Sunday, November 15, 2009

Never stop fighting eventhough the fighting is done..

A quote to remember for the rest of my life...

To be honest, it was far years back when I firstly discovered it on the wall of Universiti Malaya's room at my school hostel. Every rooms must have those motivation quotes to keep reminding the adolescents of what they should behave or react. It was actually my elder sister's room. Mine was Universiti Islam Antarabangsa.

Clearly stated on the wall that we should 'NEVER STOP THE FIGHTING TILL THE FIGHTING IS DONE' and it became my philosophic strength for many years. Yes it is true to say and hold that everything must be filled with efforts till we get what we want in life. We should put our ultimate commitments in whatever task we did and its for sure never stop fighting till the fighting is done.

However, when age keep growing year by year and life is not as easy as before, I started to think that the old quote was no longer appropriate and need to be revised. hehe..So skema right? Never mind.

By the way the new quote is not 100% altered from the original one coz the former was great and still giving much motivation to me. Here it goes, 'NEVER STOP FIGHTING EVEN THOUGH THE FIGHTING IS ALREADY DONE'. This is due to the basis that we should not always feel comfortable to what we've done. We should try harder. We should put extra efforts to make sure the success can be sustained and forever ours. Betul tak?

Guys, life is truely challenging. Again, try all your best and gain the best. Never stop fighting... Reserve only the best for your life and Keep fighting for the best!!!

And last but not least, what makes the motivation level in you keep increasing day by day? Mind sharing with me?

Sunday, October 18, 2009

July 2010 until Jan 2012....

It was a starting point to a thorough discussion when I suddenly said:

"Next year, I dah tak mau pegang marketing unit la. We can appoint newbies. Ramai yang berkebolehan bos"

"Give me ur reason?" begitulah bos ku bertanya. Actually this conversations were created just after he advised me to set up for an urgent meeting this evening. Wawawawawa

After few second pause, I replied.

"Its time for me to further my study. I do really hope to do it full time. Can I boss?"

Again after few second silent, my boss give me this answer.

"Alahai, further study tu I mmg galakkan tp when you said nak buat full time, I dont think the scheme is available right now. Buat part time sahajalah."

Saya berfikir panjang. Sebenarnya bukan apa, saya ada 1 perasaan tak yakin kalau buat part time. Hehe. Entahlah.

"Zura, I'll discuss this matter with our boss first and forward to KU committee members. After that, you will receive the answer. Is that okay? For the time being, stop thinking to let go ur position."

Thanks boss to put an effort helping me. Thanks boss for being understanding. Thanks boss for giving me an opportunity to say this. Apapun, i do really hope, kalau x dpt tajaan pun, I be given cuti belajar. Tak lama pun. Setahun setengah je. After that, saya akan kembali bekerja for two years and fly for another 4 year-doctorate study plak. Again, Can I Boss?

Sunday, September 27, 2009

Kisah Aidilfitri 2009

Assalamualaikum...

Moga semuanya dalam keadaan yang baik2 belaka serta dalam lindungan Yang Maha Berkuasa.

Kisah aidilfitri 2009. Ada yang kelakar. Ada juga yang sedih. Apa jua ianya menambah rencah kehidupan seorang yang bergelar manusia. Tak begitu?

Saya pulang ke kampung pada malam khamis, 17 September 2009. Sampai di kampung lebih kurang pukul 2 pagi. rumah masih sama. Tiada sebarang perubahan.

Pagi Sabtu, rumah riuh rendah dengan persiapan lemang dan rendang. Macam2 keadaan. Itupun kakak ajak buat kuih lagik. Ah, tak sanggup den! hehe. Sebenarnya dah berhajat malam nanti nak masak dua jenis kek. Itu yang mood buat kuih dh xde. Tapi bila malam lain pula jadinya. Tak jadi buat kek and muffin as tempat bakarnya tak ada. Sudahnya, malam itu, di penuhi dengan aktiviti memasang langsir, tukar sarung kusyen luar, isi kuih dalam balang, pasang karpet, serta masak utk menu pagi raya (soto ayam n masak lontong). Malam itu tidur lebih kurang jam 2 pagi.

Di pagi hari raya, tak banyak perkara berlaku. We went to Mak Long's house to visit my only grandma. She's okay. Masih tegap berjalan, sihat, tutur kata masih jelas dan kekal langsing (hehe) wlpn umurnye dh 83 tahun. Alhamdulillah.

Hari raya ketiga, walau dengan pelbagai rintangan, (thanks to bonda n angah), akhirnya jadi juga muffin oren dgn chocolate rice cubaan saya. Alhamdulillah sedap bebenor! 1st time mencuba tue! hehe. Again thanks bonda n angah for ur indebted assistance during the preliminary steps. Without mum n angah, pasti tak berjaya masakan ku itu! wawawawa...
(bonda, next gaji insyaAllah, akan ku belikan oven yg br yek.)

