Tuesday, December 3, 2019

Kem Professor Cilik FOM 2019

Assalamualaikum all. 
Sihat? 
I, alhamdulillah sihat. 
Emosi sahaja tak berapa stabil. Hahaha. Biasa lah, kesibukan. 

Sorry lately I dah jarang update. La ni I selalu update kat IG sahaja. 

Okaylah, dalam waktu singkat ni, I nak share program yang I terlibat last week. Kami anjurkan Kem Professor Cilik untuk anak - anak berusia 6 - 12 tahun. Alhamdulillah we managed to have 33 children joining us. 

I kena kendalikan segmen Chef Cilik. Weh, I manalah pandai masak. Masakan I biasanya sesuai untuk I sahaja. I manalah pernah masak untuk orang lain apatah lagi buat tutorial. Tapi okaylah, my team and I cubalah juga ajar masak yang simple like buat sandwich dan roti sosej. Tapi dealing with these children, they were really excited. Mungkin kita ajar secara hands on. Semua anak - anak buat sendiri. Dari memegang pisau (dengan pantauan), menyapu butter, melenyek telur, meletak mayonis dan Sos, assemble sendiri semua bahan, mereka buat sendiri. Macam - macam hanya. Seronok tengok keletah mereka. They were indeed happy! Syukur Alhamdulillah. 

Selain segmen Chef Cilik, ada segmen zoo Cilik, Da'i muda, Spelling Bee, Cilik Niaga, Zumba Cilik, Arts dan Zoo Cilik. Program ini dua hari. 

Ni I share few pictures. 


Ini kumpulan seliaan I. Group Ayam. 
2 lelaki. Yang berbaju hitam itu namanya Hadeef. Yang berbaju merah itu, namanya Akram. Dua - dua baru 7 tahun. Sangat bijak. Menghafaz Al-quran mereka ini. Sudah hafal beberapa surah panjang. 

Yang perempuan, yang di sebelah Akram, namanya Insyirah. Sebelahnya Ainul. Di sebelah Ainul adalah Syafiqah dan Alia. Yang di depan kecil tu namanya Raiysha. 

Sangat menghiburkan mereka ini. Yang usianya less than 9, Akram, Hadeef, Insyirah dan Raiysha masing - masing berlumba - lumba mendapatkan Perhatian. Keletah mereka ini sungguh menghiburkan. Langsung tidak annoyed me. I like them like that way. Comel. Yang lain juga (Alia, Syafiqah and Alia) ada sesekali facilitate me in dealing with them. Hehe. 



Masa ni dengar ceramah tentang solat. Ini hari kedua. They participated in qna session. Macam2 soalan keluar. And I liked it. They really want to learn. So pure. 


Kami Bawakan mini zoo in collaboration with Animal Kingdom. The man there, is the owner of the Animal Kingdom. He is our degree student, currently in semester 4.


Akram sangat berani. Mulanya memegang ular sawa. Sorry I tak ambil gambar sebab I paling takut binatang itu. Tengok pon I takut. Ni memegang Iguana. 


Alia dan Syakinah. Syakinah baru berusia 6 tahun. Sangat bijak anak ini. Mengalun ayat Al quran seperti surah Al Mulk tanpa melihat surahnya. Syakinah hafal beberapa surah panjang jugam


Ini Raiysha. Juga sangat berani. Sama seperti Akram. Berani memegang ular sawa. Dengan Iguana ini pon dia memegangnya lama. 

Seronok. 
Bersyukur seadanya diberi peluang begini. 
Definitely it's not easy to deal with children. Salute to all mom and dad. Dapat 7 anak ekspress dua hari sahaja macam2 halnya I kena handle. Hehe. 

Okaylah. I dalam conference ni. Nak focus semula. Tadi mengantuk. Hahha

Jumpa lagi all. 


Friday, November 1, 2019

Konvokesyen Abang Long Daus

Assalamualaikum.

Lamanya tak memblog. Kesibukan yang tiada kesudahan. Maaf ye.

Now curi - curi sekejap memblog. Yes, daku masih lagi kesibukan tahap tak tahu nak kata dah.
Tadi baru selesai diaudit oleh pihak SIRIM. So now nak rest kejap. Tak mahu buat kerja. Boleh? Huhuhu.

Abanglong Daus. Anak saudara sulung. Cucu sulung my bonda dan arwah abah. Baru - baru ni bergraduat peringkat Diploma. Sebagai Moksu yang penyayang, I pergilah ke Konvokesyennya di UITM, Jengka.

Dari Kuantan, singgah ambil Kak Ngah Fatimah di Maahad SAS. Kak Ngah Fatimah kebetulan tengah study week untuk exam STAM. Si adik pula, Deklah sedang exam SMA. Kasihan dia tak boleh ikut. Dorang ni tiga beradik je. Alongnya di UiTM Jengka. Dorang dua orang di Maahad SAS yang hanya berjarak 5 minit perjalanan. Tapi sebab adik tengah exam, tak dapatlah adik tengok alongnya naik stage. So I dari Kuantan, ambil Kak Ngah bawa balik ke kampung. Ambil pula my along yaitu bonda mereka dan bonda I juga. Kemudian ke Jengkalah semula I ke rumah my Angah di Taman Permatang Jengka. Rumah abang ngah I ni juga lebih kurang 5 minit je dari UiTM Jengka tu.

Tapi even dekat, seawal jam 7 pagi kami dah keluar dari rumah Angah. Sebabnya jelas,nak parking dekat dengan dewan konvokesyen. Asalnya I nak suruh my bonda dan along I masuk dewan. Tapi bonda tak sihat, jadinya I lah yang masuk dewan dan Angah Fatimah di luar.

Lama ni nak tunggu Along Daus konvo. Hes extended his study sebenarnya. But then okay je. This coming February, masuk degree pula. InshaAllah.

Tengok gambarlah ye.

Proud mothers





Along I ni memang nampak muda. So jealous of her.Shes 46 this year.

Along kasi can Angah merasa pakai jubah. Oh that bouquet Angah yang pilihkan untuk Along dia ni. 

Kasi can his mother pulak merasa


Bergambar dengan pensyarah kesayangan dan bonda.

my bonda tak sihat. Jadi along decide utk balik ke rumah pakngahnya untuk bergambar dengan Wan dia ni,

dengan makngah. Pakngah kerja di Banting. 

