Sunday, August 9, 2020

Korang terkenal di sekolah?

Assalamualaikum. 

Apa khabar? Tadi lihat gambar ini di kongsi oleh kawan. Terus terkenang zaman sekolah. 

Di sekolah rendah, I'm not sure famous atau tidak. Lama sangat dah. Mungkin juga. Duduk di kelas pertama. Sering juga merebut tempat kedua, ketiga dan ke empat dalam kelas. Hahaha. Mengapa tidak tempat pertama? Sebab tempat itu tak pernah terlepas kepada sesiapa. Kekal menjadi milik tuannya dari darjah satu hingga enam. Namun tempat kedua hingga empat sering bertukar - tukar gerangannya.

Sekolah menengah. I akui I famous. Baru masuk sekolah hari pertama, sudah di cari - cari oleh para guru. Ini kerana I adik kepada insan paling famous di sekolah satu ketika dahulu. Siapa lagi jika bukan abang I yang terkenal serba serbinya itu. Dialah yang baik budi pekertinya. Dialah yang sering bantu para guru. Dia lah baik dari segi akademiknya. Jadi sejak hari pertama I masuk sekolah, sudah dicari - cari untuk lihat, adakah I ini seperti sang abang. Hehehe. Oh Ya, sorry. Ini memang post memerah santan. Harap maklom. 

Bila I masuk bilik guru, adalah yang memanggil. Bertanya akan si abang. Bertanya bagaimana pembelajaran I. Dan ada juga guru yang kenalkan I pada guru yang lain bahawa I lah sang adik kepada student kesayangan mereka itu. 

Di dalam kelas, I tahu walau sekadar ingin mengusik, I sering diberi tugasan yang sedikit mencabar seperti diberi soalan yang sukar untuk diselesaikan di papan hitam kerana I adik kepada sang abang. Kata mereka, soalan begini jika diberi kepada abang I, sekejap sahaja siapnya. I tahu para guru sekadar mengusik. Dan I bertindak sebaiknya. Jika I boleh menjawab soalan itu walaupun susah, I jawab. Jika tidak, I akan beritahu I tidak pandai. Mohon cikgu ajarkan. 

Jujur, ada masanya I stress kerana menjadi adik kepada student kesayangan semua orang. I rasa diri dibandingkan. Ye memang, abang I tu baik segala segi. I pula sang adik bongsu. Selalu dimanja. Mana mungkin cepat beradaptasi? 

Namun alhamdulillah, walau tidak sehebat sang abang, I cuba juga memperbaiki prestasi akademik. Setiap tahun, I Happy dapat hadiah kecemerlangan akademik. 

Naik tingkatan 2, I rasa I berjaya wujudkan populariti sendiri. Hahaha. Tetapi masih ada bayangan populariti abang I tu. I ingat lagi, PRS baru diwujudkan di sekolah. I dipanggil dengan beberapa rakan. Kami di lantik menjadi penggerak Utama PRS. Jawatan kami kekal hingga ke tingkatan 5. Ketika itu I masih dengar sang guru berkata, abang you mesti bangga. 

Kemudian, I berjaya sertai pasukan pantun sekolah. Mulanya I tidak berminat untuk sertai apa - apa pertandingan kerana I rasa sedikit jemu dibayangi sosok abang I yang aktif berpersatuan dan masuk segala macam pertandingan itu. Rimas disebut - sebut sang adik mesti ikut Jejak sang abang dan sang kakak. 

Ada seorang rakan sekelas, menyedari I seorang PRS. Maka hubungan I rapat dengan kaunselor sekolah. Diajaknya I menemankan dia pergi audition pantun yang dikelola kaunselor. Dan I rakan yang baik. Pergilah kami berdua ke bilik kaunselor di waktu rehat. Sampai - sampai, Cikgu kaunselor minta I ikut audition juga. Terpinga I sekejap. Diajarnya dek sang cikgu membaca pantun. Diajarnya juga sang cikgu mengarang pantun. Dan akhirnya yang terpilih masuk pasukan pantun adalah I bukan sang rakan tadi. Allahu. 