Hari raya ke empat, saya dikunjungi sahabat karib waktu di sekolah menengah. Datangnya membawa satu perkhabaran gembira. Alhamdulillah. Moga-moga berhasil. Walaupun pada dasarnya saya sedikit terkilan kerana berita itu saya dengar bukan dr mulutnya terlebih dahulu namun tak mengapalah. Berita baik begini bukan selalu kunjung tiba. Harapan saya, moga teman saya itu, berbahagia dengan apa jua keputusan yang diambil. Saya akan tetap menyokongnya. Harapan saya juga, moga persahabatan kami ini akan kekal hingga akhir hayat.

Hari raya kelima, I tried another recipe. huhu. Bolognese Spagetty just like what u can buy at any Pizza Huts and Secret Recipe. One of my nephew who reluctant to try, suddenly bertambah2 sampai enam kali. Wawawawa. When i ask, how many stars will i get out of 5? And here was the answer: Full marks maksu. Excellent! (puji2 lebih ni ada makna ka?)

Hari raya keenam, saya mendapat berita gembira sekali lagi. Anis, my bestfren a.k.a my classmate for 11 years (6 years in primary school n another 5 years in secondary school) delivered her first baby named Muhammad Abid Zafran Bin Abdul Jalar. So comel.So kena dengan nama itu. Tahniah to Anis n Jalar (my sedara jauh..hehe)

Besides, my nephew Wan Muhammad Malik get engaged on 24 Sept. Congrats yet bare in mind, dugaan bertunang macam2. Moga berjaya atasi segala.

Last but not least, thanks to everybody for the supports. Really appreciate them. Really value our friendship. Really hope we can enjoy the life.

Thursday, September 10, 2009

Feelin' Better

Assalamualaikum. I've just finished my last class for today at 5.40 pm. Huh! Long day with tremendous efforts. Today I had 4 classes. 3 of them were Principles of Marketing and another one was Business marketing class for second year students. By the way it would considered as my best day after all. Giving students essential knowledge for future, make them understand marketing and eventually love it. Also induce them to be more practical yet dreamed a lot, encourage them to be ethical marketers yet better consumers, allow them to imagine something invisible, and enjoying themselves. It always be my precious moment when they evoke their passions, stressed out their concerns and rationality and stayed until the end of class hours.

Not to mention that i hate other classes but today the feel is much better. Maybe it is becoz of your doa that helps make my day. Maybe also your inspiration had inspired me. Maybe becoz of the 'sms' eventhough it just say a word or maybe becoz of the spirit and many other reasons. But for sure it's comes from Allah. Syukran 'ala kulli syaik.

Again, it is the way we think and how we tackle problems do facilitate the way we act in every manner. I believe every single person should be appreciated and they should also be given the right perception. I believe that whatever influence our decision making , it does give us a sense of hope. I beleive to gain something it must be with pain. I believe if we don't put our efforts, nothing we can acquire. For all these, we determine what we want in life and how we get them. To do these, its always be a question. To be in the right track or to be in the fast track? Tepuk dada tanyalah selera!

Finally, live well and enjoy it. Be a good citizen. Be a better person. Be the best! Insya Allah.

Tuesday, August 18, 2009

2 Tahun Sudah Berlalu

Esok, 19 Ogos 2009 genaplah dua tahun arwah meninggalkan kami sekeluarga.

Sudah dua tahun rupanya sedang saya masih lagi merasakan arwah ada. Sungguh, perkara ini memang membuatkan saya rasa kurang dewasa. Masih segar dan hangat pelukannya setiap kali kami bertemu. Masih terdengar akan suaranya memujuk dan mengusik saya. Sungguh, saya masih lagi dapat merasa kasih sayangnya pada saya. Cuma saya rindu benar nak melihat senyumannya. Saya rindu benar nak mendengar ceritanya melalui hidup yang sukar. Apajua, saya doakan semoga rohnya berada dikalangan yang beriman.

Arwah memang tiada gantinya dalam diri saya. Walau waktu kecil dahulu arwah jarang ada tetapi saya sayang benar dengan arwah. Walau arwah telah menekankan dan memaksa saya dalam banyak perkara, kasih sayangnya melebihi segala.

Bagaimanalah hendak saya rawat hati yang rawan ini? Wahai Laura Azura, bertahanlah.....

Wednesday, August 5, 2009

Adib Naqiuddin...