Hantar Angah Fatimah, adik Deklah dah tunggu. Along pakai lagi jubah sebab nak ada gambar dengan adik jugak.

Inilah sahaja. Sangat happy.
February 2020, InshaAllah Along sambung degree dalam Bioteknologi pula. Kita doakan sama - sama ye. Hari tu, Along ada dapat undangan bergambar dengan Pro Canselor dalam bilik VVIP. Ada gambarnya tapi I tak sempat transfer dalam laptop. Dapat undangan special ni sebab along Daus ada usahakan projek tanaman di Ladang UiTM. Pro Canselor sangat suka dan bangga. Mereka dapat undangan special begini, moksu rasa sebak pula. Yelah tak semua orang dapat layanan begini kan? Moksu dulu kena dapat ANC dulu baru ada gambar dengan Pro Canselor nak oi. Itupun reramai. Bukan terpilih macam korang ni!

InshaAllah, semoga kejayaan sentiasa hadir buat semua anak - anak buah Moksu Laura. After this InshaAllah Kak long Najihah pula akan berkonvo next year. Diploma. Kemudian InshaAllah turn abang long Daus dan Kak long Najihah lagi untuk degree pula. Then Angah Fatimah juga. Dan seterusnya. Aamiin.

Jumpa lagi semua.

Wednesday, September 11, 2019

Permudahkanlah... Permudahkanlah

Assalamualaikum.
Semoga hanya baik - baik sahaja akan hadir.

Apa cerita kalian? Moga baik - baik sahaja.

Saya? Kesibukan.  Titik.

Banyak yang saya perlu pelajari.
Banyak juga yang saya perlu uruskan.
Banyak perkara perlu saya telitikan.

Kalian, doalah baik - baik untuk saya.

Jujurnya entri ini saya hanya mahu berpesan pada diri.
Permudahkanlah urusan orang agar urusan kita nanti dipermudahkan.
Jika tak mampu menolong secara fizikal, bantulah memikir jalan.
Itu sahaja.

Restless.
Depressed.

Moga - moga saya mampu bertahan.
Moga - moga semua yang sekarang ini sedang struggle dengan kehidupan, dipermudahkan segala urusan juga.

Rezeki. Benar. Ini semua rezeki.
Merasa penat, ini rezeki dari Allah.
Merasa tertekan, ini rezeki dari Allah juga
Semua yang berlaku adalah rezeki dari Allah.
Bertenanglah...

Hari ini saya down segala. Rasa mahu menjerit segala!

Kerja sendiri bertimbun. Kena cover kerja orang.
Kerja sendiri belum surut. Kena fikir dan laksanakan tugas untuk orang lain.
Kerja sendiri datangnya bertimpa - timpa. Kena pula 'bersihkan' kesan tugas orang.
Allah...

Bersabarlah hati.
Kerja adalah ibadah.
Kerja adalah rezeki.

Alhamdulillah, ada juga teman - teman membantu. Walaupun sekadar bertanya khabar. Terima kasih. Apatah lagi yang turut sama berfikir akan jalan. Terima kasih banyak - banyak.

Kita, fokuslah.
Bersabarlah.
Jangan kita pula susahkan orang.
Sentiasa ingatlah ini semua rezeki. Dugaan juga sebenarnya rezeki.

May Allah bless.
InshaAllah.
Mohon doa.

Monday, July 1, 2019

RAYA 2019

Assalamualaikum

Apa khabar semua.
Maaf jika tiada cerita baru kebelakangan ini. Blog sudah jadi sunyi sepi. Sungguh tidak menyempat. Banyak sangat cerita hendak dikongsi sebenarnya.

Ayuh, dengan bulan Syawal yang masih berbaki beberapa hari ini, kita layankan aje alkisah raya di rumah bonda I kali ini.

Raya indeed was blast. Kami sambut sederhana seperti setiap kali.

Tahun ini I mula cuti beraya pada 27 Ramadhan. Hari Sabtu, 1 Jun 2019. I gerak sesudah subuh dari Kuantan. Singgah di Bandar Jengka ambil anak saudara yang sulung. Kemudian langsung ke Pasar Panas Jengka. Hajatnya nak mencari tudung untuk anak - anak along tetapi macam - macam pula yang didapatkan. Angah ada berniaga juga di Pasar Panas, maka kami tiba - tiba jadi jurujual tambahan.

Sesampai di kampung, tiada apa yang berlaku sangat. Keesokan harinya, 28 Ramadhan, I berhasrat nak buat kuih raya. Mulanya nak buat dua jenis iaitu Biskut Kacang Mazola dan Biskut Chocolate Chips. Semangat sungguh ni. Tetapi hanya Biskut Kacang yang menjadi. Allah bagi I rehat. I tiba - tiba mendapat sakit perut teramat sangat. Sakit di bahagian kanan perut. Nak berdiri pon tidak boleh. Jika duduk, sakit memerit itu akan hadir between 10 - 15 minutes. Sakit perut ini berlarutan hinggalah hari keempat Syawal.

Alhamdulillah tahun ini, ramai sanak - saudara mengunjungi kami. Hari Raya Pertama, keluarga Mokde dari Negeri Sembilan datang. Hari Raya Kedua pula, sepupu I dari Negeri Sembilan juga datang. 2 keluarga. Kemudian lebih kurang sama sampainya sepupu - sepupu I itu, datang pula keluarga angkat I ke rumah. Laman rumah penuh kereta. Dan rumah penuh dengan orang. Memang meriah. I kerjanya didapur. Walaupun sakit, I tak layan sangat. Bonda sampai bukakan dapur duduk untuk I memasak sambil duduk. Sakit usah katalah. I tak boleh berdiri sangat. Ia datang dengan pakej diarrhea. Pedih perut. Sakit mencucuk - cucuk, kemudian ke tandas la I. You all bayangkanlah 7 hari begitu, seksa kan?

Raya ketiga, masih ada saudara mara berkunjung. Ada pula kejutan bila sepupu dari Negeri Sembilan juga datang tanpa sebarang notis. Terkejut berganda - ganda jadinya.

Jadi, bila #teamrayonogori datang ke Pahang, #teamrayapahang masakkan lah gulai tempoyak ikan patin. Seperiuk besar kami masakkan. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dan cerita.

