among niece and nephews) mungkin tak dapat balik on that week. My abang, memang akan balik every week. Sebab angah (my abang) kerja dekat je dengan umah. Dalam setengah to sejam perjalanan. As compared to me, i have to spend 3 hours driving. Kakak pula around two hours. Luckily, kami semua kerja di bumi Pahang Yang Tercinta.
So, saya memang rendu dengan mak, dengan along, angah, kakak, budak2 bertujuh. Rendu kawasan rumah. Rendu Kampung Halaman. Rendu segala-galanya. Huhuhuhuhuhu.
Bila leh bercuti sesama ni? Huhhuhuhuhu...
Alahai....

Wednesday, July 13, 2011
Cerita Biasa
Assalamualaikum. Moga-moga kita semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.
Sedar-sedar sudah hampir lima tahun saya bekerja. Masih baru. Masih muda kata orang. Dan bulan Julai ini adalah bulan kelahiran saya. Bila dilihat dari segi angka umur itu, saya tahu saya bukan lagi muda. Aduhai...
Sekarang saya sibuk sangat. Semester baru (mengajar dan belajar) dah bermula. Semester ini jam mengajar saya adalah 19 jam. Dan hari Isnin dan Selasa adalah yang paling seksa sebab 13 jam mengajar. Tapi ianya tidak melunturkan semangat saya.
Semester belajar dah bermula dua hari sebelum semester mengajar bermula. Dan saya sudah ada bukan 1 tapi berlonggok assignments. Dan semuanya memerlukan fokus dan kerja keras yang bukan sedikit. Minggu ini kami akan head the discussion tentang compensation and benefits. Looks easy kan? tp trust me, nothing is easy when doing MBA here. After our first day in class last Saturday, many had came to my thought. The lecturer was very energetic and too passion in doing her job. That's the good things. But then, her expectation was as high as tip of mountain! Humang ai! N she warned us to really pushed our effort up to that limit! Humang ai...
And now, I am in her class again. Sometimes, walaupun banyak yang saya belajar tetapi I still feeling like she is really a scary person. Yup!. Hopefully I can cope with the syllabus easily.
Tengok, dalam kelas pun Nak memblog. Sungguh. Walau yang tgh mengajar bersemangat benar, dalam hati, saya tetap merasakan seakan ada semangat yang yang hilang.
Wahai Laura Azura, this is so wrong, kan? You have to put respect on her.
Okaylah, semoga hati cekal dan diri mampu bertahan....

Sunday, July 3, 2011
DEMAM
Assalamualaikum...
Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.
Jumaat lepas saya dilanda demam. Dapat MC, balik rumah sekejap. Rest for a while and terus memandu ke Raub. Memang asalnya nak balik Raub hari Sabtu. Tetapi dah dapat Mc saya cekalkan juga hati dan semangat. Alhamdulillah, 3 jam kemudian, saya selamat sampai di Raub.
Di rumah kakak, saya sempat berehat buat seketika. Waktu itu saya rasa badan saya sudah segar. Jadi urusan yang sepatutnya dibuat keesokkan harinya diselesaikan juga petang Jumaat itu. Tetapi lain pula halnya malam itu setelah pulang dari satu kenduri, kepala saya berdenyut kuat. Waktu itu tekak dah mula rasa mual. Tanpa menunggu lama, saya terus makan ubat dan berehat.
Hmm, saya memang macam ni. Kalau rasa badan masih larat, saya buat juga kerja. Gagahkan juga diri. Seperti semalam. Walaupun badan sebenarnya masih lemah, saya memandu juga balik ke Kuantan dari Raub. Malam tadi, sakit dan demam datang lagi...
Agaknya, kebelakangan ini saya penat. Penat dengan pelbagai issues.
Namun, saya harus kuatkan. Ada anak bangsa yang memerlukan khidmat saya. dan saya tak akan mempersiakan mereka.
Insya Allah...

Subscribe to:
Posts (Atom)