Alhamdulillah, dalam dugaan yang mencabar, lahirlah Adib Naqiuddin dalam keluarga saya. Saya doakan Adib Naqiuddin sehat dan dapat membesar dengan cepat. Sungguh, ianya satu kebahagiaan yang tak dapat saya bayangkan sebelum ini. Iya, setelah enam tahun lebih, barulah ada anak kecil dalam keluarga saya.

Apa jua, saya kira ini adalah hadiah ulangtahun kelahiran yang paling bermakna buat saya bila Adib Naqiuddin lahir pada tarikh yang sama dengan tarikh ulangtahun kelahiran saya. Thanks akak walaupun hampir 9 jam dirimu bertarung!

Saya temui Adib setelah usianya 8 hari. Adib kecil sangat namun sehat. Saya takut-takut nak memegangnya. Adib baik sangat. Tak banyak kerenah. Tidur sahaja. Menangis pun tak terlalu selalu dan kuat. Adib akan tersenyum atau menggerak-gerakkan matanya bila dipanggil. Agaknya dia suka nama Adib itu. Adib, moga hidupmu barakah dan dilindungi Kasih Sayang Yang Maha Esa. Moga yang baik-baik sahaja hadir dalam hidupmu nak.

Seluruh keluarga berasa excited dengan Adib. Boleh kata setiap hari ingin dekat dengan Adib. Malah Pak Ngah sekeluarga pun asyik mahu balik temui Adib. Maksu? Apatah lagi. Setiap hari Maksu mesti nak tahu perkembangan Adib walaupun Maksu tak boleh balik jenguk Adib. Apa jua, Maksu Laura ini memang sayangkan Adib.

Adib, doa Maksu moga Adib berhidup dengan tenang dan berpengetahuan serta berpegang teguh dengan prinsip kebersihan agama Islam. Moga Adib berhidup cergas dan cerdas. Moga Adib jadi insan berguna dan meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Moga Adib jadi anak yang patuh dan taat pada keluarga dan Moga Adib sentiasa berhidup dengan bahagia.

Tuesday, July 28, 2009

Saya berasa risau...

Assalamualaikum...

Banyak yang saya risaukan kebelakangan ini. Pagi tadi saya ketika saya sedang bersiap ke pejabat, saya sempat mendengar radio mengenai kematian keempat warga Malaysia disebabkan oleh pelunaran wabak H1N1. Risau betul saya apabila mengetahui status di Negeri Pahang yang saya sayangi ini juga sudah berada pada tahap berjaga-jaga. Malah sudah ada beberapa sekolah dan IPT yang ditutup disebabkan wabak ini. Saya semakin risau juga bila mengetahui ada pelajar saya yang sedang sakit kala ini. Moga-moga sakit yang menimpanya bukanlah berpunca dari virus H1N1. Ya Allah, jauhkanlah wabak tersebut....

Di pejabat keadaannya kecoh sungguh beberapa hari ini. Dan menurut senior saya keadaan kecoh ini belum ada sebarang perubahan positif. Ini yang paling saya risaukan. Apa juga, saya berdoa agar naluri pendidik itu ada dalam diri semua kakitangan akademik dan mempertimbangkan langkah tersebut dengan rasional sekali lagi. Ini semua untuk masa depan negara kita juga. Moga-moga ada insan berhati mulia yang mampu bertolak ansur kali ini.

Saya risau akan keadaan anak buah baru saya. Yang namanya saya sendiri belum ketahui. Kata kakak saya dia mahukan nama Aqil Muizzuddin namun abang ipar saya mahukan nama Aqil Naqiuddin. Tak kesahlah apa jua nama yang diberi namun saya benar-benar mengharapkan anak buah saya itu sihat sejahtera. Moga-moga dia mampu melawan kesakitan dan menjadi cerdas seperti yang diinginkan. Alahai tak sabar rasanya nak pulang menemui ahli baru dalam keluarga saya itu.

Saya rIsau juga dengan tahap kemampuan pelajar saya. peperiksaan akhir semester pendek hanya tinggal satu minggu sahaja namun, masih ramai yang berada dibawah par. Saya bermohon, agar mereka melakukan lebih banyak latihan disamping memahami konsep dengan teliti. Moga-moga mereka berolah kefahaman dan mampu melakukan yang terbaik pada hari peperiksaan nanti...

saya risau juga dengan tahap kecergasan diri yang semakin hari semakin lemah. Saya seakan hilang skill belajar dan seakan-akan hilang skill menjalankan tugas. Bagaimana ini? Kadang-kala saya merasakan bahawa saya seperti hilang semangat untuk meneruskan amanah bangsa ini. Ya Allah, saya bermohon agar Kau tetapkanlah pendirian hambaMu ini.

Apa jua, moga yang baik-baik sahaja berlaku dalam hidup kita semua...Amin.