Terus famous. Semua senior tercari - cari siapa I hingga boleh masuk pasukan pantun? Di surau, nama I sering disebut - sebut dan sering diajukan soalan oleh senior - senior. Dulu antara maghrib dan isyak ada sesi pembentangan dibuat oleh kelas peperiksaan iaitu tingkatan 3 dan 5. Jadi nama I sering disebut lalu di tanyakan soalan - soalan. Alhamdulillah juga kerana itulah membuatkan I boleh recap pembelajaran yang tertinggal kerana sibuk berlatih pantun. 

Pasukan pantun sekolah kami, menang pertandingan peringkat zon, daerah dan negeri. Jadi kami mewakili Negeri Pahang ke peringkat kebangsaan tahun itu. Siapa sangka kan? I tak nafikan I banyak tertinggal kelas kerana berlatih dan ikut pertandingan tetapi jika I ada masa, I fokus sungguh - sungguh belajar. Tak kira dimana. I kira, I mahu letakkan diri I baik dari segi akademik dan bagus juga dalam pantun. Jika dengan masuk pantun boleh bawa I ke peringkat kebangsaan, akademik I juga mesti boleh bawa I naik stage ketika penyampaian hadiah di sekolah nanti. 

Jadi populariti tu berterusan. I enjoyed being famous at school. Hahaha. Indeed. Tetapi kadang kala ada gerunnya juga. Ada satu peristiwa. Di Tingkatan dua juga, I ada boyfriend. Kami selalu berbalas surat. Dan entah bagaimana dalam satu spot check di Asrama, surat I padanya dirampas. Waktu itu I dipanggil dek guru kaunselor yang juga penasihat pasukan pantun. Kena soal siasat. Lalu I mengaku sahaja tetapi, I jadi tak berani nak masuk bilik guru. Malu. Mujurlah, pasukan pantun menyerlah. Sibuk berlatih buat orang lupa perihal surat cinta itu. Alhamdulillah juga prestasi akademik I tidak jatuh kerana punya boyfriend itu. 

Naik Tingkatan 3, I ada geng. Siapa mencari hal, geng I akan back up. Pernah sekali ada senior kacau I sebab I buat hal dengan adik angkatnya sedar - sedar kes selesai sebab geng lelaki I dah face to face dengan senior itu. Haha. Dah jadi gangster sekolah pulak ye. 

Naik Tingkatan empat, macam - macam jawatan I pegang. Ada yang dilantik ada juga yang dicari. Aduhai. Mulanya I mahu tukar sekolah. Tetapi ada beberapa guru menasihatkan untuk kekal. Dan ada juga yang berikan I jawatan kerana mahu I tidak pindah sekolah. Bila I buat keputusan kekal, segala jawatan yang diberi I buat sehabis baik. Bila I pegang jawatan besar begitu, I rasa semua orang kenal I terutamanya di Asrama. 

Lagi 1 yang I rasa buat I famous dahulu, adalah bila tiba minggu bahasa Inggeris. Perhimpunan perlu dibuat dalam bahasa Inggeris. Sejak tingkatan 4 hingga tingkatan 5, tiada lain. I di pilih jadi emcee. Alhamdulillah, disinilah I belajar kuatkan keyakinan I bercakap dalam bahasa Inggeris dan disinilah I memulakan kerjaya menjadi emcee. 

Bila I dilantik jadi penolong kapten aspuri pada tingkatan 4 dan kemudiannya jadi kapten aspuri pada tingkatan 5, I tahu pengaruhnya besar. Tetapi masih ada juga kedengaran kata kata begini. 

'Dulu sang abang. Kemudian sang kakak Dan sekarang sang adik jadi Kapten.' 

Tetapi I tidak lagi tersinggung waktu itu. Alhamdulillah kami adik beradik berjaya membuatkan keluarga dan para guru bangga. 

Setiap tahun, bila tiba perjumpaan dengan Ibu bapa, I paling risau kalau - kalau guru I berkata I lain macam nakalnya. Tidak sama seperti abang dan kakak. Ye I gerun sebenarnya kerana parents I jenis tak percaya I. Maklumlah anak bongsu, manjanya berlebihkan? Dan syukur kisah surat cinta I tidak dikhabarkan kepada parents. My parents strict dengan I dahulu. 

