Wednesday, April 29, 2015

Bercuti Di Cameron Highlands (Bahagian 3)

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan - kawan.

Hari ni mood kelaut. Suka sangat kelaut lately. Mentang - mentang la opis dan umah dekat dengan laut. Huhuhu.

Mari sambung cerita tentang percutian ke Cameron Highlands.

Kali ni nak share tentang Bharat Tea Kuala Terla dan Lavender Garden.

Okay, kalau kita dari Ringet, kita memang akan jumpa Bharat Tea sebelum sampai Pekan Tanah Rata.  Tapi kita park kat atas kan? Kemudian kalau nak ke ladang teh kita kena turun bukit. Tetapi kalau kita dari Simpang Pulai, kita akan jumpa juga Bharat Tea di kawasan Kuala Terla. Yang ini, kita park kereta kita betul - betul depan ladang teh. jadi syok sikitlah.

Waktu kami tiba around 10.30 pagi. Matahari dah terik sangat masa ni. Luckily angin di CH agak kuat juga. Kami jalan - jalan di sini dan minum teh sebentar.

Okay, sila layan gambar okay.







Kemudian kami ke Lavender Garden. Tempat ni memang la sangat cantik. Sangat banyak attraction. Bayar je RM 6 sorang.

Jenuh I membongkok nak capture gambar ni. 


lawa kan? 


Macam2 warna tapi I paling suka warna putih/ krim ini


sedang beraksi

ada juga strawberry.


cuba cari orang bersembunyi. Hehehe




Okay kalau korang tetiba nak beli strawberry kat Lavendar Garden, sila beli dekat pintu keluar sbb ada trick harga. Kat atas kitorang beli sepaket harganya RM10. Sekali kat bawah/ pintu keluar dia jual RM 5 sepaket. Buah pulak saiz xl. Aduh nyesal!

BTW we all sangat enjoy.

Okaylah. Stop dulu. Nanti tunggu lagi ye update tentang cuti2 CH ni. 

May Allah bless.

Thursday, April 23, 2015

Bila sudah kepeningan tengok nombor

Assalamualaikum.

Entry di kala kepeningan. Sejak Jumaat lepas, team leader ada memberikan 16 mukasurat data dengan 38 data setiap mukasurat  untuk dihubungi sebelum Jumaat ini. Huhuhu. N now, setelah banyak hari, baru 6 muka surat berjaya diselesaikan. Bermaksud masih ada  lebih kurang 380 data lagi. Pitam. Sebab itu rasa nak muntah dah tengok data tu.

Jadi, Acik Laura nak rehat kejap dengan menconteng disini. Huhuhu.

Abang Acik Laura, dengan jayanya merancang untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL weekend ini. And I wanna take part too. Hehehe. But then, bila membaca mesej dari encik boss bahawa esok akan ada meeting, I sudah menjangkakan bahawa weekend ku akan bekerja lagi. Huhuhu. Nangis. Sungguh, really hoping tomorrow's meeting will not cripple my plan to join my bro to PBAKL this weekend.

Jadi, wishlist utk PBAKL tahun ini ialah:

1. Langit Vanilla by Wani Ardy
2. Cerita Cinta Bohongan by DocMimi
3. Whatever you say I am/ I'm OK by Anwar Hadi

(Sungguhlah sejak jumpa Abang Adam of TLU di Pesta Buku Pahang last month, terus jatuh cinta buku dari SFP, Selut Books, RabakLit)

4. Hilang & Jumpa by Umi Kalthum Ngah
(ini kisah klasik. Harapnya dapat jumpa buku ini nanti)

5. DIAgnosis dan DIAgnosis 2 by doctors 
(Review memang menarik. Ramai yang suggest)

6.Catatan Mat Luthfi
(Yang ini sebenarnya tak sure lagi nak beli atau tidak. Masih berkira - kira. N now tengah cari - cari review yang menepati citarasa) 

7. Teman Lelaki Upahan @ Love you Mr Arrogant
(Aci tak nak beli buku ni? Tahu dh outdated tp peduli hapa kan? Tp ni masuk list sampingan aje)

8. When I was A kids, When I was a kids 2, When I was a kids 3
(Ari tu pergi popular. Rasa gigil nak beli sampai tiga series. Tapi emak den khabar kek den, buek apo boli buku cam nie? Huhuhu. I is kesot! Hahaha. suka2 campur loghat Nogori ngan Pahang kan? BTW, ni pon masuk list sampingan iaitu tak sure lagi mahu beli atau tak. Sebab tahu kat popular ada.)