Tulus dari hati saya,
LAURA AZURA ZAINAL

Thursday, July 23, 2009

A New Age...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Hari ini umur saya meningkat satu tahun lagi. Alhamdulillah juga saya dapat hidup dan meneruskan kehidupan sehingga usia ini. Hari ini pada mulanya bermula suram dan kembali ceria apabila saya tiba di pejabat. Thanks buat Kak Pam, Kak Wan, Kak Nas, dan Kak Farah yang menceriakan saya dengan nyanyian dan ucapan selamat. Iya, harapan saya juga moga yang baik-baik sahaja hadir dalam hidup saya sepanjang hari ini dan seterusnya.

Hari ini seperti kebiasaannya saya akan menolak ke tepi semua masalah dan perselisihan. Saya mahu memaafkan semua kesalahan dan kesilapan orang atas saya. Saya mahu kekal ceria mengisi masa dengan aktiviti berguna. Doakan ye agar saya tabah melalui hari yang mencabar ini.

I wish I can spend little times at any bookstores today. I wish I can buy one useful book as a birthday present for myself. I wish I can spend little times hanging with friends, go shopping a lot (walaupun baki dlm akaun tinggal berapa jer..hehe), I wish I can meet someone special today (wawawah...huhu), I wish I can affort to do something special for my mum and my late abah coz been spending hard times to make me what I am today, I wish I can be more loyal to the religion, I wish I can deliver the best to our young generations, I wish I can motivate myself to be better person afterwards, and I wish I will add up my efforts to stay healthy and calm so that I can manage things well and also I can serve Allah better. Pray for me, friends...

Its about times we left...Its also about a beginning of something... And Its about challenges that we have to face...Its all about us.

Its about past and future... Time goes by and we live to make value for life... Whatever it is, we determine what we want to be.

I do really need supports from you friends to make me strong enough to face whatever will be in future...

By the way, I want to say thank you to whatever you did for me...

Friends Forever...

From the bottom of my heart,
Laura Azura Zainal.

p/s: my sister is having bad times delivering her first baby now. Hope both of them are fine and stay healthy. Go sis! Never give up...Allah is always with His servant...Insya Allah.

Monday, May 11, 2009

Cerita Kawen Zuren & Nizam



Note: Norliza Azreen Alias a.k.a Suntex with her daughter..

\

Note: Inilah Pengapit pengantin lelaki yg berjaya
Nama: Abdul Saha'airul Alway
Current Job: Engineer (huhu)
11 years x jumpe die ni!



Note: Kami yg happy
Berdiri dr Kiri: Suntex n family, pengantin, Anis, Mohd Iman n Family
Duduk dr kiri: Afif, Saha n Saya...



Note: Iman n Family
Time skolah dulu Iman ni Ketua Aspura




Note: Time makan2



Note: Saya with anak suntex n Anis



Note: The pengantin n the pengapits
















Wanna share some miracle moments happened during my short holiday last week. My frens a.k.a my classmates tied the knot recently at Taman Inderapura, Jerantut, Pahang.

The bride and the groom are both my classmates during secondary school. We've been in the same class since form 1 until form 5. Congratulations to both Zurina Abdul Rahim (Zuren) & Norhanizam Latip @ Hassan (Nizam or better known as Nani among us).

So frens, i uploaded some pics during the ceremony (yg mana sempat dirembat oleh camera sy)

Saturday, April 25, 2009

Saya & Buku

Saya baru sahaja selesai menghabiskan bacaan novel yang baru saja tidak sampai beberapa jam saya beli selepas kuliah tadi. Pantang saya mempunyai wang lebih, saya mesti mendapatkan sebuah buku untuk diri saya. Tabiat saya memang begini walaupun sudah penuh dua rak yang saya khaskan untuk menyusun novel-novel yang saya beli bagi mengisi minat dan gelisah di hati.

Demi sebuah buku, tidak kira berbentuk ilmiah atau novel, saya sanggup melakukan apa sahaja. Bagi saya buku teman yang paling baik. Teman berkongsi segala.

Namun ada juga yang dapat saya elakkan setiap kali saya selesai membaca novel-novel yang saya beli. Mungkin kerana saya begitu mendalaminya hingga mengharap sayalah watak dalam novel tersebut. Begitulah sekarang. Saya berasa sedih. Walaupun penamat cerita indah benar namun saya tetap sedih. Seya mengalirkan air mata saya kerana seakan saya benar-benar ditinggal suami. Saya seakan betul-betul berasa bersalah. Saya juga seakan sungguh-sungguh mengharap suami saya pulang dan menemani saya menjalani hidup. Bunyinya kelakar kan?