Setiap tahun bila nama I diulang untuk naik pentas banyak kali ketika hari penyampaian hadiah, I rasa inilah yang I boleh beri kepada parents. Naik untuk kedudukan dalam kelas. Biasanya dapat nombor satu atau dua. Kemudian naik pula untuk hadiah subjek terbaik. Biasanya untuk matematik, Sains dan sejarah. Dan di Asrama, biasanya I bolot hadiah untuk semua subjek kecuali bahasa Inggeris dan geografi. Dua subjek ini ada top studentnya dan geografi bukanlah subjek kesukaan I. 

Biarlah orang nak kata apa, I memang popular di sekolah dahulu. 

Di Kolej dan Universiti, I kira I tidaklah famous mana. Mungkin hanya kerana prestasi akademik sahaja. Sejak masuk Kolej, I kurang masuk pertandingan. Kurang ikut aktiviti. Kalau pun ada, atas dasar dilantik atau di paksa. Sungguhpun begitu, I pernah juga jadi pengerusi kelab, pernah juga jadi ahli majlis pewakilan pelajar. Cuma keterujaan menjadi popular itu tidak sama berbanding hal di sekolah. I selalu risaukan prestasi akademik I sahaja. Apatah tidak, dek kerana prestasi abang dan kakak yang sungguh menyerlah, I juga telah ditetapkan target cgpa yang tinggi oleh keluarga I. Maka, tidaklah boleh bermain - main di Kolej mahupun di Universiti dahulu. 

Itulah kisahnya. 

Bila rakan I tadi tag nama I di Facebook, I jadi teringat semua peristiwa ini. Kawan I tag tadi, katanya I sangat famous di sekolah dulu. 

Aduhai... 

Rindu zaman sekolah kan? 


Monday, July 27, 2020

Updates

Assalamualaikum. 
Apa khabar semua? Lama tak menulis di sini. Ketahuilah acik Laura kesibukan. Bukan hanya blog yang tidak dikemaskini, akaun social media juga mendapat tempias yang sama. 

Tak apalah kan, janji jalani sahaja hidup yang serba mencabar ini.

Apa ye yang hendak ditulis kali ini? Keluh kesah boleh? Hahaha

Sejak PKP, pihak institusi bermurah hati memberi sedikit kelonggaran untuk bekerja dari rumah. Hingga hari ini masih lagi dibenarkan begitu. Namun kena sentiasa bersedia. JIka dipanggil, perlu ada di pejabat segera. Bermula 29 June, acik Laura dah mula masuk pejabat. Almost every day. Cuma waktunya lebih flexible. Kadang kala 10 - 6, atau kadangkala 9 - 5, atau ada masanya 10 - 2. Begitulah. Sesekali berjumpa sahabat - sahabat lalu ditanya soalan seperti pelik kerana acap benar di pejabat berbanding di rumah. Lalu acik Laura jawab seadanya sahaja. Banyak faktor. Antaranya memang dipanggil. Ada juga masanya perlu mesyuarat. Ada juga ketikanya internet coverage dirumah tidak stable atau memang sengaja mahu ke pejabat kerana merasa tidak productive berada di rumah.

Institusi kami terkena juga tempias 'angin gelap' dibawa oleh Covid19. Kurang sambutan pada pengambilan pelajar kali ini. Namun tidaklah sehingga tiada. Cuma merosot teruk. Maka, semua pekerja perlu standby. Standby dari segi emosi dan perbelanjaan. Acik Laura faham, dalam keadaan begini, semua juga buntu. Dan mungkin itulah sahaja jalan yang ada. Jujurnya, Acik Laura masih boleh rasional dalam hal ini. Walaupun ada insentif dibekukan/ elaun dipotong, kerjanya makin bertambah - tambah juga. Tetapi untuk apa lah sekadar merungut kan? Baik berasional dan cuba bantu. Mudah - mudahan rezeki lebih besar menanti. Kawan - kawan bagaimana pula?