Tahun ini menurut bonda, tahun kita beraya di Pahang sahaja baik raya puasa atau raya haji. InshaAllah tahun hadapan, kita pula membalas kunjungan ke Negeri Sembilan. Ramai sebenarnya saudara - mara di sana. Iyalah, arwah nenek I kan orang sana. Jadi bonda dah kata, InshaAllah tahun hadapan kita reservekan beberapa hari untuk beraya di sana. InshaAllah.

Tahun ini, walau dalam sakit, I dapat juga memasak rendang dan daging dendeng. Cumanya tugas hakiki I iaitu mesin kelapa setiap kali menjelang raya, terpaksa I serahkan kepada along I. Huhuhu. untuk gulai patin tempoyak, I sediakan bahan - bahan asasnya sahaja. Along I mixedkan everthing. Kemudiannya Along serahkan I memasaknya. Masak gulai tempoyak sebenarnya tidaklah rumit mana. Tidak perlu kerap dikacau. Hanya perlu tahu sukatan asam tempoyaknya, ladanya dan awas - awas seperti daun kesum, bunga kantan. Itu sahaja.

Kami juga sediakan kuah lodeh, ketupat, mee kari untuk menu raya. Malam Raya Pertama kami dan jiran anjurkan BBQ. Chef perapan tentulah kak de I. I pula diberi tugas masak spaghetti. I masakkan spaghetti bolognese sahaja. Alhamdulillah, berjaya dan seronok juga berkumpul bersama jiran - jiran. Dengar katanya, aktiviti BBQ bersama jiran ni akan jadi aktiviti wajib untuk menghuni barisan pertama (melibatkan 5 buah rumah) di Jalan Tilan setiap kali raya atau cuti panjang. We'll see. I okay sahaja.

Nak tengok gambar raya?
Scroll bawah ye


Cousin. Kakak dua orang ni, memang favorite adik berdua tu. 

Keluarga Kak De. Kisahnya, pagi raya sang ayah tengah bersiap. Nampak songkok ayahnya dah berlilit reben, dorang empat orang pon hendak juga. Mencarilah emaknya bunga - bunga telur yang ada kat rumah tu lalu jumpalah reben putih juga, Tu yang semua ada songkok berlilit reben putih.  All boys weh!

Masa ni Angah dah nak balik dah. Gambar ni diambil oleh anak angah yang sulung. Ye korang, terselah wajah makcik dapur tu kan pada gambar I. Tulah uniform sepanjang raya sebenarnya, Sesekali je dapat berbaju raya. 

Beraya di rumah jiran sebelah rumah. 

Family Along I. Cukup ahli tahun ini. All grown up dah anak - anak along ni. 

Keluarga Mokde I. Pak uda I tu rupanya lepas nenek I meninggal hari tu, kesihatannya merosot juga. Pokde sekarang mudah lupa. Jadi, nak gembirakan hatinya, Mokde dan anak - anak bawa berjalan. 


4 beradik ni, memang banyak ragam lah. 

Ni pada Hari Raya kedua. Sepupu - sepupu datang dari Gemencheh Negeri Sembilan. Lama sangat tak jumpa. InshaAllah tahun depan, kami berbalas kunjungan pula. 


Rupa makcik dapur betul I. Hahaha. Masa ni baru siap memasak seperiuk besar tempoyak ikan patin. Baru sempat menjengah tetamu yang hadir. Ni keluarga angkat I. I pernah bagitahu sebelum ni pasal keluarga angkat I ni. Asalnya kak de I yang diangkat menjadi anak angkat keluarga ni. Kemudian, family kami datang melawat keluarga sebelah sini. Ketika itulah jadinya. Semua adik beradik I jadi anak angkat keluarga ni dan semua anak beranak keluarga ni jadi anak angkat family I. Kalau tak silap I, ikatan tu mula ketika I di Tingkatan 2. Alhamdulillah, through ups and down kita bersama.

Kawan office yang kebetulan balik raya di kampungnya yang berdekatan dengan kampung I datang beraya.

Angah I dan abang sepupu I, abang Rizal, Yang ni yang datang mengejut tu. From Gemas, Negeri Sembilan. Dua buah kereta datangnya. Lama dua sepupu ni tak berjumpa. 

Ni Kak Nora, anak Mokde yang kedua. Sepet overboard eh kitorang? Sepet tu gen keluargalah. Dah 5 generasi yang sempat I jumpa ni, semua sepet tau!

Okay, ni I share some pictures ketika sambutan Hari Raya di office I. Ianya potluck raya. Fakulti I punya menu adalah Roti Jala. Lain - lain makanan adalah meehoon goreng, rendang ayam dan daging, nasi impit kuah kacang, nasi briyani, laksa pahang, laksa penang, dan mee kari serta lemang dan ketupat serta kuih - kuih raya. Makan memang syok tetapi perut I tak tahan. Esoknya, berulang ke toilet pula. Hehe.  

My best buddies. Kakak - kakak cantik saya. 

Orang kuat fakulti hari itu. Pakai lawa - lawa tetap jadi makcik dapur dan penggerai. Nasib badan.

Sekeping selfie dengan our Chairman. Wanita hebat ni, Tan Sri Noorul Ainur.

Okaylah semua, Raya was blast. Alhamdulillah. 
Semoga disempatkan dengan Ramadhan dan Syawal lagi tahun hadapan. Aamiin.



Tuesday, May 28, 2019

Minggu sibuk

Assalamualaikum.
Apa khabar semua.
Harapnya sihat - sihat selalu.

I alhamdulillah sihat. Masih full puasa. Alhamdulillah.

Dah tak lama Hari Raya akan menjelma kan? Sayunya hati. Nak puasa setahun. hehe.

Alhamdulillah, tahun ini sehingga hari ini I masih diberi kekuatan untuk puasa. Alhamdulillah kesihatan agak baik. Korang?

Okay, Minggu depan dah Raya kan? Tak lama dah 7 hari je lagi kita akan berpuasa. Korang punya persiapan mana? Baju raya, kasut raya, beg raya? semua dah lengkap?