Bila begitu saya rasa sungguh sedih. Tiba-tiba saya kembali ke alam nyata. Novel itu hanya khayalan. Cerita semata-mata! Saya berasa sedih kerana saya tiada siapa untuk saya adukan gelisah jiwa sedang dalam novel penamatnya sungguh indah persis sang jejaka bertemu gadis pujaannya semula dan kisah suami isteri bertaut semula. Sedang saya masih sendiri...

Tak mengapalah. Mungkin inilah yang disebut kedewasaan. Harus tabah tak kira dimana. Harus terus berjuang walau sendiri. Harus berani tempuh segala.

Oh ya! Entri kali ini saya ingin sekali bercerita dari mana datangnya minat saya dengan buku. Minat menulis saya kira datangnya dari kakak. Apatah tidak, sedari umurnya 14 tahun, dia sudah mula menulis. Nak tahu novel pertamanya tentang apa? Kisah cinta anak remaja! Kakak banyak memberi saya pendedahan. akak sering minta saya memberi komen tentang fasa-fasa tulisannya. Malah kakak juga menyemai minat saya menghasilkan karya sendiri. Seingat saya karya pertama saya hanya muncul ketika saya berusia 14 tahun. Sama umur dengan kakak ketika dia mula menghasilkan karya. Kisah pertama itu saya berikan tajuk 'KEHIDUPAN'. Kisah seorang remaja yang berinjak dewasa namun meninggal dunia kerana mengidap leukimia. Bunyinya dewasa benar kan walaupun waktu itu saya masih lagi budak yang baru mengenal alam remaja. Itu kena tanya mentor saya. Dialah yang menjadikan saya dewasa. Namun kini, kakak sudah jarang menulis. katanya dia sibuk dengan tugas utamanya.

Terus-terang saya beruntung punya kakak. Kerananya saya punya hobi iaitu membaca. Saya gemar membaca novel mahupun buku-buku ilmiah. Bayangkan demi mengelak mengantuk saya boleh baca buku teks. Padahal bagi kebanyakan orang, bukak buku sahaja terus mengantuk. Apatah lagi buku teks seperti Principles of Marketing atau Marketing Management: An Asian Perspesctive. Sungguh tidak boleh dipercayai! Namun saya hanya menyatakan yang sebenarnya.

Dengan itu saya tidak kedekut duit apabila hendak membeli buku. Malah, jika saya rasa ianya berbaloi saya akan beli. Walaupun buku-buku tersebut telah saya baca. Apatah lagi bila anak-anak buah saya meminta, saya terus belikan. Bukan satu malah dua tiga. Saya cuma mahu hidup mereka dikelilingi buku. Begitulah saya. Di universiti dahulu, asal ada kawan mencadangkan buku rujukan terbaru, saya terus memesan dengannya. Tak mengapalah bagi saya menghabiskan wang pinjaman. Malah jangan tak percaya dirumah saya masih ada lagi buku-buku latihan ketika saya bersekolah dahulu.

Setiap bulan, saya akan memastikan saya membeli sebuah buku baru untuk diri sendiri. Malah, ketika hari ulangtahun kelahiran saya, saya pasti membeli buku. Itu, bagi saya adalah hadiah paling bermakna buat diri sendiri.

Kini bila bergelar seorang pensyarah, hidup saya pastinya sentiasa bergelumang dengan buku. Namun saya suka begitu. Saya suka nampak buku dimana-mana saya berada. Malah, saya suka bilik saya penuh dengan buku.

Sesungguhnya buku dan saya tak dapat dipisahkan. Jua, terima kasih buat kakak kerana memberi inspirasi buat saya.

Sekian. huhu


p/s: kakakku, jangan bangga sangat. Tak baik buat ibu mengandung! hehe

Tuesday, April 14, 2009

Merasa kehilangan....

Jiwa kacau! Mungkin itulah perkataan yang sesuai bagi mengambarkan diri saya hari ini. Sejak malam tadi, saya merasa tidak kena segala. Fikiran saya melayang entah kemana. Malah saya seakan terbawa-bawa dengan kemurungan. Tidak tahu kerana apa.

Namun bagi saya yang bernama Laura Azura, segalanya cuba saya selindungkan. Dihadapan teman-teman saya gambarkan diri saya gembira dan positif. Tetapi bila bersendiri menjalankan tugas, saya berasa ada sesuatu yang tidak selesai. Lama saya fikirkan apa sebenarnya yang menghantui rasa hati saya sekarang.

Saya seakan terganggu. Tapi tidak tahu mengapa. Saya seakan merindui seseorang tetapi tidak tahu siapa yang sebenarnya saya rindui. Malah, saya rasa saya sedang membawa diri entah kemana.