9.Bits of heaven by Aishah Madadiy
(Suka tulisan Aishah Madadiy dlm dua buku sebelum ini iaitu Velvet di Durham dan Akrilik Atas Kanvas. Bits of heaven buku pertama tulisannya dalam Bahasa Inggeris. Suka bahasa yang digunakan. Kurasa indah.Ahli Falsafah kan? Tetapi isu yang diketengahkan mungkin sedikit berat. Dah baca beberapa sedutan di Jemari Seni. Tentang Dakwah. Tentang Journalism. Tentang Iraqi Post War. Tentang Afghanistan. Bimbang tak boleh absorb isu berat ini. BTW, akan reserve masuk list sampingan)  

10. Mesin Cahaya Masa by Wani Ardy

11. Lullabies & Love by Lang Leav
(Not sure nak cari di mana. Tapi yang pasti Kinokuniya ada. Aci x ke KLCC lps dah abis jenjalan di PWTC, Angah?)

12. #88 love life by Diana Rikasari.
(I paling nak buku ni. A must have by each woman. Cuma buku nie belum dipasarkan secara meluas di Malaysia. Kalau nak kena preorder dulu. Kat online dh ada yang jual. I dah survey. Jadi jika nanti kat PBAKL xde, I beli via online aje kat IG)

Actually, my budget tak banyak sangat. In shaa Allah, I nak gunakan duit lebihan income tax ari tu. Tak banyak juga jumlahnya cuma nanti kalau takde duit, makan buku pon kenyangkan? Huhuhuhu.

Actually kan, I memang merancang nak jual buku terpakai. Banyak sangat dah. Sejak kerja since 8 tahun sudah ni, memang I sangat dedicated membeli novel dan buku - buku. Almost 2 novels each month. Jadi memang banyak sangat koleksi I. Umah Kuantan je dah ada 3 kotak simpan novels atau buku - buku. Ini belum masuk buku belajar yang I beli atau complimentary dari dealers lagik. Tu pon dah ada 3 boxes. Kalau I pindah, jenuh la nak mengangkut all those books kan? Umah kat kampung pon banyak buku2. Siap ada lagi buku latihan atau teks zaman I sekolah rendah dulu. Huhuhuh. Biasanya simpan dalam kotak plastik tu. Sesekali naik la jenguk dan ulang baca.


Okaylah, Acik Laura nak kembali ke pangkal jalan iaitu menelefon bagi mengabiskan 380 data itu!!!
Wish me Luck Okay!

Monday, April 20, 2015

Bercuti Di Cameron Highlands (Bahagian 2)


Assalamualaikum.

Sihat tak kawan2. Acik Laura nak sambung cerit ni tentang Acik Laura punya CH Trip 2015. Bahagian 2 ini acik Laura cover tentang bilik kami di Cameronian Inn dan Rose Valley Tringkap.

Baca perlahan - lahan ye.

Macam yang Acik Laura dah tulis dalam Bahagian 1 (klik sini)bahawa trip ni adalah Trip dikala sibuk jadi semua orang sepakat tak nak pon bercakap tentang kerja sepanjang bercuti. Bila ada yang tersasul nak cakap pasal kerja, masing - masing angin. Hahaha. Kelakar. Yelah. And because of this, semua abaikan Whatsaap kerja yang masuk. Walaupun tahu Isnin lepas balik cuti ni kena mengadap MD blaka.

Nway, Cameronian Inn tu best. Kami dapat bilik dengan harga RM 150 semalam. Cuma tak termasuk breakfast. Mereka ada sediakan breakfast cuma perlu bayar extra. Dan breakfastnya starts at 8. Jadi tak menyempatlah nak breakfast scones yang menjadi sebutan orang di blog - blog orang. Nway, mereka ada sediakan hot water. Jadi bolehlah bawa 3 in 1 sachets kan?

Kami check in hotel jam 4 petang hari Jumaat. Kami ambil bilik untuk 4 orang. Dapat bilik dengan dua katil queen. Ruang tidaklah sebesar mana tapi adalah tempat untuk berehat dan sembahyang. Dan ada free wifi juga.

bilik kami. Memalam sejuk weh!