I tahun ini, bolehlah I kata semua dah siap. Bolehlah. Baju raya, ada 3 pasang. Sepasang tu dah lama siap. My bonda belikan kain awal tahun hari tu masa dia ke Nilai ikut rombongan Marhaban. Warna biru. Memang warna bondalah. Biru atau ungu tu kegemaran bonda. Semua anak perempuan dapat. So kami hantar dekat our tailor. Memang our tailor sebab makcik ni hanya ambil tempahan baju untuk my family je. Sebenarnya dia kata, dia buat lambat. Yelah kami faham je. So dah siap dah. Yang kedua I beli kainnya di kamdar. Ini kelakar. Mulanya tak mahu beli tapi hari tu masa 16 Mei ada sambutan hari pendidik di kolej. Jumpa kakak seorang tu. Kemain lawa baju dia. Risik punya risik, kain tu materialnya silk. So on the dot, after sambutan tu I ke Kamdar. Lepas dah beli baru risau, ada ke orang nak terima lagi. I risik dengan students. Ada seorang yang katanya ada tailor dekat rumah dia boleh tempah lagi. So kain tu dia bawa balik Hari Sabtu, Khamis berikutnya yang cuti Khas sempena Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah tu, dah siap dah. Alhamdulillah cantik jahitannya.

Yang ketiga pula I beli. Alkisahnya nak warna kuning tahun ini. Masa kat kamdar, dah jumpa kain silk warna kuning tu tapi tak cukup pulak 4 meter. So belilah warna hijau jingga. Lepas tu disebabkan nak juga tema kuning mencarilah I merata Instagram. Dapatlah. TAPI tak kuning sangat!!! Dan besar, Hadoi, tak tahu sempat alter atau tak nanti.

Kasut Raya - yilek! Takde! Pakai je apa yang ada. Sebenarnya, I tak kesempatan ke mana - mana mall.

Beg raya - yilek! Takde! Ada usha longchamp. Now murah berganda - ganda sebab ada sales. RM240 dah boleh dapat LC Neo Small. TAPI!!! Tak mahu buat pembaziran. LC Neo Opera Red masih ada. Oh ya, I memang suka beg LC. Cumanya, memanglah tak boleh beli selalu. Mahal weh! Pembaziran je I rasa kalau I beli lagi.

TAPI tak tahulah kan, tetiba dapat peluang pergi mall dalam dua tiga hari ni, masuk Parkson terbekenan mana - mana handbag pulak kan?


Tudung Raya - Pakai apa yang ada sahaja. Jangan membazir kan!!!

Minggu ni minggu akhir bekerja. Ya Allah sibuknya macam - macam. Ni saja I nak share sini.

Isnin - 3 hours lecture + 2 hours Test.

Hari ini - 8 am I masuk Bengkel coppa. Pukul 9 tadi sampai pukul 11, ada meeting dengan wakil dari FAMA. Sekarang dari pukul 11.15 tadi, invigilate test. Tu boleh mengarang ni. Lepas zuhur ni, I kena masuk bengkel coppa tu semula.

Esok (Rabu) - Ke Kuala Lumpur. Meeting di sana. Luckily we get driver to drive us. Kalau kena drive sendiri, Allahu... Esok pergi pagi - pagi kemudian dah selesai meeting semua tu, harapnya awal sikitlah sampai Kuantan semula. Hoyeh! Tak payah masuk opis. Boleh gitu?

Khamis - Dah reserve untuk students presentation. Hopefully before noon semua dah settle. 12 groups semuanya.

Jumaat: I kena check preparation untuk exam telah tersedia. Sebab 10 June masuk - masuk kerja tu, students BBA dan MBA dibawah seliaan I akan mula exam. Dan, my short sem diploma students juga akan exam pada tarikh yang sama. Makanya, segala markah perlu disediakan. AllahuAkhbar. Mohon bertabah nak marking test yang sedang dorang jawab ni. 33 students. Nak menjerit boleh tak?

Hahaha.

Relaks.

In shaa Allah, Allah bantu nanti.
Yang penting, kita ikhlaskan hati. Betul tak?

Okaylah dear. I nak stop. Jumpa lagi di lain masa.

Semoga Allah permudahkan dan berkati segala urusan kita..


Friday, May 10, 2019

Kita semua perlu masa

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Apa khabar semua?
Semoga masih istiqomah dalam berpuasa.

Maaf jika masih tercari - cari cerita saya. Sebenarnya masih tidak betah segala.
Tidak mengapa, saya akan berkisah hari ini. Sebahagian daripadanya.

1 Mei lalu, setelah 9 hari nenek saya kembali kerahmatullah saya mendapat satu berita sedih. Saya ketika itu dalam perjalanan dari JB ke Kuantan. Tepatnya di Kluang. Kawan saya mendapat panggilan telefon dari seorang pelajar. Saya yang kebetulan duduk dikerusi belakang kereta turut ikut mendengar perbualan itu. Ianya dari Izzat, pelajar semester akhir jurusan pengurusan teknologi.

Izzat: Maaf ganggu Puan. Puan kenal Amirul?
Kawan saya (Kak Farah): Amirul? Amirul Ikmal?
Izzat: Iya. Ya. Amirul Ikmal.

Kak Farah: Amirul Ikmal, Aibar kan? (*Aibar ni nama panggilannya. Ringkasan dari nama penuhnya Amirul Ikmal Bin Abdul Razak = AIBAR)

Izzat: Ya. Aibar.
Kak Farah: Ha mengapa dengan Aibar?
Izzat: Aibar dah takde.

Kak Farah: (dengan nada sedikit tinggi) Izzat cakap apa ni? Siapa yang bagitahu? Jangan main - main dalam perkara ini?
Izzat: (kedengaran suaranya seperti keliru) Ayah dia baru call. Saya tak pasti puan. Saya nak pergi tengok dulu. Saya nak pastikan.

Kak Farah: Izzat dengan siapa tu?
Izzat: Dengan Family.

Kak Farah. Oh okay. Apa - apa bagitahu.

Panggilan dimatikan kemudian.
Saya. Mencerna satu persatu maklumat yang saya terima.

Aibar. Dia dah tak ada. APAKAH????

Dan anehnya, air mata saya terus mengalir.

Kak Farah memanggil saya memaklumkan. Kami berdua tergamam. Yang keluar hanya air mata beberapa ketika. Telefon diangkat. Nombor telefon Mama Aibar saya dail. Saya kira saya perlu dengar dari ibunya sendiri.