Mungkin saya marah. Tapi rasanya tiada apa yang membuatkan saya marah. Mungkin saya berasa tertekan. Kerja banyak, tugasan pula bertimbun. Tetapi, rasanya bukan kerana itu kerana saya amat bertoleransi dengan tekanan. Malah, saya yakin segalanya dapat saya selesaikan sebelum datelines.

Kali ini saya seakan merasa kehilangan. Namun tidak tahu apa yang saya kehilangan. Tak mengerti saya.

Adakah saya mengharapkan seseorang datang memujuk? Entahlah....

Sunday, March 29, 2009

Menjadi Dewasa

Rasanya baru sebentar kita meninggalkan alam persekolahan. Kisah lampau masih tergiang-giang di telinga. Bagi saya, hari pertama di sekolah rendah (SK Sungai Retang) sudah ada kisahnya. Saya masuk ke tandas lelaki sambil minta jiran yang kebetulan berada di dalam tandas untuk menunggu di pintu. Huhu. Kelakar sekali. Kisah teknik menghafal sifir yang diajarkan oleh Cikgu Khaidir juga masih kukuh di ingatan. Malah paling saya tidak boleh lupa ialah ketika didenda tidak menyiapkan buku skrap Bahasa Malaysia tahun 5 oleh Cikgu Shahrin. Kami satu kelas didenda menulis:

"Saya tidak akan lupa menyiapkan buku skrap" sebanyak 1000 kali. Waktu itu habis seluruh keluarga membantu saya menyiapkannya termasuklah Arwah abah, bonda, abang dan juga kakak.

Begitulah juga ketika saya melangkah masuk ke asrama pada tahun 1996. Mujurlah ada kakak yang ikut masuk asrama dan berada pada tingkatan empat waktu itu. Kisah budak bandar menjadi sebutan dan gelaran buat kami. Padahal kami cuma anak felda. Kisah diri mewakili Negeri Pahang ke Pertandingan Pesta Pantun 1997 adalah antara kenangan terindah buat diri saya yang ketika itu hanya berusia 14 tahun. Kisah cinta saya juga tidak kurang hebatnya. Apatah tidak, kantoi dengan guru disiplin dan gura kaunseling yang waktu itu adalah guru pengiring Pasukan Pantun. Seminggu saya menyepi dan tidak berani masuk ke bilik guru. Kemudiannya saya mengenali beberapa junior dan mengambil mereka menjadi adik angkat saya dek kerana saya sendiri anak bongsu. Hubungan dengan mereka masih kekal hingga ke hari ini walaupun mereka tinggal jauh dengan saya.

Hidup sendiri dan berdikari! Itulah saya pelajari ketika berada di asrama SMK Panglima Garang Abdul Samad selama lima tahun (1996-2000). Saya pernah memegang beberapa jawatan penting untuk sekolah mahupun di asrama. Di sekolah sayalah Exco Pendidikan Badan Pengawas dan di asrama Sayalah Ketua Aspuri. Namun saya sukakan diri saya yang bergiat aktif. Bukan mencari glamour tetapi belajar menjadi penting dan bertanggungjawab serta yang paling pentingnya menjadi dewasa. Itu yang sering saya katakan pada diri. Namun saya sedar, menjadi dewasa besar cabarannya. Saya pernah hilang kawan malah dipulaukan. Saya pernah berasa ingin lari dan saya sering berasa tertekan. Namun, bila saya keluar dari sekolah sebaik sahaja habis peperiksaan kertas terakhir SPM, saya sudah berasa sebak. Inilah sekolah yang mengajar saya erti dunia. Segulung terima kasih buat cikgu2 khususnya Ayahanda (Cikgu Hassan Basri), cikgu KZ, cikgu Sarimah, Cikgu Habibah, Cikgu Rahimi, Cikgu Jailani dan ramai lagi. Jua buat penyelia asrama Puan Zailan dan makcik2 dewan makan.

Hidup saya tidaklah ceria selalu. Paling gentir bila saya tidak ditawarkan kemana-mana IPTA untuk menyambung pelajaran sedangkan abang dan kakak semuanya adalah lepasan universiti. Arwah abah waktu itu kecewa dan menyatakan saya berbuat silap ketika memohon kursus hinggakan saya berasa kerdil berbanding abang dan kakak yang ternyata mudah menempatkan diri ke IPTA walaupun keputusan peperiksaan saya lebih memberansangkan. Malah, terbaik berbanding mereka. Keluarga waktu itu menyalahkan saya. Rasanya waktu itu saya lebih tertekan hinggakan tidak boleh mendengar sesuatu tentang berita kemasukan ke universiti. Saya jadi hiba teramat. Kisah ini saya kongsi dengan seorang sahabat. Hinggakan demi saya, dia sanggup berbohong menyatakan dia juga tidak diterima masuk ke universiti walaupun ketika itu dia sememangnya sudah menerima tawaran.