Next, hahaha.
Jumaat lepas adalah ulangtahun kelahiran Acik Laura. Udah tua ye! Namun syukurlah masih sihat. Masih ada pekerjaan. Masih punya family dan sahabat - sahabat yang sentiasa menyokong. Masih punya pelajar - pelajar dan bekas pelajar yang masih ambil berat. Syukurlah. 

Dan oh ya, masih punya guru - guru yang masih mendoakan. Ucapan pertama diawal pagi itu datangnya dari seorang guru Acik Laura yang Acik gelarkan ayahanda. Beliau guru sejarah acik ketika di tingkatan tiga dan guru ekonomi asas di tingkatan 5 selain berperanan menjadi guru disiplin dan warden asrama sepanjang acik Laura tingkatan satu hingga lima. Jangan terkejut tetapi ayahanda memang bersifat begitu. Kasihnya meluas kepada semua pelajarnya. Beliau yang kini berkhidmat di PPD jika sesekali datang bermesyuarat di Kuantan, kerap juga ajak berjumpa dan melayan Acik seperti anaknya juga. Banyak jasa ayahanda dan ummi buat Acik Laura. Hingga kini setelah berpuluh tahun Acik tinggalkan dunia persekolahan. Alhamdulillah syukur dan Acik sentiasa doa buat ayahanda dan ummi serta guru - guru acik yang lain. Moga Allah kurniakan ganjaran syurga buat mereka. 

Menjelang tengahari, whatsapp, messenger dan instagra dm mula meriah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa - doa buat Acik. Acik Laura doakan Allah lipat gandakan rezeki buat kalian semuanya. 

Lain pula ceritanya di pagi Ahad. Ada satu berita duka Acik dan kawan - kawan terima. Terkedu Acik Laura. AllahuAkhbar.

Kami mendapat perkhabaran sahabat yang pernah bekerja sekali di institusi ini telah pulang kerahmatullah sejak 30 Mac yang lalu. Allahu. Sudah lebih 100 hari, barulah beita ini kami terima. Terkesan sungguh. Apatah lagi, banyak juga kenangan dek bekerja bersama. Kami muda belia lagi ketika itu. Masing - masing baru tamat pengajian dan baru mula bekerja. Baru mula mengajar. Banyak halnya dahulu. Namun perkhidmatannya di organisasi kami tidak lama. sekitar 2 tahun sahaja.. Atau kurang kerana mendapat pekerjaan lain di negeri lain. Sejak itu, jarang - jarang sekali beritanya kami terima disini. Dan akhirnya kami terima berita kepulangannya ke rahmatullah pagi Ahad lalu. Allahu. Mohon doakan arwah sahabat Acik ye. 

Raya Haji akan disambut Jumaat ini. Persediaan kawan - kawan? 
Bagi Acik, raya begini adalah waktu berkumpulnya sanak saudara sambil meteladani sirah perjuangan para rasul. Bekorban walaupun perkara itulah yang paling disayangi. Bekorban untuk mempersiapkan diri masing - masing ke alam yang abadi. 

Sambutan rayanya di rumah Bonda sama sahaja dengan sambutan Aidilfitri. Tahun ini bonda sudah merencana menu masakan untuk hidangan dan santapan anak cucu. InshaAllah, apa jua bonda berhajat, kita cubalah bantu apa adanya. 

Jaga diri kawan - kawan. 
Bak seruan kerajaan, kita masih belum menang. 
Sejak seminggu lalu di Kuantan sudah ada lima kes baharu. Jujurnya muncul sedikit trauma dihati. Mall, Acik pangkah siap - siap. Hanya satu mall yang Acik belum pangkah iaitu TMG Mall berdekatan pejabat. Inilah tempat Acik Laura cari barang keperluan dan barang basah jika tidak mahu ke pasar. Merasa juga hendak ke Mydin tetapi mengenang sesaknya ia, Acik diamkan sahaja hasrat dihati itu. 

Sudahnya, membeli atas talian menjadi - jadi pula. Aduhai...


Okaylah sudah lewat malam. Acik Laura mahu siapkan sedikit nota untuk kuliah esok pagi. 
Jumpa lagi ye. 

Moga sihat - sihat selalu. 

 

Friday, June 5, 2020

Raya 1441 H

Assalamualaikum.
Apa khabar all? Moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.