Bila panggilan bersambung dan salam bersaut saya jeda seketika. Lalu bertanya.

Saya: Mama, betulke apa yang zura dengar?
Mama: Betul Zura. Adik dah tiada.
Saya: Mama.... (saya kehilangan kata - kata)
Mama: Mama di masjid. Adik meninggal pukul 12.50 tadi. Di Klinik Kesihatan. Zura datang?
Saya: AllahuAkhbar. Zura di Johor lagi Mama. Ada tugas di JB. Baru dalam perjalanan balik Kuantan.
Mama: Tak apa. Zura doakan adik ye. Mintak tolong Zura bagitahu pensyarah dan kawan - kawannya ye.
Saya: Boleh Mama.

(Senyap seketika. Saya kehilangan kata.)

Saya: Mama... Mama dan papa berkuat ye...
Mama: InshaAllah. Terima kasih zura.
Saya: Assalamualaikum Mama.
Mama: Waalaikumussalam.

Panggilan selesai. Saya memaklumkan kepada isi kereta. Sungguh Aibar telah tiada. Air mata saya mengalir tanpa henti - henti.

Allah...
Kami memanggilnya Aibar. Pelajar semester akhir. Semester hadapan akan menjalani latihan industri ikut perancangannya. Cuma hujung semester lalu, arwah diserang sakit. Batuk lama dan demam berpanjangan. Pernah beberapa kali saya mengajaknya ke hospital. Arwah tidak mahu membebankan saya. Katanya mahu pergi sendiri. Hinggalah saya menelefon Mamanya. Dan kemudian berjaya memujuknya ke hospital. Tetapi masa itu tidak jelas sakitnya. Cuma arwah diminta hantar sample kahak ke hospital.

4 April 2019 saya tiada di pejabat waktu itu. Ada urusan di campus lain. Saya terima message dari Kak Farah dan Kak Pamela. Meminta saya menelefon Mama Aibar. Menurut kawannya keadaannya lemah. Dan kakak berdua sudah hubungi bahagian pengurusan pelajar. Mereka juga sudah hubungi ambulan. Ambulan sudah tiba tetapi Aibar tidak mahu turun dari asrama. Saya hubungi Mama. Dan setelah itu, Mama berjaya memujuk Aibar. 


5 April 2019. Dengarnya 7 Jam arwah di Bahagian Kecemasan. Sesak nafas dan bengkak kaki. Allah.. Petang itu saya melawatnya. Melihat keadaan dirinya yang nampaknya sedikit segar, arwah gembira benar melihat kami. Sempat saya berbual dan mengusiknya. Oh ya, saya memang gemar mengusik pelajar saya. Apatah lagi arwah ini pelajar dibawah jagaan saya. Saya mentornya.

Seberapa ketika, Mamanya mencuit saya. Saya ketepi sedikit.

Mama: Nampak ceria sikit dah tu. Tadi dia risau. Kalau berlama - lama di hospital ada ke yang nak jaga dan nak datang jenguk? 

Saya: Alahai... Tak apa Mama. Kami dan kawan - kawan sentiasa ingat akannya. 

Inilah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Inilah kali terakhir saya lihat senyumnya. Inilah kali terakhir saya dengar suaranya. Inilah kali terakhir saya mengusiknya dan dia seperti selalu berlagak biasa dan terhibur dengan usikan kami. Allah...

20 April 2019. Dalam perjalanan balik dari Melaka ke Kuantan saya menghubunginya melalui whatsapp. Bertanya akan keadaan terkininya. Saya ke Melaka lagi atas urusan kerja. Whatsapp saya dibiarkan sepi. 

21 April 2019. Hampir pukul 6 pagi, barulah balasan darinya tiba. Menurutnya dia sudah keluar wad beberapa hari. Dia mohon maaf tidak memaklumkan hal ini kepada saya. Katanya sekarang perlu makan ubat mencairkan darah. Katanya juga disebabkan ubat itu, keadaannya jadi lemah dan mudah sahaja naik marah pada papa dan mama. Katanya, entah berapa kali dia meminta maaf menangis - nangis pada papa dan mama. Katanya lagi, seminggu dua lagi eloklah ni. 

Whatsapp itu saya balas. Seperti biasa. Menasihatnya. Meminta dia banyak - banyak sabar. Perlu kuat semangat. Jangan sesekali mengalah. Dugaan datang. 

Dia membalas lagi. Berterima kasih. Katanya dia akan kuat. Diminta saya jangan risau akannya. Dan ayat terakhirnya, JUMPA LAGI MISS... 

AllahuAkhbar.
Saya merasa terkedu sungguh. Saya tidak sempat memohon maaf. Saya kira banyak salahnya saya sepanjang menjaga dia. Saya kira saya selalu mengusiknya berlebih - lebihan. Saya kira saya memang banyak beranggapan yang salah padanya. 

Sepanjang dalam kereta menuju ke Kuantan itu, saya terkenang - kenang gelagatnya dari semester 1 hinggalah ke semester ini. Teringat - ingat moment yang pernah kali lalui bersama. Terkenang - kenang kali terakhir saya bertemu dengannya. Air mata saya gugur lagi. Bila saya cuba memejamkan mata seketika, yang saya nampak wajahnya. Allahuakhbar.

Batch Aibar ini antara yang batch student yang rapat dengan saya. Sentiasa membantu. Sentiasa menghiburkan. Sentiasa menyenangkan walaupun kadang - kadang ada juga rasa 'menyampah'. Biasalah students kan. Kali terakhir saya mengajar batch ini adalah pada semester ketiga mereka. Tetapi mereka gemar buat pejabat saya itu bilik kedua mereka. Pejabat saya sebenarnya adalah Pejabat Dekan. Bilik saya ada disitu. Bila mana mereka tidak lagi masuk kelas saya, setiap kali jumpa dimana - mana reaksi saya seakan orang terubat rindu. 

Yang mana tinggal di asrama, bila mana mahu ke cafe atau pulang dari cafe, selalu sahaja masuk ke pejabat saya sebelum naik ke bilik. Duduk berlama - lama di sofa atau di pantri kecil kami. Berbual - bual. Bila ditanya ada hal apa, mereka selalu membalas mudah.

"Di bilik panas. Kat sini ada aircond." 