Keluarga minta saya buat keputusan samada mahu belajar ataupun bekerja. Sudah tentulah saya ingin belajar. Lalu disuakan saya borang permohonan mengikuti Tingkatan Enam. Saya tolak dengan berhemah mengatakan saya tidak mahu membazir dua tahun lagi bersekolah. Akhirnya mereka minta saya buat pilihan keatas beberapa buah kolej dan saya memilih untuk mengikuti pengajian di sebuah kolej di Kelantan namun, mereka sekali lagi menolaknya dan memaksa saya mengikuti pengajian disebuah kolej di Kuantan. Saya terima dan mula mengikuti pengajian dalam Diploma Pengajian Perniagaan, Program Usahasama dengan UiTM. Episod pelajar kolej bermula dalam hidup saya.

Arwah abah dan bonda sekali lagi menetapkan target buat saya sebagaimana yang pernah ditetapkan ketika saya bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM. Must Achieve 3.0 and above every semester! Saya sahut cabaran walaupun saya sendiri tidak mengerti apa bidang yang sedang saya ikuti. Dihati langsung tiada minat kerana saya ingin sekali melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi. Tetapi cabaran saya sahut juga hinggalah eman semester dan saya berjaya meletakkan diri saya yang terbaik. Tibalah masanya saya memohon untuk menyambung pelajaran. Tentulah bidang yang saya ingin pilih dan jalani adalah ekonomi perniagaan. Namun, seluruh keluarga menghalang lalu saya disaran mengambil bidang pemasaran. Sekali lagi saya tidak diberi pilihan dan saya pula diterima masuk ke UiTM Shah Alam dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran. Entah bagaimana, mungkin kerana doa dan restu keluarga saya akhirnya jatuh cinta dengan bidang Pemasaran dan sekali lagi meletakan diri saya dalam kelompk teratas dan berselempang songket ketika majllis konvokesyen. Saya berjaya membuktikan pada keluarga bahawa saya juga mampu meraih kejayaan walau dalam keadaan tertekan. Tiba-tiba saya berasa dewasa!

Saya mula bekerja selepas sembuh dari sakit pinggang selama lebih empat bulan selepas majlis konvokesyen. Tahu dimana? Saya mengajar di Kolej tempat saya mengikuti Diploma. Seronok rasanya dapat bersama-sama pensyarah saya dan kami kini adalah rakan sekerja. Alhamdulillah.

Saya suka diri saya yang matang dalam membuat keputusan. Saya sukakan hidup saya yang dekat dengan campus life dan saya suka bilik saya penuh dengan buku2. Rumah saya ibarat library buat saya. Sana sini buku. Malah, jangan tak tahu saya juga menghasilkan buku.

Jadi dewasa adalah sesuatu yang seronok bagi saya. Walaupun keluarga banyak mendesak namun saya rasa kedewasaan itu akan muncul setiap kali menempuh dugaan. Betapa saya cuba menguatkan diri bila ditekan dan akhirnya saya mampu mengendalikannya.

Namun satu perkara yang buat saya rasa saya kurang dewasa. Saya masih lagi belum mampu menerima kenyataan bahawa Abah kesayangan saya sudah tiada. Acapkali saya merasakan bahawa arwah masih ada dan sedang mengomel tentang hidup saya yang ingin jadi dewasa ini. Acapkali saya ambil telefon lalu saya cari namanya dalam phonebook kemudiannya saya kecewa kerana tidak menjumpainya kerana nombor telefon itu sudah saya gantikan dengan nama bonda. Seringkali saya tertunggu kepulangannya dari kebun dan acapkali saya berlari ke hadapan ingin menyamput kepulangannya bila terdengar bunyi motor seakan miliknya. Entahlah. Untuk perkara ini saya memang kurang dewasa.

Ketika arwah meninggalkan kami, saya baru bekerja dan sibuk benar. Arwah sering marah bila saya kadang-kala balik menemuinya di hospital dan meninggalkan pelajar saya. Kata Abah waktu itu,
" amanah bangsa janganlah diabaikan. Abah masih segar menghadapi dugaan. Usahlah adik balik selalu dan menggabaikan kuliah."