Hari ni pertengahan Syawal tapi baru nak up kisah raya. Tak apa kan?

Tahun ini nyata berbeza. Kurang tetamu. Hanya seisi keluarga meraikan. Namun, di rumah Bonda, persiapannya tetap sama seperti tahun - tahun sebelumnya.

Ayat keramat Bonda:

'Masak untuk kita. Kita juga yang nak makan nanti'

Maka menu raya tahun ini adalah seperti berikut:
1. Lemang pulut dapatlah dalam 10 batang
2. Lemang tepung dalam 10 batang juga
3. Ketupat segera dua kampit (total of 72 pieces)
4. Rendang Maman Negeri Sembilan style dengan ayam pencen
5. Daging lembu masak dendeng
6. Kuah Lodeh my family style
7. Kuah kacang
8. Rendang ayam.

Fuh! Tapi tak apalah, berkongsi bersama keluarga kan?

Ada sebenarnya tetamu datang. Kawan anak saudara dalam 7 orang. Dan anak jiran 3 orang.

Kuih raya? Banyak. Seperti tahun - tahun sebelumnya. Almost 20 types. Tak tipu. Memang begini sokmo. Ada buat, dab banyak juga yang dibeli kakak Dan abang serta sedekah majikan along.

Tahun ini alhamdulillah seisi keluarga ada. Tak ramai. Hanya 16 orang. Dan keluarga abang dan kakak hanya datang berziarah raya pertama seperti saranan MKN. Mereka tidak tidur bermalam pon.

Tahun ini rancangnya sejak tahun lepas adalah giliran berhari raya di Negeri Sembilan. Bonda dari awal sudah berpesan,

'Jimat - Jimat belanja. Raya nanti nak balik ke Negeri Sembilan beberapa hari. Melawat keluarga di sana.'

Namun perancangan Allah mengatasi segalanya.

Kami VC sahaja dengan keluarga disana. Dan sama - sama makan Rendang Maman yang dibuat masing - masing.


New Normal. Sediakan siap - siap. Depan pintu ni adalah paip laman. Semua kena basuh tangan sebelum masuk. Dan pakai sanitizer. 


Anak saudara No. 4. 18 tahun. Baru dapat tawaran sambung belajar dua hari lepas. Alhamdulillah.


Anak saudara No 3, No 6, No 7 dan No 9. Yang no. 3 masih menunggu tawaran belajar. Belum keluar lagi resultnya. Yang no 6 hingga no 9, sejak cuti sekolah bulan 3 lalu, hada di rumah Bonda. Ini rutin bagi mereka. Kerana jika tidak musim cuti, agak susah mereka boleh balik ke rumah bonda. Namun kali ini, alhamdulillah. 


Berbaju biru anak saudara sulung. Tak sampai 3 minggu menyambung pelajaran peringkat ijazah di UiTM Jasin, pulang ke rumah bonda. Pihak Universiti minta kosongkan kampus. Sudahnya belajar online sahaja. 


Mereka lagi. 


Bersama anak saudara No 2 dan No 5. Yang si kakak, sama kesnya dengan si abang sulung tadi. Cuma mereka berlainan kampus. Jika si sulung di UiTM Jasin, si kakak pula di UiTM Shah Alam. Yang No 5 ini, tahun ini SPM. 

Baju kami memang sepesen. Kainnya dibeli tahun lepas di NurArfa, Kuala Terengganu. Seluruh keluarga ada. Cuma tak ada gambar lengkapnya pula. Material dari kain batik premium. Kami beli berpasang - pasang dan bermacam warna. Sesekali mahu sedondon dan dimurahkan rezeki lebih tahun lalu. 

Tiada kemana - mana tahun ini. Malah ke rumah jiran pun tidak. Hanya bertegur sapa di tepi pagar. 

Moga segeralah hilangnya virus Covid 19 ini. Ayuh, amalkan new normal. 

Salam Aidilfitri semua. May Allah bless. 

Thursday, April 23, 2020

Salam Ramadhan 1441 H

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan semua.

Seperti petikan kata - kata PM kita dalam Perutusan Khas sebentar tadi,

Ramadhan kali ini lebih istimewa...