Kehadiran mereka biasanya tidak mengundang perasaan marah. Mereka tahu batasan mereka. Kadang - kala yang hendak bertanya mungkin seorang sahaja tetapi segerombolan masuk pejabat kami itu. Sebabnya jelas. Mahu aircond. 

AllahuAkhbar.
2 Mei 2019. Sejak awal pagi hasrat saya mahu melawat telah saya tetapkan. Malah, kebenaran dekan juga sudah saya dapatkan. Cumanya, fakulti saya diaudit hari itu. Tengahari baru saya dapat ke rumah dan pusaranya. Perasaan saya sebak. Tetapi saya tahan. Melihat mama yang kelihatan sungguh kuat, saya tahan air mata saya sungguh - sungguh. Perasaan saya makin sayu bila mana beberapa kali saya terlihat papa sedang menitiskan air matanya. 

Tapi Mama, Mama sungguh kuat. Mama sungguh kuat. 

Sebelum balik semula ke Kuantan, Mama dan Papa ajak minum - minum. Mama bercerita dengan saya saat - saat terakhirnya di rumah. Ada beberapa moment buat saya goyah perasaan.

- Mama dan Papa belikan adik katil baru. Mama nak adik selesa dan segera sembuh. 
- Arwah beriya belikan mama online bateri handphone, cover handphone. Minyak wangi. Mama tak nak tetapi arwah kata tak apalah Mama. Buat kenangan nanti. (AllahuAkhbar)
- Arwah mohon Mama jangan memasak. Mahu Mama dekat dengannya. 
- Sebelum keadaanya jadi critikal, arwah sempat berkata pada Papa."Papa. Adik rasa adik meninggal kejap lagi" (AllahuAkhbar. Wajarlah Papa tidak dapat menahan sedih)
- Katanya dia tidak mahu dibelikan baju raya tahun ini.
- Katanya nanti bulan puasa Mama dan Papa boleh berniaga seperti biasa. Ini kerana dia sakit, Mama dan Papa ada hasrat tidak mahu berniaga tahun ini. Mahu menjaganya. (Jadi benarlah. Dia sudah tiada. Mama dan Papa tidak perlu menjaganya lagi. AllahuAkhbar.)

Sepanjang kami minum. Papa acap kali menunjukkan gambar arwah. Gambar - gambar arwah masa kecil dan ketika bersekolah rendah dan menengah. Saya tahu Papa masih terkesan kehilangan anak lelaki satu - satunya itu.

Sungguh saya terkesan akan kehilangan ini. Kawan - kawannya apatah lagi. Izzat yang memaklumkan kami berita itu juga hingga hari ini terkenang - kenang. Katanya Malam 30 April, Aibar datang dengan Mama dan Papa ambil barang di asrama. Kalian sempat bermaaf - maafan. Yelah nanti akan pergi praktikal. Susah hendak berjumpa. Tiba - tiba siangnya, Izzat dapat berita, Aibar sudah tiada. 

Ye, kita semua perlu masa. Itu yang Miss pesan pada kawan - kawan Aibar. Kita semua perlu masa. Kami takkan lupa doa buat Aibar. 

Arwah nenek baru 9 hari pergi. Rasa kehilangan itu belum reda. Masih terkenang. Dan kini Aibar pula. Hari ini sudah seminggu lebih, tetapi masih terkenang - kenang. Masih terkedu kadang - kadang.


Benarlah kita semua perlu masa...

Mohon yang membaca entry ini,
Sedekahkah bacaan Al - Fatihah buat arwah Amirul Ikmal Bin Abdul Razak.
Semoga semua amalannya diterima. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Kita doakan Papa, Mama dan Kakak dikuatkan semangat. Kakak arwah sedang menjalani peperiksaan akhir di Jordan masa ini. Luruh perasaannya mendengar sang adik telah tiada. Apatah tidak, mereka hanya dua beradik. 

Mohon doa kawan - kawan arwah dapat bertabah juga. Mohon doa kami disini juga dapat bertabah.

Aamin.




Monday, April 29, 2019

April 2019, Permintaan Bonda dan Pemergian Nenda.

Assalamualaikum

Apa khabar semuanya? Moga - moga dalam keadaan yang baik.

Maaf lama tidak menulis disini. Bukan tiada bahan tetapi kesuntukan masa.

Perlahan - lahan lah kayuh kan?

April. Bulan yang sibuk. Menyiapkan markah sebelum para pelajar manjalani peperiksaan akhir. Sibuk dengan aktiviti itu ini. Ke Melaka lagi. Cerita bercuti dikala sibuk di Melaka penghujung Mac pon belum dicoret sini, tup - tup ke Melaka lagi kerana urusan kerja.

Tidak terkejar. Tetapi jalani sahaja hidup.

Pelajar diploma UTM saya baru sahaja selesai peperiksaan akhir Ahad lepas. Dua minggu mereka bertarung exam bermula 15 April lalu. Saya seperti biasa, akan mengambil cuti barang seminggu pada minggu pertama peperiksaan akhir. Ini kerana mahu rehat sebentar. Sudah saya maklumkan kepada unit exam bahawa saya akan bercuti. Saya fikir waktunya tepat. Pelajar diploma sedang menjalani exam dan pelajar bachelor sedang cuti pertengahan semester. Maka tiada kuliah perlu diganti. Boleh bercuti dengan aman. Tetapi lain halnya. Cuti saya diganggu kerana secara tiba - tiba saya perlu mengganti kuliah semester pendek. Tetapi saya sudah ada perancangan, maka cuti tetap cuti. 8 jam kuliah perlu diganti. Tak mengapa fikir saya. Boleh ganti pada hari sabtu atau ahad nanti.

Masuk minggu kedua, saya bersemangat penuh untuk masuk kuliah. Mahu berbincang dengan students tentang perancangan kuliah ganti. Hari Isnin itu, 22 April. Isnin minggu lepas. Sedang saya berkira - kira mahu masuk kelas seperti dijanjikan, saya mendapat satu panggilan telefon dari bonda.
Suara bonda kelihatan cemas semacam buat saya berdebar tidak keruan.

"Boleh cuti barang dua hari?" tanya bonda saya.
"Mengapa?" soal saya.
"Balik ke rumah sekarang. Ambil bonda dan along. Kita ke rumah makde petang ini juga."
"Ada something dengan wan ke?" Wan, panggilan khusus untuk nenek saya.