Saya ingin menangis kerana bagi saya abah lebih utama dari segalanya. Acapkali dia menenangkan saya yang risau akan kesihatannya yang tiba-tiba jatuh sakit sedangkan abah seorang yang amat menitikberatkan kesihatannya. Sesungguhnya, ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya, saya menahan diri dari mengeluarkan setitik air mata. Malah bonda dan kakak berpaut dengan saya meminta sedikit kekuatan. Saya tiba-tiba jadi kuat. Walaupun yang pergi itu abah kesayangan saya. Namun, saya tak mampu nak menghantar arwah untuk dikebumikan. Saya tak mampu nak mellihat jasadnya dikambus tanah. Saya berada dirumah dan termenung akan hidup saya tanpa Abah. Waktu itu, saya rasa sayalah anak kecil yang kehilangan punca. Anak buah saya yang ketika itu berumur enam tahun memeluk saya lalu mengusap belakang saya sebaik sahaja jasad arwah abah tiba dirumah dari hospital. Waktu itu saya rasakan anak buah saya yang dalam lingkungan 4 hingga 10 tahun lebih dewasa dari saya bila mereka datang seorang demi seorang lalu memeluk saya menyampaikan sedikit kekuatan buat saya.

Sesungguhnya hingga ke hari ini saya ingin sekali meyakinkan diri saya bahawa arwah telah tiada dan menyakinkan diri saya walaupun arwah telah tiada saya masih lagi boleh dewasa dengan kenangannya itu.

Berjayakah saya menjadi dewasa dan menempuhi segalanya bagai seorang wanita dewasa? Sungguh, saya akan menyahut cabaran itu!

Friday, February 27, 2009

Merindui abah.....

Dimana kan ku cari ganti...
Serupa denganmu...

Seluruh kehidupan rasanya tidak lengkap tanpa abah. Namun bagaimanalah hendak aku katakan pada diri bahawa abah telah pergi selamanya.

Sesungguhnya aku masih merasakan abah masih ada. Aku teringin benar nak bertemu dengan abah. Aku ingin benar mendengar suaranya. Aku ingin benar memeluknya. Aku ingin benar menghabiskan waktuku bersama abah. Malah aku ingin benar nak bercerita pada abah tentang kehidupanku waktu ini. Kehidupan yang nyata baik namun tidak lengkap.

Kini, pada bondalah tempatku berharap. Pada bondalah segalanya tempat mengadu. Pada bondalah aku ketemu abah. Namun aku sering kali merasakan abah masih ada. Duduknya dekat benar dengan bonda. Malah segala apa yang dilakukan bonda pasti ada sesuatu tentang abah.

Bagaimana nak kurawat hati yang rawan ini. Sesungguhnya, abah kekal dalam hatiku. Abah sentiasa dekat denganku. Malah abah tetap sumber inspirasiku selain bonda.

Moga bonda sentiasa dilindungi Kasih dan Sayang Allah dan baik kesihatannya dan moga roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang beriman walau alam kita sudah berbeza...

kasih sayang abah ini akan tetap menjadi kekuatan aku....

Sunday, January 18, 2009

RINDU PADA ABAH



Al-Fatihah.

Acap kali aku terlupa bahawa Abah sudah tiada. Pernah aku berjaya melakukan sesuatu, lantas terus terdetik di minda bahawa aku ingin menelefon abah menyatakan bahawa aku sudah berjaya melakukan hal yang paling sukar aku lakukan. Namun sekelip mata perasaan teruja ingin meluahkan keseronokan hati terpadam bila akhirnya akal memberitahu bahawa abah telah tiada. Aku lantas beristighfar dan lantas ku alunkan surah Al-Fatihah buat rohnya.

Hati tiba-tiba berbunga-bunga beberapa hari lepas dan aku juga ingin berkongsi kegembiraan dengan Abah. Ku capai telefon dan mencari nama Abah di phonebook. Puas aku cari lantas selepas beberapa kali mencuba, barulah aku teringat bahawa Abah telah tiada dan nombor telefon Abah telah aku gantikan dengan nama Bonda. Sekali lagi, perasaan pilu menghantui hati. Hilang sudah segala kegembiraan. Sekali lagi aku beristighfar. Ya Allah.

Sesungguhnya kehilangan Abah menjadikan aku kehilangan sebahagian besar tempat mengadu. Bukan hanya gelisah jiwa namun tentang segalanya. Aku memang rapat dengan Arwah Abah. Kalau boleh setiap perkara yang terjadi pada diri, ingin aku adukan padanya.

Aku rindu nak mendengar suaranya. Aku rindu nak melihat senyumannya yang manis. Aku rindu nak bercerita dengannya dan mendengar kisahnya yang pelbagai. Aku rindu benar nak menatap wajahnya yang tenang.

Ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah abah di tempat yang tertinggi bersama-sama roh orang-orang yang taat dan beriman. Ya Allah, rahmatilah roh abah.

Sungguh, abah sejati tiada gantinya.....

Dimana kan ku cari ganti,
Serupa denganmu................

Laura Azura Zainal

Monday, January 12, 2009

Abah dalam kenangan


Kasih abah membawa ke syurga.........
Moga tenang abah di alam sana...........
Al-Fatihah....