Benar. Bagi saya sendiri, beberapa tahun Kebelakangan ini:

- Sering kali susah benar dapat pulang kampung berbuka dan bersahur sama keluarga. Kerana ada tugas dan kerja perlu selesaikan walaupun pada hujung minggu. Alhamdulillah sudah hampir 6 minggu bersama keluarga. Masa bersama keluarga lebih panjang. Bekerja juga tetapi hanya dari rumah. Tiada lagi urusan kerja di hari minggu. Syukurlah.

- Terawih buat bila mana teringat. Dan tidak letih. Biasanya sendirian sahaja di rumah. Tahun ini inshaAllah mahu consistent berjemaah bersama keluarga. Malam ini sudah bermula. Seluruh isi rumah berjemaah sekali, aduhai dalam hati, sebaknya berbuku - buku.

- Menu sahur dan berbuka amat mudah. Apa yang ada sahaja. Hanya minum nestum 3 in 1, overnight oats, Susu dan oats atau hanya segelas air masak di waktu sahur. Jika berbuka, biasanya hanya 1 jenis masakan sahaja. Saya nyata tidak memilih makan. Itu kisah dirumah sendiri. Tahun ini tentulah lebih teratur dan penuh zat menunya. Namun sebentar tadi, saya telah siapkan sebekas overnight oats. Bimbang di awal pagi perut tidak mahu makan nasi.

- Dirumah sendiri, ada masanya malas bangun sahur. Moga kali ini bila dirumah bonda, tiadalah sifat malas itu.

- Dirumah sendiri, biasanya masa banyak dihabis kerana urusan sendiri atau menonton movie. Dirumah bonda, banyak kerjaan perlu dibuat.

Benar, Ramadhan kali ini istimewa. Dan seperti kata seseorang yang saya panggil Dear, Ia akan jadi istimewa kerana kita sendiri. Tanggungjawab kita menjadikan Ramadhan ini istimewa. Jadi, marilah kita sama - sama memperbaiki diri. Sama - sama menjadikan Ramadhan ini sungguh istimewa.

Selamat berpuasa semuanya.
Moga Allah ampunkan segala dosa kita.
Moga Allah temukan kita dengan malam Lailatul Qadar.
Moga Allah angkat segala musibah kita.

May Allah bless.

Monday, March 9, 2020

Langkawi Trip Bahagian 3

Assalamualaikum all. I dalam conference. Mengantuk la hai. Hehe. So mari sambung kisah bercuti.

Kali ini I nak sambung kisah pada hari kedua I di Langkawi. Macam biasa kami breakfast berhampiran hotel. Tapi seriously, I takde selera. Jadinya I makan roti sahaja. Selepas makan, kami terus ke Langkawi Cabel Car. We all ambil pakej yang disediakan. Banyak sangat perubahan di sini kalau I bandingkan dengan keadaan kali terakhir I kesini pada tahun 2012 yang lalu.

Pakej yang kami ambil adalah SkyCab, SkyDome, Skyrex, dan 3D Museum. Ada juga pakej lain yang boleh di tambah tapi I stick dgn original package yang kami ambil. Lagipun, I rasa tak berbaloi. Harganya agak mahal. Hehe.

Okay, naik cabel car. Kali terakhir yang lalu, I takut sangat dan tak naik pon cabel car tu. I rasa I takut tinggi. Tapi this time around, I gagahkan diri. N alhamdulillah, I tidak berasa takut. I sangat relaks. Sungguh. Kuasa Allah. I tak berani nak berkata lebih. I syukur sangat Allah permudahkan.

Rasa tak puas.

Turun dari SkyCab, kami masuk Skyrex. Bolehlah. 3D. Kena kejar dengan dinosaurs semua. Kemudian masuk SkyDome. Yang ni I rasa bosan. Tak menarik pon. In fact, after the show, semua macam bebel, ni je? Haha.

Kemudian kami masuk 3D Museum. Banyaklah boleh tengok dan bergaya bergambar. Hehe.

Okay, layan gambarlah. Nanti I sambung lagi.


