Hari Ahad iaitu semalam. Ada orang ajak berjalan. Hati dah suka. Maklumlah lately kerjanya rutin sahaja iaitu ke pejabat dan lepak rumah. Sesekali rutin itu begini pula. Ke pejabat - klinik - rumah. Itu sahaja.
Alhamdulillah, kesihatan semakin pulih. Adalah sikit - sikit lagi batuknya selepas berulang alik klinik kan. Nasiblah klinik dekat rumah dan nasiblah kat klinik leh usha doktor kan. Haip!!! Tak. Acik Laura tak buat kerja macam tu. Tapi sebab kerapnya ke klinik dalam beberapa minggu ini, jangan doktor dah kenal acik laura, adik staf kat klinik pon dah ingat acik Laura sama.
Okay tutup kisah Acik Laura - klinik - doktor dan adik staf klinik.
Hari Ahad kawan ajak ke Ubai. Pergi jenguk Miss Housemate (MH) yang melanngsungkan perkahwinan dua anak saudaranya. Kenduri besarnya hari Sabtu tapi kami pergi hari Ahad. Dijamu tuan rumah dengan lauk opor daging kerbau, tumis pedas nenas dengan perut dan sambal paru. Alhamdulillah sedap sangat.
I suka pergi rumah MH. Very the Kampung. Mendamaikan. Teringat pula kampung kelahiran I kat Raub tu.
Reban Ayam MH
Laman Hadapan rumah MH
Bertenggek.
Kemudian I ikut kawan pergi Kem PLKN Semarak di Kuala Pahang. Never been to any such camp, memang I macam sakan jap la. Seronok dorang, Kem mengadap Laut.
Suasana sekitar dalam perjalanan ke Kem PLKN Semarak.
Setelah jumpa jurulatih PLKN, kami diajak minum - minum di luar kawasan Kem. Tengah minum kerbau buat laluan kehormat. Berpuluh - puluh ekor. Parade...
On the way ke Kuantan, kami singgah Kampung Gertak Ayun. Berdekatan pantai Sepat. Hari tu MH ada ambil gambar kat sini. Kali ni I pon hendaklah juga beraksi. Tarikan utamanya adalah Jambatan Kayu ini. Cantik sangat. Lengkap pula dengan Alur sungainya yang cantik. SubhanAllah. Oh ya, kami baru discover, kawasan tanaman padi disekitar kampung ni. Next time kami ambil gambar ye sebab musim padi baru selesai.
SubhanAllah.
Teringin nak pergi berkelah kat pantai sebenarnya. Tapi sekarang panas sangat. In shaa Allah nanti kami plan baik - baik.
So, korang punya weekend macam mana? Sharelah...