Dalam kepala saya sempat berfikir. Sekarang sudah pukul 1 lebih. Perjalanan ke rumah bonda memakan masa hampir tiga jam. Kemudian, perjalanan ke rumah makde di Negeri Sembilan dari rumah bonda itu hampir empat jam. Malam nanti baru sampai. Tentu ada sesuatu berlaku!

"Wan, menurut makde, kelihatannya lain benar. Bonda risau. Balik sekarang ye." sambung bonda.
"Baiklah. Tunggulah saya."

Tidak sempat mencari bos saya, saya segera memandu balik. Terasa mahu singgah dirumah sebentar kerana mahu ambil barang - barang keperluan.

Namun, ketika dalam kereta, saya dapat panggilan dari angah saya. Rupanya bonda sudah menelefon angah lebih awal dari saya,

"Angah dah keluar dari kilang. Akan ambil bonda dan along.Awak terus sahaja ke rumah makde. Esok bawa balik along." begitulah kedengaran arahan seorang abang.

Saya mencongak. Angah dari kilang di area Banting, mahu balik mengambil bonda. Kemudian ke rumah makde. Tentu malam juga sampainya.

Saya tidak pernah memandu seorang diri ke rumah makde saya. Biasanya ada bonda dan ahli keluarga yang ikut serta tetapi saya gagahkan juga diri. Dari pejabat saya singgah di pasaraya. Beli sedikit bekalan buat keluarga makde, kemudian singgah ke rumah ambil beberapa pakaian. Kemudian memandulah saya. Selepas hampir dua jam pemanduan, saya singgah berhenti solat di Muadzam Shah. Juga buat menenteramkan hati seketika. Perjalanan masih berbaki hampir dua jam.

Apabila saya sampai di laman makde, makde tentulah terkejut. Tetapi menerima baik kunjungan saya. Dibawanya saya melawat wan. Allah, sedih benar rasa hati saya. Nenek saya itu cengkung. Badannya kurus benar. Tiada isi. Hanya kulit dan tulang semata. Sebak dalam hati saya usah katalah. Tetapi saya sudah terbiasa menahan diri.

Ketika saya dekat dengannya hanya sesekali dapat mendengar suaranya dan melihat matanya dibuka perlahan - lahan.

Dan malam itu, tepatnya pukul 10 malam, Wan saya dijemput ke rahmatullah. Dan saat - saat akhirnya saya disisinya. Dua kali Wan saya minta air. Tiga kali saya berikan tetapi kali ketiga itu paling dekat dengan kali kedua. hanya berjarak few seconds. Kali ketiga itulah saya pangku wan saya dekat di dada kerana simptonnya seperti tersedak air. Jadi saya angkat dan letakkannya didada saya dan urut belakangnya perlahan - lahan. In few seconds juga keadaan semakin genting. Saya panggil makde dan pakde. Bila mereka mendekat saya menjarakkan diri sedikit. Beri ruang pada keduanya. Ketika itu saya mula gigil. Melihat Wan saya mencari nafas, oh sukar mahu saya jelaskan. Dan dalam kekalutan kami itu kedengaran bunyi kereta di laman makde, Saya berlari keluar. Buka pintu. Sepantas kilat saya arah angah, along dan bonda saya masuk. Mereka berlari masuk dan ketika itulah kali terakhir wan saya menghembuskan nafasnya.

Saya? Gigil. Dipeluk makde kemudian, gigil saya tidak hilang - hilang. Dipeluk bonda, gigil saya tidak hilang juga. Perasaan saya, takut mulanya. Kemudian terasa kosong. Tidak tahu nak bereaksi. Sedih tentulah ada, tetapi air mata saya tidak mahu keluar.

Usai solat isyak yang tertangguh itu, saya membaca Al quran. Berganti - ganti. Perasaan takut mula hilang. Muncul satu perasaan aneh. Perasaan kosong. Tidak tahu mengapa, saya jadi tidak mahu bercakap. Terkedu mungkin.

Dan hari ini, setelah seminggu, perasaan terkedu itu masih ada, Tetapi saya cuba kuatkan hati. Air mata saya tidak setitik keluar hingga hari ini. Tak mengapa, saya harap saya sentiasa kuat.

Ini kisahnya. Main topik sepanjang April. Segala perasaan gembira di Melaka tempoh hari terus hilang serinya. Padahal banyak kisah mahu saya ceritakan. Saya ke Melaka lagi 18 April lalu dan pulang ke Kuantan pada 20 April. Dan Wan saya pulang kerahmatullah pada 22 April.

Sedih, sebak semua ada. Saya kadang kala berasa cemburu kerana orang lain, senang - senang boleh lepaskan sedih itu dengan air mata. Tetapi saya, keadaannya bagai tertahan - tahan. Despite of crying, saya jadi diam segala.

Balik semula ke pejabat Khamis lepas, kawan - kawan ajak saya makan di restauran kegemaran kami, Cuba gembirakan hati. Hari Jumaat lepas ada makan - makan di pejabat. Bolehlah berjumpa dengan kawan - kawan dan cuba gembirakan hati.

Hari ini 29 April saya buat keputusan. Cuti yang saya telah mohon sebelum ini pada mulanya saya mahu batalkan tetapi saya kira saya perlu distraction. Plan ke JB esok saya teruskan. Meraikan pelajar UTM saya yang akan berkonvokesyen.

Jujurnya, saya kelihatan kuat segala tetapi sebenarnya tidak. Namun, saya doa saya kuat dan kembali bersemangat. Doa sama - sama ye.

Monday, April 15, 2019

TOF 2019

Assalamualaikum.
Apa khabar dearie?

Lama tak bersiaran kan? Maaf I agak kebizian.

Sebenarnya banyak yang I hendak ceritakan. Banyak perkara berlaku juga lately. Antaranya mengenai Istiadat Konvokesyen Universiti I, mengenai Pembentangan Laporan Latihan Industri, Laman my bonda, cerita percutian la, cerita pasal sakura dan lain - lain. Tetapi I tak sempat betul.