Gunung Mat Chinchang. Di kaki gunung inilah terletaknya starting point cabel car


Ini SkyDome. Dalam ni kita masuk macam panggung. Nanti akan ada sesi tayangan berkenaan planet dan demonstrasi roller coaster. Agak membosankan. Tapi bawa kanak - kanak dorang sukalah agaknya. 


Students berhampiran pintu masuk skycab




Among the views 


Yang ni masa dekat second stop. Kita boleh keluar. Naik tangga sikit. Boleh jumpa cafe. Then boleh naik tangga lagi dan naik ke menara tinjau. Kat sini ada pakej tambahan juga kalau nak iaitu Sky Bridge(jambatan je antar dua gunung),ada juga SkyGlide. Tapi menurut kata kawan yang ambil pakej tu, katanya tak berbaloi pon. 



Ni tangga yang I maksud kan untuk ke menara tinjau. Okay, kena berhati - hati. Angin sangat kuat. Allahu. Tapi feel dia kat situ memang tak boleh lawan. Syukurlah dengan nikmat Allah. 


Dekat SkyDome dan Skyrex, I tak ambil gambar. So mari layan aksi I dalam 3D museum. 


Kau mampu? Pakai mask sambil menyelam? Hahaha. 








Okaylah. Sungguh banyak yang boleh explore. Lepas keluar 3D museum kitorang terus kelaparan. Makan lah churros dan pergi tealive. Hehe. Kemudian, barulah cari makan dan ke kedai Gamat. Yang ni I cerita lain kali. 

Thursday, February 27, 2020

Langkawi Trip Bahagian 2

Assalamualaikum all. Sihat - sihat hendakNya.

Ayuh sambung kisah melarikan diri dari office ke Langkawi baru - baru ini.

Okay I nak sambung sikit kisah bila dah jejak tanah Langkawi pada 7 Feb. Rupanya bila menaik I perkhidmatan Feri Auto /Ro Ro ni, jetinya tidak sama dengan Jeti feri biasa. Ianya terletak di Langkawi Port, Tanjung Lembung. Jauh juga dari Pekan Kuah.

Sesampai di bumi Langkawi, destinasi pertama kami ialah ke Kawasan Beras Terbakar. I tahu tempat ni. Dan sejujurnya I tak teruja pun. Sebab tahu yang beras - beras tu dah dimasukkan dalam pinggan dan diletakkan dalam kotak kaca di tepi halaman rumah dan kawasan dimana beras itu dibakar, dipagarkan. Tapi tak apalah. Jalan sahajalah. Dan nak sampai ke pintu depan kawasan beras terbakar tu, ada market. Hehe. Tempat jualan batik2 jawa. Shopping you all, sapa tak suka. I end up beli juga 4 helai kain batik. Bagi hadiah kepada kakak I untuk dijadikan baju kemeja untuk anaknya empat orang. Hehe.


Lepas pergi sini kami ke Kilim Geoforest Park. Yang ni best. Best sangat. Rasa nak repeat!

Hari dah lewat tengahari kami sampai. Seingat I naik bot tu around 3.30 petang dah. Okay, pakejnya mengambil masa 2 jam. Mula - mula takut naik bot. Tapi lama - lama seronok. Abang yang bawa bot tu pulak kemain merempit. Allahu. Bila dia buat lencongan, pergh best weh! Hilang semua ketakutan yang kononnya ada.

Kami singgah banyak perhentian juga. Tempat ternakan ikan. Siap ada fish show lah weh atas rumah rakit tu. Bagus untuk kanak - kanak. In fact, yang buat pertunjukan tu pun budak around 10 atau 11 tahun.

Lalu gua buaya juga. Rendah sangat guanya. Do not worry. Tak ada buayanya pon. Kata abang bot, dulu - dulu ada.

Kemudian abang bot bawa ke tempat beri makan kepada burung - burung helang. MasyaAllah, banyak sangat burungnya berterbangan di udara dan mencecah air. Sungguh! Tak tergambar perasaannya. I never have this experience before. Syukur.

Kami dibawa ke pinggir Laut Andaman. Sempadan Malaysia - Thailand. Bot dihentikan. Duduk lah di tengah laut. Anehnya, I sikit pon tak rasa takut. Padahal I kalau naik bot kat sungai ke, kolam ke, apatah lagi laut, memang penakut habis.