Petang hari pertama kami shoot ke Pasar Malam. Beli makanan. Acik Laura dan Mok Za beli Nasi Lemak aje. Mula2 nak beli juga Apam CH tetapi akhirnya kami beli Apam Balik. Kak Niza dan Kak Ros boleh tahan shopping makanan. Siap beli Strawberry dan buah Cinta jugak. Balik ke guesthouse kami 'berkelah kat laman.' Memula tahan je sejuk tapi bila semakin malam mulalah sibuk nak cari air panas. Hahaha.

Hasil belian. Bila nak makan baru sedar tak ada orang beli air pom!!! kuikukui

Cerita Hari Kedua pulak:

Kami memulakan perjalanan ke Rose Valley di Tringkap. Layan Bunga. Tapi bunga tak banyak sangat kalau dibandingkan dengan trip tahun 2013 dulu.But then, who care kan? Nak ke tengok gambar bunga? Haahaha

lawa

lovely

unik

unik. Mok Za.

Beauty. 

Mok Na. Opss. Ni kawan yang baru 1st time dtg

Kegilaan apakah ini? Hahahaha. 

Okay. Nak tengok Gambar lagi?


Rose Chilies

Tempat pertama pergi. Bayar RM 4 seorang

comel kan? 

Okay. Cukuplah Bahagian Kedua nie. Jadi sila tunggu bahagian ketiga - ke 100. ye. Hehehehe..



Sunday, April 19, 2015

Bercuti Di Cameron Highlands (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua.

Maaf la lama mendiamkan diri. Acik Laura kesibukan. Ni pon curi - curi masa lunch untuk kasi update.

Okay, sebagaimana tajuknya, Acik Laura and the gang telah pergi bercuti pada 10 - 12 April yang lalu. Plan terjah habis. Dalam minggu tu jugaklah buat keputusan. Apply cuti dan booking hotel segala. Alhamdulillah dapat juga lari dari kesibukan sekejap.

Entry ni Acik Laura nak jot down beberapa perkara tentang trip kami ke CH:

1.
Dari awal, kami merancang nak duduk homestay kat Kampung Sedia tu. Sebab nak feel suasana yang lain sikit. Tapi dah di telefon homestay yang paling banyak disaran orang, tetapi tak ada rezeki. The owner berada di luar kawasan dan katanya akan telefon semula kami tetapi sampai sudah tiada. Kami anggap memang tiada rezeki sahaja. Kemudian carian hotel melalui segala sumber pon dibuat, I siap download trivago lagi. Tetapi akhirnya kami pilih Cameronian Inn di Tanah Rata sahaja. Murah dan agak privacy.

2.
Perjalanan kali ini lebih santai. We are not rushing like before. MENIKMATI. That's the keyword. Dari Kuantan kami gerak perlahan - lahan. Had our lunch near Batu Malim, Raub dan slowly drove to the highlands.

3.
Suasana di Cameronian Inn memang cantik. Perkarangannya tidak di jalan utama jadi ia agak privacy. Landskapnya dihias cantik. Ia bagai di kawasan rumah sendiri.

4.
Oh ya, ketika asyik menikmati ladang teh, kami disapa warga asing. A celebrity maybe. She was on a race. Just like the famous Amazing Race Show. Bertanyakan kalau - kalau kami nampak Yellow Flag nya. Hahaha. Kelakar masa tu. Because we're hardly understand her latin slang. But then, we've tried our best in helping her.

5.
Paling kelakar bila dah sampai rumah Kuantan bila I perasan yang kami dah tertukar plastik sayur dengan salah seorang dari rakan. Lepas tu redha ajalah. Dan sayur tu masih ada belum dimasak. In shaa Allah, petang ni I teringin nak masak tom yum sayur.

Nak tengok gambar?

Okay, I letak sikit dulu ye.


laluan menghala ke bilik

seriously I sgt suka pokok ini

depan reception area. 

another fav flower

ladang teh di Kuala Terla

lavender

bikin hati cair

Unik. Species Setawar

The S corner

Geram. Rasa macam nak bawa balik sepokok.

Nanti saya update lagi ye. Mungkin boleh dijadikan panduan kalau korang tiba - tiba nak ke Cameron Highlands kan?