Sekarang I di rumah my bonda. Cuti sekejap. Lari sebenarnya dari ofis. Hahaha. No lah. I dah plan lama. Kebetulan student diploma mula final exam hari ini. Student BBA pula sedang mid term break. Jadi I pun apply cuti. Mulanya I nak cuti seminggu terus. Lagipula hujung tahun lepas I forward baki cuti ke tahun ini, 14 hari. Tambah cuti yang diperuntukkan tahun ini, jumlahnya hampir 40 hari. Jujurnya I baru berjaya cuti 3 hari. Untuk tahun ini, I kena habiskan at least 14 hari yang I forward itu. Sebab itu I hendak bercuti lama. Walaubagaimana pun, hujung minggu ini I ada outstation ke MMU, Melaka pula. Tak mengapa. Dapat balik bercuti sekejap ke kampung halaman dan menjenguk bonda sudah memadai.

Oh ya, tadi kami ke bandar. Jumpalah kenalan satu kampung. Mereka bertanya kepada bonda I ni siapa. Bonda balas yang I ni anak bongsu. Lepas tu kenalann tu balas menyatakan lainnya muka Ijan. Lama tak jumpa. I dah tersipu. Bonda balas lagi menyatakan Ijan tu kakaknya. Ini adiknya. Terpinga sekejap kenalan itu. Dan bonda sambung, yang ini jarang balik. Payah cuti. mendengar itu, aduh terkesan di sanubari tau. Punyalah susah balik, tak mesra pula dengan orang kampung. Sudahnya tai dikenali. Macam mana hendak buat ni?

Okay cukup. Mari bercerita tentang TOF 2019. Ini sukan antara fakulti. Sejak naik taraf menjadi universiti, penstrukturan semula dibuat. Dari 7 fakulti sebelum ini menjadi 4 sahaja. I sekarang di Faculty of Management atau singkatannya FOM.

Kami dapat tempat kedua TOF kali ini. Boleh dikatakan semua acara dapat pingat. Alhamdulillah. Ini sukan untuk pelajar tetapi I turun juga jadi penyokong. Kebanyakan student I adalah atlet fakulti. Jadi kena sokong.

So mari lihat gambar. Nanti kita cerita melalui gambar.



Lawa jersey fakulti tahun ini. our VC pon sukakan jersey ini tau. Oh ya ni dua jejaka hot. My students. Final semester Diploma in Technology Management. Yang ditengah tu namanya Izzat dan di sebelahnya adalah Syafiee. 



Team volleyball. 


Tengah perform. Team volleyball bawa balik pingat Emas dan Perak. Well done dear.




Ini kejadian semasa hari penutup. Ada aktiviti 10 ribu langkah. Kami jalan slow - slow menikmati cahaya pagi. Markah diberikan mengikut jumlah wakil fakulti yang ikut serta. Malangnya wakil FOM tidaklah ramai mana. Kalah dengan FCHAD. 





Okay tiga gambar atas ini adalah sempena meraikan kemenangan team futsal lelaki menewaskan team jemputan iaitu PETAMA di aksi Final. Sengit. Sampaikan Final Volleyball terpaksa ditangguh sebab semua tengok Futsal. 

PETAMA atau nama panjangnya adalah Pusat Pembangunan Ketamadunan Masyarakat Asli. Ini adalah pusat khas dibawah universiti dan dibiayai oleh pihak YP. Pelajar - pelajar nya diasuh bidang agama Islam dan ketamadunan agar nanti bila mereka telah berjaya dalam program ini, mereka akan diangkat menjadi Penggerak di kalangan masyarakat. 

Apa yang I hendak katakan di sini, pelajar - pelajar dari masyarakat orang asli ini, main sukan memang handal. Badannya lebih besar. Atlet FOM untuk Futsal kemain halus badannya. 

Kami menang dengan penalti. Setelah dua kali masa tambahan dilanjutkan. 

Bila dah menang, keadaannya macam menang keseluruhan kejohanan TOF pula. Semua excited. Apatah lagi ini dikira mengubat kekecewaan team bola sepak yang kalah sepakan penalti juga ketika separuh akhir. 

Kebetulan ramai yang beri sokongan, teruslah bergambar sakan. Aksi kami dilihat dek photographer rasmi universiti dan apalagi, pelbagai aksi lah yang muncul.   

team bola tampar, team futsal 


Bergambar dengan Prof VC dan DVC. Masa ini yang lelaki sahaja, Sebab tak muat stage itu. I kan bukan nak katalah, tapi I rasa bangga dengan student FOM. Kebersamaan tu jelas sangat. Dan rendah diri. When the leader approach the management team (Prof VC and DVC) he seek approval from us first and then slowly ke arah Prof VC, bersalaman cium tangan. I nampak Prof VC usap kepalanya, dan dia menyatakan hasrat hendak bergambar. Bila dah dapat persetujuan, sekali panggil sahaja, yang mana ada di court waktu tu terus ke arahnya. Yang perempuan pun faham. Tak ada ke sana bagai. Kemudiannya, bila selesai sessi mengambil gambar, semuanya bersalaman cium tangan sekali lagi bersama Prof VC dan DVC. Santun dan hormat inilah buat I yang ada disitu rasa sungguh bangga. Kenapa I kata begini? Jawapannya mudah. I tak nampak sikap ini pada kebanyakkan pelajar masa kini

Kemudiannya, turun dari stage, yang perempuan - perempuan dah tunggu. Bergambar ramai - ramai pula semua. Yang lelaki join the crowd. Tiba - tiba Prof VC panggil. He wanted to join us too. Tengok tu, sanggup Prof Vc duduk bersila bersama. 

Selepas itu the VC, came to us. Beliau berkata, bagus you all datang dan support students. By the way, baju ini tempah? Cantik. Ada corak batik. 

Kembanglah hati kami semua. Hahaha.



Mentee I. Si kecik ni. Main Futsal sungguh lincah. Laju kemain berlarinya. 






Ini kami semasa dan selepas aktiviti 10 ribu langkah. Kami kan jalan slow - slow sahaja. Jadi hampir satu jam baru sampai semula ke kawasan asrama.


Ini Amir Arsyad, ketua kontigen. Tengoklah tu badan nan sekeping. Main bola sepak dan futsal sangat lincah.








Okaylah inilah sahaja yang I hendak kongsikan. InshaAllah esok I update lagi. Jumpa lagi. 

Assalamualaikum