Akhir sekali, kami dibawa ke kawasan gua kelawar. Yang ni I surrender. Nak tahu kenapa. I takut masuk gua. Gelap. Dan kelawar, not my thing! Jadinya I duduk di Jeti sahaja. Tunggu kawan - kawan sambil layan mengedit gambar kami masuk IG. Hehe.

Okay, layan gambar ye.


Rumah kayu ini, maaf I tak baca sejarahnya. Tetapi disinilah tapak Beras Terbakar tu



Ni tinggalan berasnya. 





MasyaAllah. Begini keadaannya kawan - kawan. 


Beginilah bot yang kami naiki sepanjang menjelajah Kilim Geoforest Park






Ini tempat Fish Show dibuat. 





Melalui gua buaya


Sebahagian ahli rombongan





Berhampiran gua kelawar, jika tidak silap I. 

Last, semua orang dapat bergambar macam ni. Gambar di sini, I tak sempat edit. Lagipula, setting asal agak gelap. Tak apalah. Janji ada kenangan. 


Tuesday, February 18, 2020

Langkawi Trip 2020 Bahagian 1

Assalamualaikum semua. Apa khabar?
Okay sambil - sambil ni, I nak mengimbau sedikit tentang percutian (read lari dari Office) ke Langkawi baru - baru ni.

I ikut trip organized by our tourism management students. Ada few sits available and when the lecturer in charge called me, I straight away said yes. I will definitely support student activities like this.

I need break. That's all I think at the first place. Jadi, ikutlah I ke Langkawi.

Kami memulakan perjalanan sekitar jam 8.00 malam, 6 Februari yang lalu. Singgah solat, makan di RNR Temerloh. Kemudian singgah lagi di RNR Sg Perak. Dan akhirnya berhenti subuh di kawasan Air Hitam. Kami tiba di Jeti Kuala Perlis sekitar 7.30 minit pagi, 7 Februari.

Kebetulan my BFF yang ikut trip sekali ada Ibu saudara yang menetap di Kuala Perlis. Jadi kami ke rumahnya untuk mandi dan bersarapan. Kami dijadualkan menaiki feri ke Langkawi sekitar jam 10 pagi.

Pertama kali menaiki perkhidmatan Feri Ro Ro atau Langkawi Auto sungguh menarik. Perasaan tu berbeza. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Langkawi Port memakan masa 2 jam perjalanan. Perkhidmatan Feri ini membenarkan kenderaan dibawa sama. Kenderaan di tingkat bawah Feri, manakala dek penumpang di Tingkat dua dan tiga. Jika Feri penumpang, ia hanya mengambil masa 45 minit perjalanan dan sitting arrangement telah ditetapkan, tetapi bagi Feri Ro Ro ini, ianya adalah free sitting.

I sempat duduk di luar dek penumpang. Duduk mengadap Laut. Berasa syukur. Berasa sungguh indah ciptaan Allah. Alhamdulillah, I tidak berasa gerun. I selalu rasa I mudah mabuk laut. Tetapi alhamdulillah, kali ini I tidak berasa takut.

My BFF and I. Masa ni baru sampai Kuala Perlis. Tengah tunggu mak saudara BFF I ni. Muka penat sangat. I sepanjang malam dalam bas tak boleh tidur. I rasa I hanya betul - betul lelap hanya sekitar 1-2 jam sahaja. Idk people, I sangat susah tidur dalam kenderaan. Susah sangat. Tak tahulah ni satu kelebihan atau penyakit. 

Dalam feri. Ada kiosk dalam tu. Boleh beli makanan. Ada meja juga. Oh memang kami semua pakai face mask. 

Susunan kenderaan di lantai bawah Feri. Bas berbumbung pink itu, adalah bas yang membawa kami. 


Cuaca sangat baik sepanjang berada di Langkawi. Laut sungguh biru. Indah sungguh. 


Laut.. 
Indah sungguh. 
Segala Puji Hanya Bagi Allah. 

I stop dulu. Nanti I sambung ye.